Mari Keliru...  

Posted by: Nurul in

Aduh....
Tiba-tiba sahaja banyak pula majlis yang akan berlangsung pada cuti raya cina ni....
Seingat saya sepanjang saya melanjutkan pelajaran di peringkat ini, saya belum pernah pulang ketika Tahun Baru Cina....
Tetapi tahun ini lain pula ceritanya....
Buat pertama kalinya saya akan pulang sempena Tahun Baru Cina....
Bukan untuk meraikannya, tetapi untuk meraikan hari bahagia saya sendiri...
Yang dikongsi bersama beberapa teman....
Tahniah juga saya ucapkan kepada teman-teman lain yang turut sama berkongsi kegembiraan mereka:

~ Cik Meh yang akan mengikat tali pertunangan pada 25 Januari 2009
~ Wani yang juga akan bertunang pada 25 Januari 2009
~ Hani yang akan melangsungkan pernikahannya pada 26 Januari 2009
~ Incik Crab yang akan mengikat tali pertunangan dengan saya pada 26 Januari 2009

Saya masih keliru memikirkan majlis mana yang saya patut pergi....
Tetapi maafkanlah saya kawan-kawan, kerana saya terpaksa memilih untuk menghadiri majlis saya sendiri...hehe...

Mari Mengira...  

Posted by: Nurul in

Semalam ketika saya sedang mengira jumlah hutang saya kepada beberapa individu yang saya kenali (Jumlahnya agak mengejutkan kerana melebihi jumlah wang yang saya ada....negatif...aduh, saya boleh diisytiharkan bankrap... =p)
Teringat pula kenangan bersama pakcik KOLEK (atau nama rasminya konduktor) bas Kuala Nerang yang saban hari saya naiki untuk ke sekolah suatu ketika dahulu....
Kisahnya bermula begini...

Seperti biasa, saya akan pulang ke rumah dengan menaiki bas HBR...
Tetapi lain pula ceritanya pada hari tersebut....
Oleh kerana esoknya merupakan Hari Raya Haji, maka ramailah orang yang akan menggunakan perkhidmatan bas HBR tersebut...
Saya agak malas untuk menaiki bas pada hari itu kerana tidak tahan untuk berebut dengan manusia-manusia lain, takut diraba, dan tidak sanggup menahan bau yang lahir dari limpahan manusia yang menggunakan perkhidmatan bas HBR itu...
Saya pun menggunakan duit syiling yang ada di dalam dompet untuk menelefon ibu dan bapa di rumah, meminta mereka mengambil saya di sekolah....
Di situlah bermulanya kisah tragis ini....
Ketika saya menelefon rumah, adik saya menjawab panggilan tersebut...
Saya meminta beliau untuk memberikan telefon kepada ibu saya...
Malangnya permintaan saya tidak dilayan...
Saya mula kaget kerana baki wang yang tinggal semakin berkurangan....
Akhirnya panggilan tersebut putus kerana kehabisan duit....
Saya dengan marahnya meniggalkan pondok telefon tersebut dan berjalan ke stesen bas di hadapan pagar sekolah...
Saya mengira-ngira duit yang ada di dalam dompet....
Mungkin tidak cukup kerana kad bas saya hanya merangkumi perjalanan dari sekolah saya ke pokok sena...
Jika saya mahu mengambil bas dari Alor Setar ke rumah saya di Taman Pertama, saya terpaksa menambahkan sejumlah wang....Jumlahnya akan bertambah jika saya mengambil bas yang berhawa dingin....

Akhirnya setelah berhempas pulas, saya berjaya mendapatkan bas untuk pulang ke rumah....
Malangnya bas tersebut adalah bas yang berhawa dingin...
Alamak, saya masih kurang sekupang (sepuluh sen)...
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, pakcik kolek bas tersebut adalah pakcik yang sering mengambil duit yang lebih dari sepatutnya....
Aduh, apa yang harus saya buat...
Maka, ketika dia datang untuk memeriksa kad bas dan mengambil tambang dari saya...
Saya dengan selambanya memberikan sahaja kesemua wang yang saya ada...
Dan dia bertanya....

"Mana lagi sekupang?"

