25  

Posted by: Nurul in ,

Hari ni genap lah usia saya 25 tahun...
Aduh, terasa sangat tua diri ini....
pada hari ini, 25 tahun yang lepas.....
Tepat pukul 11 pagi, saya buat pertama kalinya keluar melihat dunia....
Dan hari ini juga telah genap 25 tahun saya menjadi anak kepada abah dan mama....

Selama 25 tahun menjadi anak mereka....
Saya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buat mereka...
Walaopun bukan dengan wang ringgit....
Tiada perkara yang lebih bermakna dalam hidup saya selain daripada melihat wajah gembira mereka....
Meraikan kejayaan saya...

Adik-adik saya selalu mengomel....
Saya anak emas dalam keluarga....
Bagi saya tiada istilah tersebut....
Yang penting bagi saya...
Jangan melawan kehendak orang tua....
Itulah kunci kejayaan....
Kerana merekalah saya di sini...
dan sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membalas budi mereka...

Mungkin selama 25 tahun ini saya pernah melukan hati mama atao abah....
Mungkin ketika itu saya didorong rasa marah atao tidak puas hati...
Perkara tersebut adalah yang paling saya takuti....
Terasa bagai akan dipanah petir jika saya melawan cakap mereka....
Mungkin sebab itu saya jarang dimarahi....
Dan membuatkan jiwa saya lebih sensitif...
Sehingga mungkin abah atao mama bosan dengan gaya ratu air mata saya...
Kerana setiap kali ingin ditegur, bercucuranlah air mata gugur di pipi saya....
Kerana saya tidak boleh menerima kenyataan yang saya telah membuat salah....

Semalam saya menangis melihat midnite movie tv3...
Father of a Bride...
Mungkin kerana saya dapat merasa bagaimana perasaan mama dan abah ketika ini...
Terutamanya perasaan abah....
Mungkin juga....
Dan yang paling penting, saya merasakan saya tidak tahu bagaimana untuk hidup tanpa pengaruh mereka....
Tanpa meminta izin mereka untuk melakukan sesuatu....
Atao untuk pergi ke mana-mana....
Dan apabila kuasa veto telah bertukar tangan daripada abah kepada sesorang yang bakal bergelar suami kepada saya....
Entah lah....saya pun tidak faham mengapa saya teramat sedih apabila memikirkan abah....
Mungkin movie tersebut sangat bagus dan berjaya mempengaruhi pemikiran saya...

Dan membawa saya menyelami isi hati seorang bapa....
Apabila memikirkan bahawa dia bukan lagi lelaki terunggul di dalam hidup anaknya...
Dan dia bukan lagi super hero anaknya....
Agak berat untuknya menerima kenyataan tersebut...

Tetapi dia mungkin lupa...
Bahawa biar segagah mana lelaki yang bertakhta dia hati anaknya....
Biar sekacak mana pria yang berjaya mencuri hati anaknya...
Cuma seorang lelaki sahaja yang tetap menjadi dewata hati anaknya....
Iaitu insan yang bergelar abah...


*************************
Oh, saya hampir menangis tatkala entry ini ditulis....huhu....
Tapi kalo abah saya baca ini....
Mungkin saya akan malu dengannya....

Misi Mencari Kamu...  

Posted by: Nurul in

Anda-anda di luar sana......
Adakah anda mempunyai perwatakan seperti yang di bawah....?

Comel..

Misteri....

Cute....

Manja....

Kelakar....

Jika anda mempunyai ciri-ciri tersebut....
Maka, andalah yang kami cari....
Ya, betul...
Kami mencari seekor kucing yang mempunyai ciri-ciri di atas....
Untuk djadikan haiwan peliharaan kami....
Jangan risao....
Anda akan dijaga dengan baik sekali....
Diberi makanan yang berkhasiat....
Dan juga kasih sayang yang melimpah ruah....

Eh, aneh rasanya....

Pembetulan:

Jika anda mempunyai kucing seperti yang telah diterangkan di atas....
Dan anda tidak tahu apa yang ingin dibuat terhadap kucing tersebut....
Ataopun anda sudah tidak mahu membela mereka.....
Jangan buang mereka di pasar atao kedai makan....
Serahkan saja kepada saya dan Ain....
Kami tidak memilih jenis kucing yang ingin diserahkan....

Jadi, jika anda berminat....
Bolehlah menghubungi kami ye...
Jika anda tinggal di luar Terengganu, jangan risao....
kami sedia untuk mengambil kucen tersebut di tempat anda....
Dengan syarat kucing itu diberi percuma....hehehe.....


Mari Membuat Lawak Di Pagi Hari...  

