Kawan-kawan,
Jika anda semua masih tidak tahu, bulan ini bukan sahaja bulan kesedaran barah payudara...
Bulan ini juga merupakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara...
Ya, kerana itulah saya dengan penuh sopan santun telah pun menulis di dalam Bahasa Malaysia yang betul. Oh, satu lagi, Bahasa Melayu kini dikenali sebagai Bahasa Malaysia..
Walaupun tanda titik dan koma saya tidak sempurna, kerana inilah gaya penulisan saya, saya akan terus berusaha untuk menulis di dalam Bahasa Malaysia yang sempurna..
Tajuk saya pada hari ini ialah, Apa salahnya hidup berseorangan?
Atau jika dialih bahasakan menjadi "What's wrong with being single?"
Anda semua di luar sana mungkin tertanya-tanya mengapakah saya memilih tajuk ini..?
Kenapa saya memilih tajuk ini...?
Kerana saya mepunyai seorang kawan yang masih mencari-cari pasangan...
Beliau selalu membanding-bandingkan kehidupan saya sebagai seorang yang mempunyai pasangan, tetapi belum berkahwin dengannya yang masih tidak mempunyai pasangan...
Apa yang selalu saya katakan padanya...?
"Jika begitu, nikmatilah kebebasan kamu sepuas-puasnya..."
Mengapa saya berkata begitu kepadanya?
mari kita baca sebuah kisah benar yang telah saya olahkan menjadi cerita pendek ini.
"Saya minta maaf, kita memang tidak ditakdirkan untuk bersama," Kata Amar seraya memutuskan talian. "Ikah yang berada di talian terus tersentak lalu menangis semahu-mahunya. "Kenapa kamu begitu kejam kepadaku Amar. Kenapa?" Bentaknya di dalam hati. Setelah berhari-hari mengurung dirinya di dalam bilik dan menangis, Ikah akhirnya sedar bahawa mengapa dia harus bersedih, meratapi hubungan yang masih belum tentu arah dan tujuannya. Ikah mula mengorak langkah, bangun dan menjadi insan yang baru.
Pagi itu seperti pagi-pagi yang biasa bagi umat manusia yang lain, tetapi tidak bagi Ikah, kerana pagi itu merupakan pagi yang paling indah dalam hidupnya. Pagi di mana hidupnya akan berubah. Dia mencapai kunci kereta lalu keluar ke bandar. Ikah mahu melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukannya ketika bersama Amar dulu, iaitu memotong rambut. Ya, memotong rambut, mungkin perkara yang biasa bagi oarang lain. Tetapi tidak bagi Ikah. Ikah lebih selesa berambut pendek paras bahu, tetapi Amar gemarkan perempuan berambut panjang. Jadi, selama 3 tahun bersama Amar, Ikah tidak pernah memotong rambutnya. Kini dia bebas melakukannya tanpa perlu memikirkan kemarahan Amar jika melihat rambutnya tidak sepanjang yang dia idamkan.
Ikah tidak berhenti di situ sahaja. Selepas memotong rambut dengan gaya yang paling digemarinya, Ikah menuju ke kedai buku kegemarannya untuk minum sambil membaca di situ. Ini merupakan satu lagi perkara yang tidak dapat dilakukan Ikah sepanjang dia bersama Amar kerana Amar tidak minat membaca dan tidak sanggup untuk menunggu Ikah berjam-jam lamanya di kedai tersebut. Ikah sangat gembira bertemu dengan pelayan dan pemilik kedai yang sudah lama tidak dikujunginya itu. Selepas menghabiskan separuh hari membaca buku, Ikah terus memandu ke tepi pantai untuk bertemu semula dengan rakan-rakan karibnya untuk makan sambil melihat matahari terbenam, satu lagi perkara yang tidak dapat dilakukan Ikah sepanjang dia bersama Amar. Mereka bertukar-tukar cerita dan pengalaman, gelak dan ketawa bersama, sehingga Ikah sendiri lupa bahawa dia kini berseorangan. tidak ada lagi teman yang sering mengekorinya ke mana sahaja. tidak ada lagi teman yang menghalangnya melakukan aktiviti yang dia gemari. Hanya yang ada bersama Ikah pada ketika itu adalah rakan-rakan karibnya dan hidupnya sendiri. Sudah lama Ikah tidak merasa gembira sebegitu. Hari itu merupakan hari yang paling bermakna bagi Ikah kerana pada hari itulah dia mendapat kehidupannya semula.
Nah, kawan-kawan....
Cuba anda lihat dan fikirkan....
Betapa bermaknanya hidup jika kita dapat melakukan perkara-perkara yang kita gemari....
Bila kita tidak perlu menjaga hati orang lain...
Bila kita tidak perlu memikirkan tentang perasaan orang lain....
Bukankah itu kebebasan namanya...?
Manusia diciptakan berpasang-pasangan....
Tetapi janganlah kita terlalu taksub mencari apa yang orang lain miliki...
Kerana kita tidak tahu apa sebenarnya yang terbaik untuk kita...
Ini bukan untuk menggalakkan pasangan-pasangan yang sedang dilamun cinta memutuskan hubungan mereka..(termasuk penulis yang sedang dilanda bunga-bunga cinta.. =p)
Ini cuma ingin dijadikan contoh, bahawa tanpa insan yang bergelar kekasih, kita masih mampu bahagia....
Bukankah kita juga membesar tanpa kekasih....?
(Mana ada manusia yang sudah mempunyai kekasih seawal usia 1 bulan...hehe)
Jadi, tidak akan ada istilah tidak mampu hidup tanpa perempuan atau lelaki di sisi...
Hidup akan lebih bermakna jika dikongsi bersama....
Tidak semestinya dengan kekasih hati....
Tetapi teman-teman sejati...
Betul...?
************************
Salah satu penulisan yang agak 'berkeju' (Cheesy) dari saya...
Agak meremang bulu roma jika membacanya kembali....
Sekian, terima kasih.
This entry was posted
on Thursday, October 23, 2008
and is filed under
Bila Mata Celik Tapi Mengantuk
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
aku kah kawan yang dikatakan didalam entry di atas?
ya, aku setuju,aku lebih bahagia, aku lebih gembira.
dan tidak,aku tidak mencari lagi. aku bahagia bersama kakak tercinta. ikah sgt beruntung, kerana kawan2 karibnya berada dekat dengannya. mungkin aku sanggup korbankan kekasih demi kawan karibku. tapi kawan karibku jauh di sana,aku pula disini.
jadi, siapa yang akan menemaniku melihat mentari senja di tepi pantai?????
p/s : this is sooooo NOT me.