Hari ni hari Jumaat...Hari untuk bersyukur....
Jadi, inilah senarai kesyukuran saya untuk minggu ini...
- Saya bersyukur kerana telah dapat pulang ke rumah dan kembali ke Terengganu dengan selamatnya minggu lepas
- Saya bersyukr kerana kesihatan bapa saya semakin baik
- Saya bersyukur kerana telah berjaya membeli bekas menyimpan gula yang baru
- Saya bersyukur kerana gaji saya telah masuk dan selamat dihabiskan untuk membayar hutang
- Saya bersyukur kerana saya masih hidup hingga ke saat ini
- Saya bersyukur kerana rakan baik saya, Mard telah mendapat seorang lagi anak saudara perempuan yang baru dan kakak ipar serta bayinya itu dalam keadaan sihat
- Saya bersyukur kerana popo bunting buat kesekian kalinya
- Saya bersyukur kerana telah berjaya mengemas bilik pada minggu ini
Sekian, alhamdulillah...
This entry was posted
on Friday, November 21, 2008
and is filed under
Bila Mata Celik Tapi Mengantuk
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.