Mari Bersyukur Pada Hari Jumaat..  

Posted by: Nurul in

Hari ni hari Jumaat...Hari untuk bersyukur....
Jadi, inilah senarai kesyukuran saya untuk minggu ini...

  1. Saya bersyukur kerana telah dapat pulang ke rumah dan kembali ke Terengganu dengan selamatnya minggu lepas
  2. Saya bersyukr kerana kesihatan bapa saya semakin baik
  3. Saya bersyukur kerana telah berjaya membeli bekas menyimpan gula yang baru
  4. Saya bersyukur kerana gaji saya telah masuk dan selamat dihabiskan untuk membayar hutang
  5. Saya bersyukur kerana saya masih hidup hingga ke saat ini
  6. Saya bersyukur kerana rakan baik saya, Mard telah mendapat seorang lagi anak saudara perempuan yang baru dan kakak ipar serta bayinya itu dalam keadaan sihat
  7. Saya bersyukur kerana popo bunting buat kesekian kalinya
  8. Saya bersyukur kerana telah berjaya mengemas bilik pada minggu ini

Sekian, alhamdulillah...

Mari Bersantai...  

Posted by: Nurul in

Sudah lama nampaknya saya tidak menulis di sini...
Agak sibuk nampaknya minggu ini....
Saya pun tidak tahu apa yang hendak dituliskan sebenarnya....
Hehehe....

Tak banyak benda yang ingin diceritakan untuk minggu ni...
Sebab minggu ini agak suram....
Hampir setiap hari hujan turun...
Bukan sekejap-sekejap...
Tapi berlarutan sehingga berhari-hari...
Mungkin kerana itulah mood pun selalunya suram....
Rasa hendak tidur mengatasi segala-galanya...
Almaklum lah hujan...
Sejuk....

Sambil buat kerja pun boleh terbayang...
Alangkah bahagianya tika saat ini saya dapat bergolek-golek di atas katil...
Sambil dibaluti comforter yang sungguh menyelesakan...
Enaknya.....
Hehe....

Setakat ini sahajalah yang dapat dituliskan di sini....
Mungkin jika matahari mula menyinar kembali pada minggu hadapan...
Semangat kami akan kembali membara....
Oh, sungguh tak suka monsoon ini....

Mari Mencari Bahagia...  

Posted by: Nurul in

Oh, ini adalah entry fresh dari rumahku eh...rumah ibu bapaku...hehe...
Yang telah pun mengupgradekan dirinya dengan mempunyai khidmat tanpa wayar (wireless)..
Oh ya, saya kini berada di rumah ibu bapa saya....
Kerana mahu menjengok bapa saya yang agak kurang sihat sejak dua hari lalu...
Alhamdulillah, keadaannya kini stabil....
Terima kasih atas doa anda-anda semua....

Pada hari ini juga buat pertama kalinya saya berbincang seperti orang dewasa dengan ibu bapa saya....
Terima kasih kepada mama dan abah kerana sangat memahami....
Setakat ini kami masih berbincang tentang masa depan....
Ada berita gembira di situ....

Saya sangat gembira....
Walao pun ada yang mengkritik saya tentang cara saya mencari kebahagiaan...
Saya tidak peduli....
Selagi ibu bapa saya gembira..keluarga saya gembira....kawan-kawan rapat saya gembira...
Saya cukup gembira...

Asalkan saya tidak mempermain-mainkan hati orang lain...
Asalkan saya tidak mengaku mencintai orang lain, tetapi pada masa yang sama bercinta dengan orang lain...
Asalkan saya tidak merampas hak orang lain...
Asalkan saya tidak membunuh, merompak...
Asalkan saya tidak menyusahkan orang lain...
Asalkan saya tidak melukakan hati ibu bapa saya....

Itu sudah cukup membuatkan saya bahagia....
Bahagia tidak perlu dicari...
Asalkan kita bersyukur dan menghargai apa yang kita ada, kita akan merasa bahagia dengan sendirinya....

