Lepas raya ni ramai lagi kawan-kawan yang bakal berkawen...
Ada yang dah selamat, macam Balkhis....
(Sorry aku salah tulis nama hang...dua kali plak tu...hehe...)
Tahniah diucapkan....
Nanti cuti sekolah yang akan datang rasanya banyak lagi yang bakal menyusul...
Biasalah, orang tua-tua cakap dah smpai seru...
Baguslah jodoh depa cepat....
Bagi kami...?
Tunggulah ye...apa-apa hal pun, akan diberitahu kemudian...
Dalam sibuk-sibuk memenuhi undangan perkahwinan, kadang-kadang terdegar jugak keluhan...
Ataopun lebih dikenali sebagai sindiran....
"Kenapa nak kawen cepat...? Tak rock aa..."
"Apa barang kumpul duit nak kawen..?"
Apakah...?
Bagi saya, bukankah perkahwinan adalah tuntutan agama....
Kenapa orang mahu berkawen dikatakan gatai....?
Ataopun kononnya mahu mengorbankan zaman muda...?
Hina sangatkah orang yang mahu berkawen itu...?
Jangan pula pandang serong dengan kenyataan yang saya keluarkan ini....
Mungkin ada yang berkata....
"Dah dia pun gatai nak kawen, sebab tu cakap macam tu..."
Bagi saya, jika anda mempunyai hak untuk berkata bahawa berkawen awal itu adalah sangat tak cool ataopun apa-apa lah...
Orang yang nak berkawen tu jugak berhak menyatakan pendapat mereka sendiri....
Betoi tak...?
Jika anda bebas memberi pendapat, anda juga perlulah bebas menerima pendapat orang lain...
Bukan begitu...?
Jadi kenapa timbul soal lebih baik kumpul duit beli kereta dari kumpul duit untuk berkawen...?
Atao...
"Buat apa nak kawen awai-awai...muda lagi kan..."
Atao...
"Enjoy la dulu...buat apa nak kawen lagi..."
Atao...
"Umuq baru 25 dah nak pikir pasai kawen.."
Jika anda yang bakal berkawen, sudah tentu anda tidak akan mengeluarkan ayat sebegitu kan..?
Hehe....
Lu pikir la sendiri....
Apa-apa pun, jom la layan gambar kenduri Balkhis hari tu...
Tapi demi menghormati permintaan pengantin, saya hanya upload gambar2 yang sopan...
Yang lain tu kami simpan...
Hehe...