Sunyi. Semua pelajar kelas 6 Putih sudah keluar ke padang untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Seorang pelajar bangun lalu menghampiri meja gurunya...
"Cikgu nak saya hantarkan ni ke bilik guru ke..?"
Katanya seraya mengumpulkan buku-buku yang bertimbun di atas meja tersebut. Si Guru memandang wajah pelajar tersebut dengan penuh kasih sayang.
"Bukan, Cikgu nak jumpa kamu. Nak cakap sikit dengan kamu. Duduk la dulu."
Maka pada hari itu, terluahlah semua yang terbuku di hati si pelajar tersebut. Dalam esakan tangisnya, dia sebenarnya lega kerana masalah yang dipendamkan selama ini dapat diluahkan kepada seseorang. Jauh di lubuk hatinya, dia amat berterima kasih kepada insan yang bernama Cikgu itu kerana telah memberikannya semangat dan nasihat yang amat berguna. Ketika dia hampir berputus asa, insan tersebut telah mengembalikan semangat dan keyakinannya sehingga dia berjaya hari ini.
Ya, pelajar tersebut adalah saya.
Dahulu, keluarga kami susah. Saya hanya mempunyai tiga helai t-shirt untuk dipakai ke sekolah semasa mata pelajaran pendidikan jasmani atau aktiviti ko-kurikulum. Jadi saya hanya bergilir-gilir memakai t-shirt2 tersebut sehingakan ada pelajar lain yang mengejek....
"Ang ni, asyik pakai baju yang sama ja..."
Begitu hinanya saya di pandangan mereka. Tambahan pula ketika itu gigi saya masih "Jongang" dan telinga saya yang "Capang" memburukkan lagi penampilan saya....
"Tengok Nurul tu, mulut dia bukan boleh tutup...."
Kata-kata tersebut keluar dari seseorang yang saya anggap sahabat baik saya ketika itu...
"Si gigi jongang bertelinga capang.."
Itulah nama timangan saya ketika itu.
Oleh kerana saya selalu memakai t-shirt yang sama, jadi saya pun meminta 1 helai t-shirt dari makcik saya untuk dipakai ke sekolah kerana tidak tahan dengan ejekan kawan-kawan. jadi, dia dengan berbesar hati meminjamkan saya sehelai t-shirt yang kebetulan sama dengan t-shirt seorang anak orang kaya di sekolah itu.
Hendak dijadikan cerita, t-shirt budak tersebut telah hilang ketika mengadakan kem di suatu tempat. Oleh kerana saya pernah dilihat memakai t-shirt yang serupa, saya dituduh mencuri t-shirtnya. Alangkah terkejutnya saya pada ketika itu. sampai hati mereka menuduh saya sedemikian rupa. Mentang-mentanglah saya orang susah.
Setelah berjumpa dengan guru tersebut, barulah saya tahu hal yang sebenarnya. Beliao menasihati saya, jika saya di pihak yang benar, saya tidak perlu takut. saya agak terkilan kerana pada tahun tersebut, banyak perkara berlaku ke atas saya. Bermula dengan surat layang, membawa kepada kebencian hampir separuh daripada rakan-rakan saya terhadap saya, dan akhirnya dituduh sebagai pencuri.
Bagaimanakah seorang budak berusia 12 tahun dapat menghadapi perkara tersebut...?
Ini semua berkat nasihat dan semangat dari seorang guru. Melalui beliao, saya dapat menerima apa yang terjadi telah tersurat, dan mungkin ada hikmah di sebaliknya. Mungkin benar apa yang dikatakan olehnya...
"Mereka membenci awak mungkin kerana ada sesuatu yang awak ada, yang mereka tidak ada..."
Mungkin. Kerana pada ketika itu saya tidak mempunyai rupa mahu pun harta. Yang saya ada cuma ilmu pengetahuan.
