Di suatu petang yang aman dan damai, ada dua orang budak tengah bosan...
Lalu mereka berbincang apakah perkara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan kebosanan mereka itu...
Akhirnya mereka berdua bersetuju untuk membuat satu rancangan jahat...
(Oh, saya tidak akan nyatakn di sini kerana tidak mahu menjatuhkan maruah sendiri..hehe..)
Maka mereka berdua pun menuju keluar dari kawasan sekolah dengan kereta....
Sedang mereka menuju ke destinasi, tiba-tiba sesuatu terjadi...
Si pemandu kereta yang baru sahaja mendapat lesen P itu tidak nampak seorang penunggang dan pembonceng motosikal di belakang kenderaan mereka...
Setelah memberi isyarat, pemandu kereta terus membelok ke lorong yang hendak dituju...
Malangnya, kereta mereka terberetuh (terlanggar @ tersentuh) motosikal di belakang tersebut...
Alamak, mereka berdua agak kelam kabut menghadapi situasi kemalangan buat kali pertama di dalam sejarah pemanduan mereka...
Dengan dada yang berdegup kencang, mereka keluar dari kereta dan mendapatkan si penunggang motorsikal dan pembonceng yang dipercayai awek si penunggang....
Nasib baik tiada sebarang kerosakan atao kemalangan jiwa yang berlaku...
Tetapi si penunggang motorsikal kelihatan agak marah...
Sambil memeriksa kasut yang dipakainya, penunggang motorsikal tersebut berkata...
"Nasib baik kasut ni tak jadi apa-apa....Dah la kasut pinjam..."
Mereka memandang antara satu sama lain...
"O...kasut pinjam rupanya..."
Kata pemandu dan penumpang kereta di dalam hati...
Maka kegiatan jahat dua orang budak tersebut terpaksa ditangguh ke hari lain kerana terlalu terkejut di atas kejadian yang menimpa mereka...
Moral of the story: Jangan pakai kasut pinjam ketika keluar dating, terutama sekali jika anda menunggang motorsikal....heheh....
***********************************
Kenapa entry ini ditulis...?
Oh ya, sebab hari ini saya memakai kasut pinjam ke kampus...
Sori Ain, aku terlupa nk tukaq balik kasut tadi..
Pinjam dulu la ye..
Hehe...
Hari ini genaplah 25 tahun usia rakan baik saya, Cik Semardiah...
Selamat Hari Lahir saya ucapkan kepada beliao...
Nampaknya saya bakal bankrup lagi...
Kerana kebanyakan orang penting dalam hidup saya menyambut hari lahir pada bulan ini...
Hihi...Sebab itulah warkah buat mama ditulis...
Sedar tak sedar, sudah 12 tahun saya mengenali Mard...
Kami mula berkenanalan ketika di tingkatan 1...
Ketika itu saya dan Mard masing-masing mengambil bas yang sama untuk pulang ke rumah...
Tidak disangka persahabatan kami kekal hingga ke hari ini....
Kerana kami adalah 2 manusia yang berbeza....
Mard adalah seorang yang sangat tegas dan saya lembut hati...
Mard lebih agresif dan saya sangat blurr....
Mard sangat tere Matematik dan saya memang fail matematik...
Mard tidak suka membazir dan saya memang suka membuang duit..
Mungkin itulah yang membuatkan kami serasi...
Saling melengkapi...
Walaupun berbeza, kami boleh bertolenransi....
Disebabkan itulah persahabatan kami kekal hingga ke hari ini...
Dan semoga kekal hingga ke akhir hayat...
Amin....
Teringat saya ketika di tingkatan 3...
Kami bergaduh besar...
Sebulan tidak bertegur sapa....
Ketika itu, barulah kami faham apa ertinya persahabatan....
Semenjak itu, kami tidak pernah bergaduh lagi...
Setakat pertangkaran kecil itu sudah biasa...
Kami mula belajar memaafkan....
Dan bertolak ansur....
Kerana itulah yang mematangkan kami....
Untuk Mard,
Saya bersyukur kerana ada kamu...
Yang sentiasa dekat di hati...
Yang selalu berada di sisi...
Di saat saya memerlukan...
Terima kasih kerana sudi menjadi rakan baik, sahabat, dan teman saya...
**************************************
Hehehe...
Teringat time kita nk sambut besdey kat McD dulu...
Time naik moto kat Bulatan Teluk Wan Jah...
Ang ingat x..?
Assalamualaikum,
Kehadapan bondaku yang kini sedang berkursus di Pulau Pinang, semoga berada di dalam keadaan sihat dan dilimpahi rahmat dariNya. Sebelum memulakan bicara, anakanda ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada bonda. Semoga bonda dapat menamatkan kursus tersebut dan dinaikkan pangkat. Diharapkan bonda tidak akan lupa dengan janji-janji bonda jika berjaya mendapat DG52.
