Tapi esok saya masih mampu ke pulao....
Jumpa lagi minggu depan...
Huhu...
Saya benci Matematik....
Sebab saya alergik dengan nombor...
Sekarang saya hampir gila kerana di monitor saya ada banyak sangat nombor....
Jadi untuk mengelakkan saya terus menjadi gila, saya nak update blog....
Hahaha..bagusnya alasan....
Saya menang ini...
Hasil ketekunan mencari seorang gadis bernama Cik Meh di celah-celah jutaan manusia...
Terima kasih kepada beliao kerana sudi memberikan saya hadiah tersebut...
Mungkin satu hari nanti saya juga akan mengadakan pertandingan di blog ini....
Tapi saya akan bagi soalan yang paling susah supaya tiada orang yang akan menang....
Hehehe....sungguh buruk perangai budak ini kan...?
Bila tekanan sebegini...
Mulalah saya teringat kepada mereka-mereka di rumah....
Terutamanya makhluk ini...
Kenapalah banyak sangat makhluk-makhluk comel dan berbulu tersebut di rumah....
Buat saya mahu terbang ke sana sahaja....
Kalao mama saya baca ini mungkin beliao akan kecil hati lagi....
Kerana setiap kali menjawab panggilan telefon darinya perkataan ini yang akan keluar dahulu...
"POTOPOK..."
Tetapi ada sekali bukan mama yang membuat panggilan, tapi abah...
Terkedu saya sebentar....
Ain sudah hampir tergolek menahan ketawa....
Kerana agak kuat jugak jeritan saya sebelum itu memanggil nama potopok...
Ampun Abah....
Hehe...
Ingatkan mama....
Saya suka makcik ini....
Entah kenapa....
Tapi dia memang kewl (pinjam ayat put...)
Anda boleh menyaksikan beliao di sini
Tak tahulah berapa kali saya menekan butang replay....
Mungkin kerana terpegun sungguh mendengar suaranya....
Betullah apa yang dicakapkan oleh Amanda...
"It's a privilege to watch you sing...."
Memang makcik ini berjaya menambat hati semua orang...
Pada mulanya bermacam-macam reaksi yang dapat dilihat daripada penonton di situ...
Tetapi setelah beliao membuka mulut, semua orang pun ternganga....
Beliao juga telah membuktikan bahawa rupa bukan segala-galanya...
Tanpa rupa yang memikat dan potongan badan yang menarik, beliao masih mampu membuatkan semua orang terbeliak dan terlopong melihat persembahannya....
Ia juga merupakan satu tamparan yang hebat kepada mereka yang selalu melihat pada paras rupa sahaja...
Sememangnya manusia gemar melihat perkara-perkara yang indah sahaja....
Kadang-kadang mereka terlupa...
Bahawa ada sesuatu lagi yang lebih daripada itu...
Tahniah sekali lagi kepada beliao....
Kerana telah membuka mata semua pihak...
Dan membuatkan orang-orang yang 'kurang indah' seperti saya merasa bangga....