Kerana itulah saya nekad, untuk belajar bersungguh-sungguh dan membuktikan kepada mereka semua bahawa saya juga boleh berjaya. Berjaya menjadi insan yang lebih baik. Mungkin saya tidak boleh menukar rupa paras saya, tetapi saya percaya, kecantikan dalaman dapat diserlahkan melalui kebijaksanaan.
Saya bersykur dengan apa yang saya miliki hari ini. Semuanya tidak akan terjadi tanpa seorang yang bergelar..
Cikgu...
Untuk semua guru yang pernah mengajar saya...
Selamat Hari Guru...
Jasa dan budi cikgu semua tidak mungkin akan dapat saya balas....
Terima kasih atas didikan dan panduan yang telah cikgu berikan...
Juga kepada Mama yang merupakan guru saya hingga ke akhir hayat...
Terima kasih saya ucapkan...
********************
Jadi jangan salahkan saya jika saya selalu berkata saya tidak mahu terlibat dalam apa-apa aktiviti yang membabitkan sekolah rendah saya....
Saya tidak mahu mengenangkan lagi perkara tersebut...
Sudah dua hari saya menangis....
Bukan hanya kerana sakit gigi...
Malah sakit hati itu lagi pedih....
Nasib baiklah ada mereka ini....
Terhiburlah sedikit hati....
Kesayangan berbulu kami ini amat gemar menononton tv....
Lihat sahajalah gaya mereka....
Menonton tv bersama kami di malam hari...
Tengok lah betapa malasnya kucing ini....
Bersantai sambil menonton tv...
Ini Orked di tempat kegemarannya....
Merajuk kerana kami asyik mengambil gambar Boo Boo menonton tv...
Ini gambar Orked...
Dalam kelas memasak....
Orang suruh potong bawang, dia masuk dalam besen...
Apa la...
Orked menggunakan formula luas permukaan terdedah untuk menyejukkan badan....
Boo Boo pun sama....
Incik berbulu ini sangat gila kamera...
********************
Bila tengok gelagat depa, memang rasa sejuk ja hati....
Tapi bila kena cuci bahan buangan, memang rasa macam nak cekik-cekik ja mereka...
Bila sakit gigi.....
Mesti rasa macam nak guling-guling atas lantai....
Mesti rasa macam nak cabut dan keluarkan ja gigi tu....
Mesti rasa macam nak pengsan seharian, bangun bila dah tak sakit ja...
Bila sakit gigi....
Mesti rasa macam nak cekik-cekik ja orang yang tak mao berenti cakap....
Mesti rasa macam nak baling ja henfon kalao ia berbunyi....
Mesti rasa macam nak off kan henfon dan tido ja kat umah....
Betoi tak....?
************************
Kenapalah geraham bongu saya baru nak tumbuh....?
Ingatkan dah kluaq semua....
Rupanya ada lagi...
Ruginya menghentikan usaha-usaha menambah ketinggian sebelum ni....
Setelah seharian berguling-guling di rumah.....
Akibat penangan adik bongsu geraham.....
Saya pun memaksa Ain dan Incik Crab untuk menemani saya ke pantai....
Dengan menggunakan umpan....
"Angpa rasa macam nak makan jagung bakaq tak...?"
Padahal bagaimanalah saya mahu makan jagung dalam keadaan begitu...?
Mereka yang terpedaya terus bersetuju....
Akhirnya kami tiba-tiba membuka kelas fotografi di pantai semalam....
Inilah antara gambar yang diambil...
Mana satu yang anda berkenan...?
Ini yang diambil oleh saya....
Ini dari Incik Crab...
Ini pula dari Ain....
**********************
Sakit gigi, tapi masih boleh habiskan jagung bakar separuh....
Bagaimanakah....?
Syahdunya mendengar bait-bait ayat di dalam lagu tersebut....
Teringat saya kepada Mama.....
Semalam merupakan hari yang amat istimewa untuk insan yang bergelar...
Ibu..
Tetapi malangnya saya berada di pulao tanpa penghuni ketika itu....
Jadi saya tidak dapat menjadi orang pertama mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada beliao...
Nasib baik saya sempat berpesan kepada Incik Crab...
Untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu bagi pihak saya....
Pada 23 April yang lepas, genaplah usia Mama 50 tahun....
Tiada hadiah yang dapat saya berikan kepadanya....
Malah beliao pula yang membelikan saya Incik kesayangan Bijik Remia....
Telah banyak jasanya kepada saya sepanjang 25 tahun ini...
Jasa yang tidak mungkin mampu dibalas...
Jika dahulu saya kerap berfikir bahawa saya tinggal bersama seorang ibu tiri yang garang....
Sekarang baru saya mengerti....
Mengapa beliao bertindak demikian....
Dan saya amat berterima kasih di atasa didikan beliao selama ini....
Kerana didikannya yang membentuk saya seperti saya hari ini....
Tanpa beliao, saya tidak mungkin akan sampai sejauh ini....
Mama ialah idola saya....
Di mata saya, Mama adalah...
Wanita berkerjaya yang masih mampu menguruskan keluarga sendiri....
Wanita yang tegas tapi penuh kelembutan.....
Wanita yang berhati waja tapi penuh sifat keibuan....
Mama dan kami adik beradik umpama sahabat karib....
Kami boleh bercerita apa saja....
Dan berkongsi masalah dan pandangan.....
Untuk Mama....
Semoga Mama dipanjangkan umur.... Dimurahkan rezeki.... Diberkati oleh Nya... Dan Dikurniakan kebahagiaan selalu....
Inilah Mama saya...
Eh...Anda pernah nampak budak ini.....?
Dia amat dikehendaki sekarang....
*********************
Pak Nan cacat....
Haha....
Tag dari Pat...
Ini adalah soalan yang perlu dijawab....
Agak sukar untuk menjawab sesetengah soalan...
Tapi saya akan cuba menjawab sebaik mungkin....
Al maklumlah saya dan Incik Crab baru sahaja setahun bersama....
Jadi kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing....
Chewaah....
Betoi la....
Masa bertunang adalah masa untuk mengenali pasangan anda....
Tak percaya, tanya Ain...
Hehe....
1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
- Kartun...Kartun...dan Kartun...esp Spogebob n Sin Chan...Oh, tak dilupakan, Buletin Utama...
2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
- Incik Crab dan Salad...? Macam tak masuk ja....
3. What’s one food he doesn’t like?
- Ayaq asam...sampai la ni dia tak boleh telan....Macam mana nak jadi orang utara ni...? =p
4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
- Teh O....Tu ja tao...haha...
5. Where did he go to high school?
- SMK Seri Perling...
6. What size shoes does he wear?
- 7 @ 8 ~ Tengok jenis kasut...
7. If he was to collect anything, what would it be?
- PC games...Komik....Lemak...haha...
8. What is his favorite type of sandwich?
- Mesti la yang saya buatkan...
9. What would this person eat every day if he could?
- Apa-apa sahaja yang dimasak oleh saya....Betoi tak...?
10. What is his favorite cereal?
- Dia nak makan cereal ka....? Mesti kata tak kenyang...
11. What would he never wear?
- Mekap..
12. What is his favorite sports team?
- Ada ka...? macam musykil ja...
13. Who did he vote for?
- Tomok...hahaha....Gurao ja...
14. Who is his best friend?
- Mesti la Mr. JEGA...
15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
- Hilang percaya pada dia sebab terpengaruh dengan kata-kata orang lain....Ampun..Ampun...huhu...
16. What is his heritage?
- Jawa...? Em..tak paham soalan....
17. What is his favorite colour?
- Hijao... Kaler Rasmi Orang Jawa....
18. What is his habit?
- Terlalu cool....dengan kata lain, tidak tahu untuk tergesa-gesa....
19. What is he proud of?
- Saya kah...?
20. Lastly, do you think he will read this?
- Semestinya...Anda dan megi...eh...melalut....
Kepada anda-anda yang rajin nak buat...
Sila lah ye...
Hehe...
****************
Tapi saya nak orang ni buat tag ini...
~ Incik Crab..