Mari Menjawab Soalan Tag...  

Posted by: Nurul in

Baru ja terpikir nak update apa kat blog ni....
Tiba-tiba saya baru perasan yang saya telah ditag oleh Cik Meh...
Oleh itu, saya dengan bangganya ingin menjawab soalan tag tersebut....

1.Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
- Handphone

2. Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
- Barang-barang dapur kat Mydin semalam....

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan anda?
- Mesti la di tepi pantai...Kalo banyak duit bleh wat kat Bali, kalo xdak duit, pantai Tok Jembal pun jadi la..hehe...

4. Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
- InsyaAllah sampai habis nafas ini...(Oh, kejunya!)

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
- Ya, sejak bulan 4 tahun ini...

6. Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
- Zalina, bersama-sama dengan Mr. Crab...

7. Namakan buku terakhir yang anda beli?
- Erkk....dah lama tak beli buku...Chicken Soup for the Soul kot...

8. Apakah nama penuh anda?
- Nurul Huda binti Zakaria

9. Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
- Dengan mama...Boleh gosip, usik-mengusik, melawak, dan mintak duit...hehehe...Abah adalah agak garang, jadi saya yang berhati lembut ini agak segan dengannya...

10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
- Barack Obama...Bleh...? Nak sampaikan ucapan tahniah secara peribadi kat dia...

11. Christina atau Britney?
- Baik saya pilih Siti Nurhaliza...

12. Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
- Ya, kerana mesin basuh saya sudah rosak...Tetapi selalunya saya akan hantar ke kedai dobi Mr. Crab sebab ia FREE...hehe....Tambahan pula dapat mengeratkan hubungan silaturrahim...

13. Tempat yang paling seronok anda mahu pegi?
- Ermm...Untuk sekarang saya mahu berada di rumah ibu bapa saya....The coolest place on the planet!

14. Pelukan atau ciuman?
- Dua-dua...Ya, saya gemarkan kedua-duanya....hihi....

15. Butirkan 4 perkara tentang orang yang tag anda
- Satu matrik dengan saya
- Pernah jadi housemate saya
- Comel
- Suka sangat main game

16. 4 perkara yang amat saya gilai
- Menghabiskan duit
- Masak untuk kesayangans
- Kucing
- Menjahit sulaman @ cross stich
- Membuat kraf tangan
- Mr. Crab (Echeh.... =p)

17. 4 perkataan yang sering di ucapkan
- Pedio?
- Badak betoi..
- Ooo...ok
- Lapaqqq

18. 4 buah buku yang paling terbaru di baca
- Laporan Projek Penyu dan Tuntung yang dijalankan oleh UMT
- Biology of Sea Turtles Vol. 2
- Chicken Soup for the Soul
- Untill tomorrow comes (tak tahu untuk kali ke berapa buku ini dibaca...)

19. 4 lagu yang boleh saya dengar berulang kali
- Nyawa Hidupku dari AdaBand
- Lagu Cina yang saya tidak tahu tajuknya
- Lagu Kita dari Aizat
- I'm Yours by Jason Mraz

20. 4 perkara saya pelajari tahun lalu
- Jangan sentiasa selesa dengan apa yang kita ada...Mungkin ia boleh ditarik balik dalam sekelip mata..
- Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan.
- Untuk berjaya, banyak yang terpaksa dikorbankan.
- Jangan berhenti berharap, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...

21. 4 Mangsa tag seterusnya
- Mard
- Put
- Aber
- Popo

Mari Memasak Burger...  

Posted by: Nurul in



Terliur tak tengok makanan di atas tersebut...?
Ada tak di sini yang tidak tahu gambar apakah yang saya letak di atas itu...?
Ya, mesti la semua orang tahu kan...
Itu adalah burger....
Tapi ini bukan burger yang di beli dari KFC, McD, atao pun kedai burger pakcik Cafe A KMPP...
Burger ini amat bermakna bagi saya...
Kerana ia dihasilkan sendiri oleh tangan saya....
Danging patty nya dihasilkan sendiri...
Yang dibeli cuma rotinya sahaja....
Nak tahu macam mana buat daging burger...?
Mari kita lihat sama2...

