Mari Memasak Tomyam..  

Posted by: Nurul in

Oh. hari ini saya mahu memasak tomyam....
Sebenarnya sudah lama saya ingin memuat naik resepi tomyam tersebut ke dalam blog ini....
Tetapi baru hari ini saya berkesempatan berbuat demikian....
Resipi ini diambil daripada ibu kepada incik Mard...
Mungkin telah diubahsuai sedikit oleh saya mengikut cita rasa sendiri...
Baiklah puan-puan, kita mulakan....

Bahan/radas:

Tomato sebanyak mungkin
Ayam sebelah (diasingkan tulang dengan isi)
4 batang serai
4 ulas bawang putih (dimayang atao ditumbuk)
1 batang lobak merah
Sedikit bunga kobis
5 batang jagung kecil
1 ulas bawang besar
3 helai daun limao purut
3 biji limao nipis
Cili api ikut citarasa sendiri
Lada hitam jika suka

Method:

  1. Titikkan serai dan tumis bersama bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan tomato yang telah dihiris nipis dan masak sehingga tomato hancur
  3. Masukkan tulang ayam dan biarkan sehingga airnya kering
  4. Masukkan isi ayam dan sayur-sayuran. Tambah air mengikut citarasa dan biarkan mendidih
  5. Masukkan garam secukup rasa, cili padi yang telah ditumbuk, dan daun limau purut
  6. Setelah berpuas hati dengan rasanya, angkat dan hidangkan
OK, senangkan memasak tomyam...?
Saya suka resipi ini kerana tidak memerlukan bahan perencah lain....
Dan rasanya juga sedap...



This entry was posted on Monday, November 10, 2008 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 orang rajin komen...

Post a Comment