Oh, ini adalah entry fresh dari rumahku eh...rumah ibu bapaku...hehe...
Yang telah pun mengupgradekan dirinya dengan mempunyai khidmat tanpa wayar (wireless)..
Oh ya, saya kini berada di rumah ibu bapa saya....
Kerana mahu menjengok bapa saya yang agak kurang sihat sejak dua hari lalu...
Alhamdulillah, keadaannya kini stabil....
Terima kasih atas doa anda-anda semua....
Pada hari ini juga buat pertama kalinya saya berbincang seperti orang dewasa dengan ibu bapa saya....
Terima kasih kepada mama dan abah kerana sangat memahami....
Setakat ini kami masih berbincang tentang masa depan....
Ada berita gembira di situ....
Saya sangat gembira....
Walao pun ada yang mengkritik saya tentang cara saya mencari kebahagiaan...
Saya tidak peduli....
Selagi ibu bapa saya gembira..keluarga saya gembira....kawan-kawan rapat saya gembira...
Saya cukup gembira...
Asalkan saya tidak mempermain-mainkan hati orang lain...
Asalkan saya tidak mengaku mencintai orang lain, tetapi pada masa yang sama bercinta dengan orang lain...
Asalkan saya tidak merampas hak orang lain...
Asalkan saya tidak membunuh, merompak...
Asalkan saya tidak menyusahkan orang lain...
Asalkan saya tidak melukakan hati ibu bapa saya....
Itu sudah cukup membuatkan saya bahagia....
Bahagia tidak perlu dicari...
Asalkan kita bersyukur dan menghargai apa yang kita ada, kita akan merasa bahagia dengan sendirinya....
Jangan sesekali melihat orang yg lebih baik kehidupannya daripada kita kerana kita akan mula mencemburui mereka...
Tetapi pandanglah orang yang lebih banyak kesusahan dalam hidup mereka kerana ia akan membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki....
Renung-renungkan....
Dan selamat beramal...
(Cheh..poyo.. =p)
************************
Ish2...brapa banyak asalkan da..
hehehe...
Oh ya, saya baru sahaja mendapat ilham...
Apa kata jika setiap hari Jumaat yang juga merupakan Penghulu Segala Hari, saya akan tuliskan senarai kesyukuran saya untuk sepanjang minggu tersebut...
Dengan itu saya harap saya tidak akan lupa diri dan terlalu taksub dengan apa yang telah saya miliki....
Dan ia juga bermakna saya mempunyai isi untuk ditulis pada hari tersebut..hehe...
Tidak perlu memerah otak, memikirkan isi penulisan saya...
Untuk minggu ini, saya mulakan pada hari ini iaitu hari Selasa yang berbahagia ini...
Senarai kesyukuran saya untuk minggu ini:
- Saya bersyukur saya masih lagi bernafas dan menjalankan hidup dalam keadaan normal.
- Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk pergi ke KL dan menghadiri REUNION TRRG di Aquaria KLCC yang telah berjalan dengan lancarnya. Saya juga telah diberi peluang untuk mengalami pengalaman ala-ala staff Aquaria untuk sehari di mana kami bebas keluar masuk dan meneroka segenap pelusuk Aquaria KLCC.
- Saya bersyukur kerana Mr. Crab telah berjaya membeli sesuatu yang penting untuk masa depan kami.
- Saya bersyukur kerana notebook saya ini masih boleh digunakan sehingga saat saya menulis entry ini, walao pun dia sudah tiga kali hampir mati hari ini.
- Saya bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja saya untuk hari ini dan membolehkan saya untuk menulis entry ini.
- Saya bersyukur masih lagi mempunyai famili, Sleys, dan Mr. Crab di dalam hidup saya. Walaopun ada di antara mereka yang jauh di mata, tetapi masih dekat di hati saya.
- Saya bersyukur kerana anda sudi membaca entry yang tidak seberapa ini. Terima kasih!
Alhamdulillah....
Oh. hari ini saya mahu memasak tomyam....
Sebenarnya sudah lama saya ingin memuat naik resepi tomyam tersebut ke dalam blog ini....
Tetapi baru hari ini saya berkesempatan berbuat demikian....
Resipi ini diambil daripada ibu kepada incik Mard...
Mungkin telah diubahsuai sedikit oleh saya mengikut cita rasa sendiri...
Baiklah puan-puan, kita mulakan....