Jangan sesekali melihat orang yg lebih baik kehidupannya daripada kita kerana kita akan mula mencemburui mereka...
Tetapi pandanglah orang yang lebih banyak kesusahan dalam hidup mereka kerana ia akan membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki....

Renung-renungkan....
Dan selamat beramal...
(Cheh..poyo.. =p)

************************
Ish2...brapa banyak asalkan da..
hehehe...

Mari Menambah Senarai Kesyukuran..  

Posted by: Nurul in

Oh ya, saya baru sahaja mendapat ilham...
Apa kata jika setiap hari Jumaat yang juga merupakan Penghulu Segala Hari, saya akan tuliskan senarai kesyukuran saya untuk sepanjang minggu tersebut...
Dengan itu saya harap saya tidak akan lupa diri dan terlalu taksub dengan apa yang telah saya miliki....
Dan ia juga bermakna saya mempunyai isi untuk ditulis pada hari tersebut..hehe...
Tidak perlu memerah otak, memikirkan isi penulisan saya...
Untuk minggu ini, saya mulakan pada hari ini iaitu hari Selasa yang berbahagia ini...

Senarai kesyukuran saya untuk minggu ini:

  1. Saya bersyukur saya masih lagi bernafas dan menjalankan hidup dalam keadaan normal.
  2. Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk pergi ke KL dan menghadiri REUNION TRRG di Aquaria KLCC yang telah berjalan dengan lancarnya. Saya juga telah diberi peluang untuk mengalami pengalaman ala-ala staff Aquaria untuk sehari di mana kami bebas keluar masuk dan meneroka segenap pelusuk Aquaria KLCC.
  3. Saya bersyukur kerana Mr. Crab telah berjaya membeli sesuatu yang penting untuk masa depan kami.
  4. Saya bersyukur kerana notebook saya ini masih boleh digunakan sehingga saat saya menulis entry ini, walao pun dia sudah tiga kali hampir mati hari ini.
  5. Saya bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja saya untuk hari ini dan membolehkan saya untuk menulis entry ini.
  6. Saya bersyukur masih lagi mempunyai famili, Sleys, dan Mr. Crab di dalam hidup saya. Walaopun ada di antara mereka yang jauh di mata, tetapi masih dekat di hati saya.
  7. Saya bersyukur kerana anda sudi membaca entry yang tidak seberapa ini. Terima kasih!
Saya amat bersyukur dengan apa yang saya ada saat ini...
Alhamdulillah....

Mari Memasak Tomyam..  

Posted by: Nurul in

Oh. hari ini saya mahu memasak tomyam....
Sebenarnya sudah lama saya ingin memuat naik resepi tomyam tersebut ke dalam blog ini....
Tetapi baru hari ini saya berkesempatan berbuat demikian....
Resipi ini diambil daripada ibu kepada incik Mard...
Mungkin telah diubahsuai sedikit oleh saya mengikut cita rasa sendiri...
Baiklah puan-puan, kita mulakan....

Bahan/radas:

Tomato sebanyak mungkin
Ayam sebelah (diasingkan tulang dengan isi)
4 batang serai
4 ulas bawang putih (dimayang atao ditumbuk)
1 batang lobak merah
Sedikit bunga kobis
5 batang jagung kecil
1 ulas bawang besar
3 helai daun limao purut
3 biji limao nipis
Cili api ikut citarasa sendiri
Lada hitam jika suka

Method:

  1. Titikkan serai dan tumis bersama bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan tomato yang telah dihiris nipis dan masak sehingga tomato hancur
  3. Masukkan tulang ayam dan biarkan sehingga airnya kering
  4. Masukkan isi ayam dan sayur-sayuran. Tambah air mengikut citarasa dan biarkan mendidih
  5. Masukkan garam secukup rasa, cili padi yang telah ditumbuk, dan daun limau purut
  6. Setelah berpuas hati dengan rasanya, angkat dan hidangkan
OK, senangkan memasak tomyam...?
Saya suka resipi ini kerana tidak memerlukan bahan perencah lain....
Dan rasanya juga sedap...