Wah...kalao tengok tajuk di atas, mesti anda semua terpinga-pinga kn..?
Knapakah begitu rupa tajuknya...?
Kisah tersebut berlaku ketika saya berada di tahun 1...
Saya membesar dengan Sesame Street....
Jarang sekali saya menonton cerita-cerita melayu....
Jadi mungkin disebabkan itulah penguasaan Bahasa Melayu saya agak kurang...
Ketika di sekolah, selalunya cikgu akan memberikan kerja rumah...
Seperti lukiskan sebanyak mana perkataan yang bermula dengan huruf A - Z....
Selalunya ibu sayalah yang menjadi mangsa....
Kerana saya mahu lukisan di dalam buku tersebut Perfect...
Dan saya mahu perkataan yang saya lukiskan itu lain dari rakan-rakan yang lain....
Jadi saya menggunakan Hikmat Mata Sin Chan untuk meminta ibu melukiskannya untuk saya....
Tetapi bila sampai ke huruf E, saya tidak ingat kenapa bukan ibu yang melukiskannya...
Jengjengjeng.....Dan hasilnya....
Di dalam buku saya..
Tertera dengan bangganya...siap dengan lukisan....
Saya dapat membayangkan betapa cikgu kelas saya kontrol gelak...
Dan berkata kepada saya...
"Ekon ni perkataan Bahasa Inggeris...Eja dia macam ni.. "
"A-I-R-C-O-N-D..."
Pulang dari sekolah, saya terus membuka kamus...
Dan belajar bahawa EKON adalah Penghawa dingin dalam Bahasa Melayu...
dan hati saya berbisik...
"Tak pa...Nanti sampai huruf P bleh la lukis EKON lagi...Mesti xdak sapa tao EKON tu apa..."
*************************************
Keesokan harinya saya berkata kepada cikgu...
Salah la cikgu, eja dia A-I-R-C-O-N-D-I-T-I-O-N-E-R
Hampeh...