Bonda,
Bagaimanakah kesihatan ayahanda? Adakah dia masih lagi mengamalkan pemakanan yang sihat seperti yang disarankan oleh doktor? Oh, mungkin soalan tersebut perlu anakanda tanyakan sendiri kepadanya kerana bonda sekarang tidak berada di rumah. Anakanda di perantauan ini sihat-sihat adanya, malah anakanda rasa bertambah-tambah sihat dengan adanya dapur besar di rumah anakanda sekarang. Ditambah pula dengan periuk kukus pemberian bonda, sememangnya menggugat keimanan anakanda untuk berdiet.
Bonda,
Tujuan sebenar anakanda mengutuskan warkah ini adalah untuk membuat satu permintaan. diharapkan bonda dan ayahanda dapatlah mempertimbangkan permintaan anakanda yang tidak seberapa ini. Sepertimana yang bonda sedia maklum, dua buah kamera digital yang telah anakanda beli suatu masa dahulu sudah hilang dari simpanan anakanda. Mungkin sudah ditakdirkan anakanda sememangnya tidak mempunyai tuah bersama kamera tersebut. Oleh itu, anakanda ingin meminta jasa baik bonda dan ayahanda untuk menghadiahkan sebuah kamera digital baru sebagai hadiah hari lahir anakanda yang sudahpun tiba pada awal bulan dahulu.
Bonda,
Bukannya tujuan anakanda ingin mengambil kesempatan di atas hari lahir anakanda, tetapi sememangnya anakanda sudah berputus asa untuk membeli sendiri kamera digital baru untuk diri anakanda kerana anakanda bimbang berkara yang sama mungkin berulang. Anakanda tidak sanggup untuk melihat pisang berbuah tiga kali kerana sebelum ini, pisang tersebut sudah dua kali berbuah. Anakanda amat berharap agar permintaan anakanda ini dapat ditunaikan.
Bonda,
Di sini juga anakanda ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kerana wang insuran kereta untuk bulan ini tidak dapat anakanda bayar. Terima kasih anakanda ucapkan kerana bonda telah melunaskan wang ansuran laptop anakanda yang terakhir. Jika bonda berhasrat untuk membelikan sebuah laptop baru lagi untuk anakanda, kecil tapak tangan, pantai Tok Jembal anakanda tadahkan.
Akhir kata, sambutlah salam sayang penuh kerinduan dari anakanda yang jauh di perantauan. Anakanda akan pulang dalam masa sepurnama lagi. Diharapkan bonda dapat menyediakan makanan kegemaran anakanda tatkala anakanda pulang ke rumah nanti. sampaikan juga salam sayang anakanda kepada ayahanda, adinda-adinda, dan juga popo.
Sekian,
Wassalam...
Hari ini adik saya telah berumur 24 tahun...
Ya, muda setahun dari saya...
Kami sememangnya sangat rapat dari kecil lagi....
Sepanjang 24 tahun bersama dengannya, banyak juga kenangan yang telah kami lalui..
~Contohnya sama-sama bermain kejar-kejar bersama ayam dan itik di halaman rumah nenek...
~Bersama-sama curi-curi minum air paip ketika bulan puasa....
~Berkomplot mengenakan adik kami, Pak Nan untuk melepaskan diri dari dirotan....
~Berkongsi rahsia pekerjaan jahat kami dari diketahui Mama...
~Bersama-sama membuat request hadiah sempena hari lahir masing-masing...
(selalunya saya terpaksa membelikan hadiah yang lebih mahal untuknya...mana aci!)
~Bersama-sama membuat pertaruhan - sesiapa yang kawen lebih awal di antara kami kena membayar RM500 kepada pihak yang belum berkawen..
~Berganding bahu untuk mengenakan Bedat
~Dan terlalu banyak lagi untuk saya ceritakan di sini...
***********************
Tetapi dalam banyak-banyak kenangan kami, ada satu yang paling saya ingat...
Tatkala kami dengan seriusnya membincangkan tentang cita-cita masing-masing...
Dia dengan bangganya memberitahu bahawa cita-citanya adalah untuk menjadi......
Penjaga Super Market!!!!
Saya dan sepupu bagaikan mahu teburai isi perut kerana ketawa berlebihan...
Nasib baiklah saya mempunya skill memanjat pokok remia...
Jadi, beliao tidak dapat mengejar saya keliling rumah....
Kerana hanya dapat duduk dan melihat saya dari bawah pokok....
Hahaha....
Itulah adik saya...
Hepi Besdey Angah...!!!
Kalao ang nak ang punya Estee Lauder, sila bagi dulu orang punya Clinique Happy ye....