Terliur tak tengok makanan di atas tersebut...?
Ada tak di sini yang tidak tahu gambar apakah yang saya letak di atas itu...?
Ya, mesti la semua orang tahu kan...
Itu adalah burger....
Tapi ini bukan burger yang di beli dari KFC, McD, atao pun kedai burger pakcik Cafe A KMPP...
Burger ini amat bermakna bagi saya...
Kerana ia dihasilkan sendiri oleh tangan saya....
Danging patty nya dihasilkan sendiri...
Yang dibeli cuma rotinya sahaja....
Nak tahu macam mana buat daging burger...?
Mari kita lihat sama2...
Burger ala-ala Kerabi Peti
Bahan/radas:
(untuk patty)
Daging cincang
Garam
Bawang besar
Jintan manis
Telur
Serbuk roti
Minyak zaitun untuk menggoreng
(Untuk hiasan)
Salad
Timun
Sos Cili
Mayonis
(untuk roti)
Mesti la roti
Mentega
Method:
- Letakkan daging cincang di dalam mangkuk besar
- Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu ke dalam mangkuk yang berisi daging bersama dengan jintan manis yang telah ditumbuk halus.
- Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati. Di dalam mangkuk lain, pecahkan telur. dan masukkan serbuk roti ke dalam bekas yang berasingan.
- Bentukkan daging menjadi bulat, celupkan ke dalam telur, dan akhir sekali masukkan ke dalam serbuk roti sambil dileperkan menjadi seperti daging burger yang terdapat di pasaran...hehe...kalao nak buat bentuk lain pun dipersilakan..
- Masukkan daging yang telah siap ke dalam peti sejuk untuk 1 atao 2 jam..
- Keluarkan patty dari peti sejuk dan gorengkannya di dalam minyak zaitun. Tetapi jangan gunakan terlalu banyak minyak. 1 atao 2 sudu sudah memadai..
- Apabila daging telah garing, angkat dan toskan. Sapu roti burger dengan mentega dan bakar di atas kuali hingga mencapai tahap kehangitan yang digemari...
- Setelah roti siap, susunkan roti, sayuran, dan patty mengikut cita rasa anda..Jangan lupa letakkan bersama sos cili dan mayonis.
- Burger yang telah siap bolehlah dihidangkan kepada orang yang tersayang....
Ha...kan senang tu...
Selamat mencuba...