Burger ala-ala Kerabi Peti

Bahan/radas:
(untuk patty)

Daging cincang
Garam
Bawang besar
Jintan manis
Telur
Serbuk roti
Minyak zaitun untuk menggoreng

(Untuk hiasan)
Salad
Timun
Sos Cili
Mayonis

(untuk roti)
Mesti la roti
Mentega

Method:

  1. Letakkan daging cincang di dalam mangkuk besar
  2. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu ke dalam mangkuk yang berisi daging bersama dengan jintan manis yang telah ditumbuk halus.
  3. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati. Di dalam mangkuk lain, pecahkan telur. dan masukkan serbuk roti ke dalam bekas yang berasingan.
  4. Bentukkan daging menjadi bulat, celupkan ke dalam telur, dan akhir sekali masukkan ke dalam serbuk roti sambil dileperkan menjadi seperti daging burger yang terdapat di pasaran...hehe...kalao nak buat bentuk lain pun dipersilakan..
  5. Masukkan daging yang telah siap ke dalam peti sejuk untuk 1 atao 2 jam..
  6. Keluarkan patty dari peti sejuk dan gorengkannya di dalam minyak zaitun. Tetapi jangan gunakan terlalu banyak minyak. 1 atao 2 sudu sudah memadai..
  7. Apabila daging telah garing, angkat dan toskan. Sapu roti burger dengan mentega dan bakar di atas kuali hingga mencapai tahap kehangitan yang digemari...
  8. Setelah roti siap, susunkan roti, sayuran, dan patty mengikut cita rasa anda..Jangan lupa letakkan bersama sos cili dan mayonis.
  9. Burger yang telah siap bolehlah dihidangkan kepada orang yang tersayang....

Ha...kan senang tu...
Selamat mencuba...

Mari melancong  

Posted by: Nurul in

Untuk pengetahuan semua, pada 4 hingga 6 haribulan yang lalu, saya telah pun pergi ke KL untuk menghadiri REUNION sukarelawan TRRG untuk tahun ini di Aquaria KLCC.... Saya masih belum sempat menerima gambar-gambar saya dari kamera Popo...

Oleh itu, saya biarakan anda semua melayan gambar selepas saya pulang dari KL...
(Tak tahu jugak apa motif gambar-gambar tersebut...)
Oh ya, saya cuma mahu memberitahu bahawa di Terengganu, satu lagi pusat membeli-belah telah diwujudkan, iaitu Mesra Mall....
Dalam perjalanan pulang dari KL, kami telah sempat singgah di situ untuk meninjau2 pusat membeli-belah tersebut yang sering digembar-gemburkan oleh orang-orang di sekeliling kami...
Ternyata ia adalah sama dengan pusat-pusat membeli-belah lain di Terengganu...
Yang berbeza cuma dengan kehadiran beberapa kedai yang tidak pernah wujud di sini sebelum ini iaitu:

  • The Body Shop
  • Starbucks
  • Big Apple Donuts
  • Pawagam
  • Toys 'r' us
Itu lah sahaja yang dapat kami simpulkan daripada lawatan ke Mesra Mall...
Sekian, terima kasih...

Di sini juga saya ingin berkongsi barangan yang telah saya beli sepanjang lawatan saya ke KL tersebut....

Depan Mesra Mall..

Tepi Mesra Mall..

Saja ambik...

Lagi saja ambik..

Barang yang dibeli dari Mesra Mall...

Barang dari Aquaria..

Itu sahaja yang dapat saya simpulkan di sini....

Mari Menjamu Selera...  

Posted by: Nurul in

Kawan-kawan,

Ini adalah gambar-gambar yang tidak sempat saya muat naik sebelum ini....
Gambar-gambar ini merangkumi juadah makan malam untuk minggu-minggu yang lepas...
Resipi bagi masakan tersebut akan saya masukkan selepas ini kerana saya sudah bosan mengulangi resipi yang sama setiap kali adik-adik saya mahu memasak juadah tersebut....
Maka selepas in jika mereka bertanyakan resipi, bolehlah saya berkata,

"P la tengok dalam blog orang. =p"

Makaroni bakar

Tofu

Kobis rebus + sos tiram + bawang putih goreng

Ayam masak lemon

Sup ABC

Saja nak letak...tapi nak tunjuk tomyam yang kat tengah tu...hehe..

