Pengakuan Berani Mati..? (Apakah itu..?)  

Posted by: Nurul in

Hehehe.....
Bosan plak asyik baca jurnal ja....
So aku bukak la blog...nak tulis post baru la...
Aku dapat idea ni dh beberapa hari dah...
Cuma tak sempat nk tulis ja...

Oh ya, kalo anda semua perasan...
Aku dah banyak menulis dalam Bahasa Malaysia....
Bukan apa....
Dah lama tak menulis....
Lagipun Mard kata aku still ada serpih2 bakat aku dulu....
So kira macam tengah asah balik la ni....
Hihi...

Ok la....
Aku nak taip situasi-situasi yang pernah berlaku dalam idup aku....
Memang ada kena mengena ngan yang idup...
yang mati takdak kot....
Aku rasa macam aku tak pernah lagi la nak luahkan perasaan atao nak buruk2 kan orang dalam blog aku ni...
Tapi ntah la, tiba2 ja rasa gatai nak tulis gak....
tapi kalo kontroversi sangat, nanti aku delete la...
:p

Kita mulakan dari sekarang...


Situasi 1

Anda merupakan seorang pemandu kereta. Di rumah anda, hanya anda seorang saja yang mempunyai mesin tersebut. Semua orang pun mula la buat baik dengan anda dengan harapan dapatlah menumpang kasih kereta comel anda. Nak dijadikan cerita, salah seorang dari rakan rumah anda tu membeli sebuah kereta baru yang gagah. Semua orang pun mula beralih arah, pergi menumpang kasih kereta yang gagah itu. Oleh itu, mereka telah berfikir bahawa sudah tidak perlu menjaga hati anda kerana mereka sudah dapat menumpang kasih si kereta gagah. Maka mereka mulalah mengungkit-ungkit perkara yang tak boleh diungkit semasa masih menumpang kasih kereta comel anda. Apakah tindakan anda?

Aku rasa macam nak: Sumpah ja orang tu jadi BMW 3 series. Dasar manusia tak kenang budi....Tapi dalam masa yang sama, aku nak berterima kasih gak la sebab dah berjaya kurangkan penggunaan minyak keta aku. Hehe. Oh ya, aku sudah biasa dengan manusia2 begitu. Aku gelarkan mereka 'kawan keretaku.' Biarkan ianya berhenti di sini sahaja.

Situasi 2

Ada seorang budak yang baru belajar menulis nak menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada anda di dalam jurnal onlinenya. Tetapi apa yang ditulis hanyalah daripada sumber kedua yang telah membuatkan imej anda terjejas di mata dunia. Bahkan dia juga telah menambahkan beberapa ayat yang boleh mebuatkan telinga anda terbakar. Dan ayat tersebut sudah tentulah tidak benar sama sekali. Budak tersebut bukan sahaja percaya bulat-bulat apa yang dikatakan tanpa bertanya dahulu kepada sumber utama iaitu anda. Tanpa usul periksa, budak tersebut telah mengamuk dan bertindak lari dari rumah. Apakah reaksi anda?

Reaksi aku: Letak ja komen bodo kat blog dia..tapi time tu betoi2 tengah marah kan. Semua benda kuaq. Kan aku dh cakap depan. Bila cakap depan2, tak bleh terima plak. Tak paham. Tapi aku lebih marah kepada orang yang membawa berita tersebut kepada budak malang itu yang rasa dirinya dianiaya kerana dikutuk oleh aku. =P Bila aku dapat tahu siapa gerangannya, aku akan....Em, Takpa la. Biarkan ia berakhir di situ.

Situasi 3

Seorang lagi budak kecik yang baru belajar menulis, meletakkan komen yang mengkritik anda. Tetapi masalahnya, beliau bukanlah mengkritik penulisan anda, tetapi peribadi anda. Dan apa yang dikomen tidak ada kena mengena langsung dengan penulisan anda pada ketika itu. Apa yang anda lakukan?

Apa yang aku lakukan: Aku wat bodo ja. Tetapi kawan-kawan aku (bukan kawan kereta aku ye) yang datang menyelamatkan keadaan. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku menulis satu post yang menyatakan situasi sebenar berserta sms-sms budak tersebut kepada aku sebelum ini. Tetapi aku malas! buang karan nak taip. baik aku tulis Chapter 1 tesis aku. (Tapi ada masa plak aku nak tulis entry ni...Ouch..!) Ini belum berakhir. Tidak berhenti di situ sahaja.



*********************************************
Oh ya,
Aku seorang yang pendendam...
Aku akan diam setiap kali diperlakukan sebegitu...
Tetapi aku tidak akan lupa apa yang terjadi..
Dan...
Ah....
Malas nak cakap lagi...
Mungkin di sini tentu ada orang yang tao kan apa yang aku wat kat budak yang pernah tuduh aku curi tshirt waktu sekolah rendah dulu..?

This entry was posted on Sunday, October 19, 2008 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 orang rajin komen...

klu ada BMW 3 series lebih, mai kt aku sebijik...
dh lama ngidam nk pakai ni...

memang dasar manusia sejak dari dulu lagi macam tu akan tertarik kepada yang cantik....

Post a Comment