Bahan/radas:
Tomato sebanyak mungkin
Ayam sebelah (diasingkan tulang dengan isi)
4 batang serai
4 ulas bawang putih (dimayang atao ditumbuk)
1 batang lobak merah
Sedikit bunga kobis
5 batang jagung kecil
1 ulas bawang besar
3 helai daun limao purut
3 biji limao nipis
Cili api ikut citarasa sendiri
Lada hitam jika suka
Method:
- Titikkan serai dan tumis bersama bawang putih sehingga naik bau
- Masukkan tomato yang telah dihiris nipis dan masak sehingga tomato hancur
- Masukkan tulang ayam dan biarkan sehingga airnya kering
- Masukkan isi ayam dan sayur-sayuran. Tambah air mengikut citarasa dan biarkan mendidih
- Masukkan garam secukup rasa, cili padi yang telah ditumbuk, dan daun limau purut
- Setelah berpuas hati dengan rasanya, angkat dan hidangkan
Saya suka resipi ini kerana tidak memerlukan bahan perencah lain....
Dan rasanya juga sedap...
Baru ja terpikir nak update apa kat blog ni....
Tiba-tiba saya baru perasan yang saya telah ditag oleh Cik Meh...
Oleh itu, saya dengan bangganya ingin menjawab soalan tag tersebut....
1.Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
- Handphone
2. Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
- Barang-barang dapur kat Mydin semalam....
3. Dimanakah tempat impian perkahwinan anda?
- Mesti la di tepi pantai...Kalo banyak duit bleh wat kat Bali, kalo xdak duit, pantai Tok Jembal pun jadi la..hehe...
4. Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
- InsyaAllah sampai habis nafas ini...(Oh, kejunya!)
5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
- Ya, sejak bulan 4 tahun ini...
6. Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
- Zalina, bersama-sama dengan Mr. Crab...
7. Namakan buku terakhir yang anda beli?
- Erkk....dah lama tak beli buku...Chicken Soup for the Soul kot...
8. Apakah nama penuh anda?
- Nurul Huda binti Zakaria
9. Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
- Dengan mama...Boleh gosip, usik-mengusik, melawak, dan mintak duit...hehehe...Abah adalah agak garang, jadi saya yang berhati lembut ini agak segan dengannya...
10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
- Barack Obama...Bleh...? Nak sampaikan ucapan tahniah secara peribadi kat dia...
11. Christina atau Britney?
- Baik saya pilih Siti Nurhaliza...
12. Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
- Ya, kerana mesin basuh saya sudah rosak...Tetapi selalunya saya akan hantar ke kedai dobi Mr. Crab sebab ia FREE...hehe....Tambahan pula dapat mengeratkan hubungan silaturrahim...
13. Tempat yang paling seronok anda mahu pegi?
- Ermm...Untuk sekarang saya mahu berada di rumah ibu bapa saya....The coolest place on the planet!
14. Pelukan atau ciuman?
- Dua-dua...Ya, saya gemarkan kedua-duanya....hihi....
15. Butirkan 4 perkara tentang orang yang tag anda
- Satu matrik dengan saya
- Pernah jadi housemate saya
- Comel
- Suka sangat main game
16. 4 perkara yang amat saya gilai
- Menghabiskan duit
- Masak untuk kesayangans
- Kucing
- Menjahit sulaman @ cross stich
- Membuat kraf tangan
- Mr. Crab (Echeh.... =p)
17. 4 perkataan yang sering di ucapkan
- Pedio?
- Badak betoi..
- Ooo...ok
- Lapaqqq
18. 4 buah buku yang paling terbaru di baca
- Laporan Projek Penyu dan Tuntung yang dijalankan oleh UMT
- Biology of Sea Turtles Vol. 2
- Chicken Soup for the Soul
- Untill tomorrow comes (tak tahu untuk kali ke berapa buku ini dibaca...)
19. 4 lagu yang boleh saya dengar berulang kali
- Nyawa Hidupku dari AdaBand
- Lagu Cina yang saya tidak tahu tajuknya
- Lagu Kita dari Aizat
- I'm Yours by Jason Mraz
20. 4 perkara saya pelajari tahun lalu
- Jangan sentiasa selesa dengan apa yang kita ada...Mungkin ia boleh ditarik balik dalam sekelip mata..
- Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan.
- Untuk berjaya, banyak yang terpaksa dikorbankan.
- Jangan berhenti berharap, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...
21. 4 Mangsa tag seterusnya
- Mard
- Put
- Aber
- Popo