Yah, itu lah dia menu kami untuk minggu lepas...

Mari Bersyukur...  

Posted by: Nurul in

Setelah membaca 'belog' Hanis Zalikha tadi, saya mula terfikir yang sudah lama saya tidak menulis entry bersyukur (bukan tidak bersyukur, tetapi tidak menulis entry kesyukuran ye..)

Jadi pada hari Ahad yang berbahagia ini, saya ingin menyatakan kesyukuran ke atas apa yang telah saya nikmati selama hari ini....

  1. Saya bersyukur saya masih lagi bernafas secara normal hingga ke saat ini....
  2. Saya bersyukur dilahirkan di dalam keluarga yang majmuk...Dan mempunyai adik-beradik dalm pelbagai rupa, bentuk dan warna...Saya harus juga bersyukur kerana walaopun saiz saya melangkaui sempadan, tenyata saya bukanlah yang paling 'malap' di antara kami semua....hehehe..
  3. Saya bersyukur dikurniakan pancaindera yang sempurna....Tidak ada cacat celanya ketika saat saya dilahirkan...Tetapi semakin menginjak dewasa, semakin banyak pula parut-parut yang telah saya kumpulkan....
  4. Saya bersyukur dianugerahkan dengan akal fikiran yang sempurna, malah bisa menggunakan kemampuan akal saya untuk melahirkan idea-idea yang agak kreatif dan luar biasa...
  5. Saya bersyukur dilahirkan sebagai orang biasa di mana saya perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang saya inginkan...
  6. Saya bersukur kerana ditempatkan di terengganu...Tempat di mana saya belajar erti kehidupan sebenar...Tempat di mana saya memulakan kehidupan dari bawah...sehinggalah saya mencapai apa yang saya ada sekarang...Tempat di mana saya pernah menemui cinta pertama....dan di sini lah jua cinta pertama saya berkubur....Di sinilah juga tempatnya saya mulai menyemai anak benih bakau sebagi tanda cinta saya bersama orang tersayang...(oh, sungguh berkeju ayat tersebut..=p)
  7. Saya bersyukur kerana mempunyai sebuah mesin memandu (driving machine) yang sangat comel dan menawan....Di mana saya tidak perlu menyusahkan orang lain untuk mengambil atao menghantar saya ke destinasi yang ingin saya tujui....Kesyukuran juga dipanjatkan kerana mesin comel ini selalu berpuasa dan saya tidak perlu kerap memberinya makan makanan kegemarannya iaitu petrol tanpa plumbum.
  8. Saya bersyukur kerana dianugerahkan kedua ibu bapa yang sangat sporting dan comel...Yang sangat memahami jiwa remaja saya...
  9. Saya bersyukur kerana nama saya ialah NURUL HUDA...Bayangkan jika nama saya Siti Bunga atau Kuntum atau Tomei-tomei...Oh, sungguh tidak sanggup...
  10. Saya bersyukur kerana ditemukan dengan penyu-penyu dan tuntung-tuntung di sini....Dan yang paling manis ialah bertemu dengan orang-orang kuat di sebalik penyu dan tuntung ini...
  11. Saya bersyukur kerana hingga saat ini saya masih mampu menaip menggunakan komputer riba yang hampir nazak ini....
  12. Saya besyukur kerana dikelilingi oleh pelbagai jenis manusia yang bisa membuat saya senyum dan tertawa apabila melihat gelagat mereka....Ada di antara mereka yang bisa membuat saya menangis...Tetapi saya juga harus bersyukur kerana ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran tentang kehidupan yang tidak akan diajar di dalam mana-mana dewan kuliah...
  13. Saya bersyukur kerana mempunyai seseorang untuk berkongsi hati dan perasaan saya....Mungkin di mata orang lain dia tidak sempurna....Tetapi bagi saya, mengapa mengharapkan seseorang yang sempurna sedangkan diri sendiri pun masih banyak kelemahannya....
Kesimpulannya, saya amat bersyukur dengan apa yang saya ada hari ini...Ianya mungkin tidak sempurna, tetapi sudah cukup untuk menggembirakan hati saya.....
Alhamdulillah...
:)