Posted by: Nurul in ,

Pagi yang cerah....
saya dan Ain bersemangat untuk ke kampus hari ini....
Berbekalkan sandwich tuna kegemaran kami....
Berserta air nescafe panas....
Dari dalam bilik saya menjerit....

"Ain...tolong start keta aku skali..."

Tetapi malangnya, tiada bunyi yg kedengaran...
Tiada ngauman Si Merah di pagi yang tenang itu.....
Saya kaget....
Berlari-lari anak menuju ke lama rumah kami...
Aduh, Si Merah sakit....
Dia tidak mahu dirinya dihidupkan...
(pergh ayat.... :p)

Kenapa...?
Saya pun membuka dan melihat isi perut Si Merah kesayangan....
Kami tergamam....

Air bateri kering....

Patut la Si Merah begitu....
Tapi yang lawaknya adalah selama ini saya tidak pernah tahu bahawa bateri Si Merah adalah bateri sel basah....
Ingatkan sel kering...
Hahaha...sungguh tak peka...
Patut la setiap kali saya menservis Si Merah, kakak tersebut akan memberitahu bahawa mereka akan menambah air bateri....
Saya yang blurr ni pun akan bertanya di dalam hati...

"Air bateri...?bukan dia sel kering ka...?"

Tapi pertanyaan tersebut tak pernah diajukan secara lisan kepada beliau....
Hehe...Malah bukan saya seorang yang mempunyai pendapat tersebut...
Abah juga....Bila ditelefon dia menjawab...

"Bukan dia sel kering ka..?mana kna tambah ayaq.."

Jadi...
Bukan saya seorang sahaja yang blurr nampaknya ye....
Dan..jangan salahkan saya di atas insiden tersebut....
Sebab saya pun keliru....

Moral of the story: Slalu la check air bateri anda...dan yang penting, check dulu jenis bateri kereta anda sebelum membuat apa2 spekulasi...Dan jangan malas nak tambah air bateri bila dah kurang...hehehe....

Mari Membuat Cabaran...  

Posted by: Nurul in

7 Februari dh tinggal beberapa hari sahaja lagi....
Tahun ini saya tidak mahu kek paling mahai dari Secret Recipe.
Ataopun yang ditempah dari mana-mana kedai...
Tahun ini saya telah membuat 1 cabaran....
Di mana Mr. Crab, Ain, Syam, dan Popo dikehendaki membuat sesuatu untuk saya....
Mereka diminta membakar...

Sebiji Kek Coklat..!!!

Untuk majlis hari jadi saya....
Hehehehe...resipi adalah ihsan daripada saya....
Mereka dikehendaki berkerjasama untuk membuat kek tersebut...
Dan menghiasnya mengikut kreativiti mereka sendiri....

Saya tidak mengharapkan sesuatu yang seperti ini:


Sumber: http://mazlia.fotopages.com/

Cukuplah sekadar ianya menjadi seperti ini:


Jadi....
Marilah kita lihat apakah hasilnya pada 7 Februari nanti....
Hehehe....

Oh ya,
Ada satu lagi cabaran istimewa untuk Incik Crab....
Beliau dikendaki....

Menghafal & Menyanyikan Lagu....

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG....

Pada hari tersebut....
Hahaha (Gelak jahat...)
Kita tunggu dan lihat ye...

Mari Berangan...  

Posted by: Nurul in

Yah, Februari datang lagi......
Jadi kawan-kawan....
tahukah anda apa yang akan berlaku pada bulan ini....?
Hehehehee....sila la sediakan hadiah masing-masing ye....
(Wah...melampao plak gelak tersebut...)

Seperti biasa pada setiap tahun, saya kan membuat senarai hadiah yang saya inginkan....
Tapi pada tahun ini, tiada lagi 3 series dalam senarai tersebut....
Mahupun Wolkswagen Beetle.....

Pada tahun ini hanya satu benda ja yang saya nak sangat-sangat....
Sangat sangat sangat sangat....
Jika ada sesiapa yang ingin meberikan benda tersebut kepada saya...
Saya amatlah berterima kasih kepada beliau....

Tahun ini saya hanya mahukan....
SEBUAH LAPTOP BARU....

Tak kisah lah apa jenama....
Tak kisahlah kaler apa.....
Janji saya boleh membuat kerja saya tanpa gangguan....
Tanpa memikirkan adakah laptop saya boleh dihidupkan semula....
Atau pun adakah ia akan terpadam tiba-tiba....

Huhuhuhuhu....
Boleh ka....?
(Wat mata Sin Chan kt Incik Crab...)