Mari Bersyukur Pada Hari Jumaat..  

Posted by: Nurul in

Hari ni hari Jumaat...Hari untuk bersyukur....
Jadi, inilah senarai kesyukuran saya untuk minggu ini...

  1. Saya bersyukur kerana telah dapat pulang ke rumah dan kembali ke Terengganu dengan selamatnya minggu lepas
  2. Saya bersyukr kerana kesihatan bapa saya semakin baik
  3. Saya bersyukur kerana telah berjaya membeli bekas menyimpan gula yang baru
  4. Saya bersyukur kerana gaji saya telah masuk dan selamat dihabiskan untuk membayar hutang
  5. Saya bersyukur kerana saya masih hidup hingga ke saat ini
  6. Saya bersyukur kerana rakan baik saya, Mard telah mendapat seorang lagi anak saudara perempuan yang baru dan kakak ipar serta bayinya itu dalam keadaan sihat
  7. Saya bersyukur kerana popo bunting buat kesekian kalinya
  8. Saya bersyukur kerana telah berjaya mengemas bilik pada minggu ini

Sekian, alhamdulillah...

Mari Bersantai...  

Posted by: Nurul in

Sudah lama nampaknya saya tidak menulis di sini...
Agak sibuk nampaknya minggu ini....
Saya pun tidak tahu apa yang hendak dituliskan sebenarnya....
Hehehe....

Tak banyak benda yang ingin diceritakan untuk minggu ni...
Sebab minggu ini agak suram....
Hampir setiap hari hujan turun...
Bukan sekejap-sekejap...
Tapi berlarutan sehingga berhari-hari...
Mungkin kerana itulah mood pun selalunya suram....
Rasa hendak tidur mengatasi segala-galanya...
Almaklum lah hujan...
Sejuk....

Sambil buat kerja pun boleh terbayang...
Alangkah bahagianya tika saat ini saya dapat bergolek-golek di atas katil...
Sambil dibaluti comforter yang sungguh menyelesakan...
Enaknya.....
Hehe....

Setakat ini sahajalah yang dapat dituliskan di sini....
Mungkin jika matahari mula menyinar kembali pada minggu hadapan...
Semangat kami akan kembali membara....
Oh, sungguh tak suka monsoon ini....