Oh ya, saya baru sahaja mendapat ilham...
Apa kata jika setiap hari Jumaat yang juga merupakan Penghulu Segala Hari, saya akan tuliskan senarai kesyukuran saya untuk sepanjang minggu tersebut...
Dengan itu saya harap saya tidak akan lupa diri dan terlalu taksub dengan apa yang telah saya miliki....
Dan ia juga bermakna saya mempunyai isi untuk ditulis pada hari tersebut..hehe...
Tidak perlu memerah otak, memikirkan isi penulisan saya...
Untuk minggu ini, saya mulakan pada hari ini iaitu hari Selasa yang berbahagia ini...
Senarai kesyukuran saya untuk minggu ini:
- Saya bersyukur saya masih lagi bernafas dan menjalankan hidup dalam keadaan normal.
- Saya bersyukur kerana telah diberi peluang untuk pergi ke KL dan menghadiri REUNION TRRG di Aquaria KLCC yang telah berjalan dengan lancarnya. Saya juga telah diberi peluang untuk mengalami pengalaman ala-ala staff Aquaria untuk sehari di mana kami bebas keluar masuk dan meneroka segenap pelusuk Aquaria KLCC.
- Saya bersyukur kerana Mr. Crab telah berjaya membeli sesuatu yang penting untuk masa depan kami.
- Saya bersyukur kerana notebook saya ini masih boleh digunakan sehingga saat saya menulis entry ini, walao pun dia sudah tiga kali hampir mati hari ini.
- Saya bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja saya untuk hari ini dan membolehkan saya untuk menulis entry ini.
- Saya bersyukur masih lagi mempunyai famili, Sleys, dan Mr. Crab di dalam hidup saya. Walaopun ada di antara mereka yang jauh di mata, tetapi masih dekat di hati saya.
- Saya bersyukur kerana anda sudi membaca entry yang tidak seberapa ini. Terima kasih!
Alhamdulillah....
This entry was posted
on Tuesday, November 11, 2008
and is filed under
Bila Mata Celik Tapi Mengantuk
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.