Mari Bersyukur...  

Posted by: Nurul in

Setelah membaca 'belog' Hanis Zalikha tadi, saya mula terfikir yang sudah lama saya tidak menulis entry bersyukur (bukan tidak bersyukur, tetapi tidak menulis entry kesyukuran ye..)

Jadi pada hari Ahad yang berbahagia ini, saya ingin menyatakan kesyukuran ke atas apa yang telah saya nikmati selama hari ini....

  1. Saya bersyukur saya masih lagi bernafas secara normal hingga ke saat ini....
  2. Saya bersyukur dilahirkan di dalam keluarga yang majmuk...Dan mempunyai adik-beradik dalm pelbagai rupa, bentuk dan warna...Saya harus juga bersyukur kerana walaopun saiz saya melangkaui sempadan, tenyata saya bukanlah yang paling 'malap' di antara kami semua....hehehe..
  3. Saya bersyukur dikurniakan pancaindera yang sempurna....Tidak ada cacat celanya ketika saat saya dilahirkan...Tetapi semakin menginjak dewasa, semakin banyak pula parut-parut yang telah saya kumpulkan....
  4. Saya bersyukur dianugerahkan dengan akal fikiran yang sempurna, malah bisa menggunakan kemampuan akal saya untuk melahirkan idea-idea yang agak kreatif dan luar biasa...
  5. Saya bersyukur dilahirkan sebagai orang biasa di mana saya perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang saya inginkan...
  6. Saya bersukur kerana ditempatkan di terengganu...Tempat di mana saya belajar erti kehidupan sebenar...Tempat di mana saya memulakan kehidupan dari bawah...sehinggalah saya mencapai apa yang saya ada sekarang...Tempat di mana saya pernah menemui cinta pertama....dan di sini lah jua cinta pertama saya berkubur....Di sinilah juga tempatnya saya mulai menyemai anak benih bakau sebagi tanda cinta saya bersama orang tersayang...(oh, sungguh berkeju ayat tersebut..=p)
  7. Saya bersyukur kerana mempunyai sebuah mesin memandu (driving machine) yang sangat comel dan menawan....Di mana saya tidak perlu menyusahkan orang lain untuk mengambil atao menghantar saya ke destinasi yang ingin saya tujui....Kesyukuran juga dipanjatkan kerana mesin comel ini selalu berpuasa dan saya tidak perlu kerap memberinya makan makanan kegemarannya iaitu petrol tanpa plumbum.
  8. Saya bersyukur kerana dianugerahkan kedua ibu bapa yang sangat sporting dan comel...Yang sangat memahami jiwa remaja saya...
  9. Saya bersyukur kerana nama saya ialah NURUL HUDA...Bayangkan jika nama saya Siti Bunga atau Kuntum atau Tomei-tomei...Oh, sungguh tidak sanggup...
  10. Saya bersyukur kerana ditemukan dengan penyu-penyu dan tuntung-tuntung di sini....Dan yang paling manis ialah bertemu dengan orang-orang kuat di sebalik penyu dan tuntung ini...
  11. Saya bersyukur kerana hingga saat ini saya masih mampu menaip menggunakan komputer riba yang hampir nazak ini....
  12. Saya besyukur kerana dikelilingi oleh pelbagai jenis manusia yang bisa membuat saya senyum dan tertawa apabila melihat gelagat mereka....Ada di antara mereka yang bisa membuat saya menangis...Tetapi saya juga harus bersyukur kerana ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran tentang kehidupan yang tidak akan diajar di dalam mana-mana dewan kuliah...
  13. Saya bersyukur kerana mempunyai seseorang untuk berkongsi hati dan perasaan saya....Mungkin di mata orang lain dia tidak sempurna....Tetapi bagi saya, mengapa mengharapkan seseorang yang sempurna sedangkan diri sendiri pun masih banyak kelemahannya....
Kesimpulannya, saya amat bersyukur dengan apa yang saya ada hari ini...Ianya mungkin tidak sempurna, tetapi sudah cukup untuk menggembirakan hati saya.....
Alhamdulillah...
:)

This entry was posted on Sunday, November 02, 2008 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

4 orang rajin komen...

selalu lah bersyukur.

bagus-bagus.

aku bersyukur kerana ada kamu...

aku bersyukur kerana kawan-kawan ku bersyukur..

aku bersyukur kerana dapat berkawan dgn hang....

Post a Comment