Mari Mengimbau Kenangan  

Posted by: Nurul in

Semalam mama sudah memberitahu saya....
Mereka akan ke Tanah Suci sekali lagi tahun depan...
Untuk menunaikan umrah....
Dan seperti biasa, saya telah diminta untuk menjaga adik-adik yang seramai 6 orang tersebut...

Tiba-tiba saya teringat semasa mama dan abah mengerjakan haji 7 tahun yang lepas...
Saya telah diamanahkan untuk menjaga adik-adik sepanjang ketiadaan mereka di rumah....
bayangkanlah betapa besarnya tanggungjawab yang harus dipikul oleh saya yang pada ketika itu baru berumur 17 tahun...
Ketika rakan-rakan bergembira menyertai Kem Khidmat Sosial, saya pula sibuk di rumah...
Menguruskan rumah dan adik-adik...

Ketika itulah saya belajar tentang erti tanggungjawab...
Sebagai kakak yang sulung, saya harus menjaga adik-adik dengan sebaik mungkin...
Rutin harian bermula seawal pagi apabila saya harus bangun dan menyiapkan sarapan untuk adik-adik, mengejutkan dan menyiapkan mereka, dan seterusnya menghantar mereka ke sekolah....

Setelah pulang dari menghantar adik-adik, saya akan ke pasar untuk membeli lauk tengah hari nanti...Selesai membasuh baju dan mengemas rumah, saya terus memasak makanan tengah hari untuk mereka....saya pastikan makan tengah hari akan terhidang di meja sebelum mengambil mereka pulang dari sekolah....Begitulah rutin harian saya setiap pagi....

Dari situlah timbulnya minat saya untuk memasak...setiap hari, saya pasti akan mencuba pelbagai resipi baru...Sudah tentulah Ibu Mard dan Cik Di menjadi mangsa....Sehingga ada di antara mereka memang akan menunggu panggilan telefon dari saya setiap kali mejelang tengah hari...Dan bersedia dengan resipi untuk diberikan kepada saya....

Dari situ jugalah saya belajar membuat pelbagai jenis kraftangan..menjahit, menyulam, cross stiching, dan macam-macam lagilah....Semuanya saya belajar sendiri sambil dibantu oleh Mard dan ibunya....

Pada usia 17 tahun saya sudah memandu kereta...(ke sekolah..) Menguruskan adik-adik dan rumah....Membayar bil2...membayar loan kereta, rumah, kad kredit ibu bapa saya..(tp tolong bayaq ja la..pakai duit depa...) dan yang paling penting..saya telah menguruskan sendiri kemasukan saya ke Matrikulasi....dengan bantuan Ibu Mard...Semuanya kami uruskan sendiri....
Sekembalinya ibu dan bapa saya ke rumah, mereka hanya perlu menghantar saya untuk mendaftarkan diri di KMPP...kerana semuanya telah diuruskan...

Pada tahun itu juga kami terpaksa beraya tanpa ibu dan bapa...(nasib baik cuma raya haji....) Jadi, untuk mengurangkan kesedihan adik-adik saya, saya bersama Mak Ndak telah berusaha membakar lemang sendiri untuk dijadikan hidangan di pagi raya...Saya juga telah bersusah payah mempelajari cara-cara membuat rendang kari dari pengasuh kami untuk dimakan bersama lemang dan ketupat yang telah kami sediakan...bagi saya, walaupun mama dan abah jauh di mata, saya masih perlu menghidupkan suasana raya tersebut demi adik-adik supaya mereka tidak merasa tersisih dan sedih.....

Mama dan abah juga telah meninggalkan ibadat korban untuk saya dan adik saya jalankan...Itu lah kali pertama saya menjalankan ibadat korban....Dengan nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh jiran-jiran dan Pak Bi, kami berjaya melaksanakannya....separuh daripada daging itu kami sedekahkan..Separuh lagi kami masak bersama-sama.....

Pengalaman menguruskan keluarga, walaupun hanya sebulan adalah sesuatu yang paling bermakna bagi saya...Pada usia semuda itu, saya sudah belajar membuat pelbagai perkara yang kebanyakan daripadanya merupakan Pengalaman Pertama saya...Siapa sangka dalam usia semuda itu, saya berjaya melakukannya....Tambahan pula selama ini, saya tidak pernah membuat sendiri perkara-perkara tersebut tanpa bantuan mama dan abah....

Tetapi ianya tidak akan berjaya tanpa sokongan dan bimbingan dari Ibu Mard, makcik-makcik dan pakcik-pakcik saya, pengasuh kami, serta jiran-jiran terdekat...Banyak yang dapat saya pelajari dalam tempoh tersebut...Dan ianya membantu saya untuk menjadi seorang yang lebih bertanggung jawab dan matang....

Oh ya, saya bersyukur kerana dapat mengalami pengalaman yang hebat ini...
Tetapi hingga ke hari ini saya masih merasakan bahawa banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari dan mama dan abah masih melayan kami semua seperti anak-anak kecil mereka....
Alhamdulillah...