Dengan muka tak malu saya menjawab...

"Tak dak.."

Pakcik itu pun terus berlalu dan meninggalkan saya.....



**********************************************
Pakcik, saya masih ingat saya hutang pakcik sekupang...
Hehe....
dan sehinga hari ini, saya masih berdendam dengan adik saya itu,,,,

Homesick Bedat....  

Posted by: Nurul in

banyak betul cabaran membawa adik kecil ke rumah....
Walaupun kadang2 gumbira dan seronok membulinya tanpa pengetahuan ibu anda....
Bertuah rasanya...
Nak air, ada orang yang ambilkan...
Nak urut, ada orang tolong urutkan....
Nak cari uban, ada orang tolong carikan....
Nak buang rambut gatal, ada org tlg buangkan...
Ada jugak orang nk buat lawak masa2 kita stress....

Tapi ada yang lagi menggelikan hati....
Di kehingan petang tatkala menjamah nasik, tiba-tiba anda tersebut tentang rumah....
Dengan tak semena-mena, air mata adik kecil anda bercucuran ke pipinya....
Seraya berkata...

"Along, Ikah nak balik..."

Aduh...
Kami semua ketawa terbahak-bahak....
Kesian dia....
Haha....

Mari Berkongsi Nasihat...  

Posted by: Nurul in

10 perkara yang anda tak boleh buat ketika adik kecil anda menginap di rumah sewa anda:

  1. Jangan bercakap perkara yang berunsurkan 18SX di hadapan mereka, sama ada bersama teman serumah atao kucing kesayangan anda ~ dikhuatiri akan menjejaskan pemikiran adik kecil anda yang masih di bawah umur
  2. Jangan kemas bilik anda ~ anda tahu ia merupakan satu pembaziran tenaga kerana mereka akan tetap menyemakkan bilik anda
  3. Jangan keluar melebihi pukul 10 malam ~ Mereka akan bertanya kenapa anda tidak mahu pulang lagi?
  4. Jangan keluar dating ~ Mereka sudah tentu akan mengekori anda
  5. Jangan tidur lambat ~ Mereka akan mengikuti jejak langkah anda kerana jika di rumah, mereka sudah tentu dimarahi ibu anda
  6. Jangan pasang ASTRO di rumah anda sebelum mereka datang ~ Anda tidak akan boleh menonton rancangan AFC atao History Channel kerana mereka akan mengawal remote tv tersebut dan menyumbangkan kepada peningkatan bil elektrik anda untuk bulan tersebut
  7. Jangan masak makanan yang terlalu sedap ~ Beras yang telah diperuntukan hanya untuk anda dan teman serumah akan cepat habis
  8. Jangan selalu keluar makan di KFC, PizzaHut, Secret Recipie, ata McD ~ Anda harus membayar makanan untuk mereka sekali dan seterusnya bajet anda untuk bulan tersebut akan terbabas
  9. Jangan pergi bermain boling sehingga lewat malam ~ Mereka akan memberontak mengajak anda pulang kerana sudah bosan
  10. Jangan selalu keluar membeli-belah ~ Anda akan terpaksa membayar barangan yang mereka ambil ketika di Mydin atao Giant


************************
Jagalah adik kecil anda baik-baik..
Jangan tinggalkan mereka berseorangan di rumah tanpa makanan kerana nanti anda akan dimarahi ibu anda...hehehe....

Mari Beraya...  

Posted by: Nurul in

Cepat sungguh masa berlalu...
Kini Aidil Adha datang lagi...
Tahun ini sekali lagi saya bersyukur kerana dapat menyambutnya bersama keluarga tercinta...
Esok nenek saya akan mengadakan kenduri sempena korban tahun ini...
Ah, sibuknya....

Pagi tadi saya bercadang untuk membakar kek coklat saya yang terkenal itu...
Pelbagai halangan dan dugaan terpaksa saya tempuh untuk menyiapkan kek ini...
saya juga terpaksa mengubahsuai resipi yang ada kerana kekurangan bahan...
Untuk menambahkan lagi cabaran, saya pula terlupa membawa pulang mixer...
Jadi di hening pagi raya, saya bersama senduk kayu berusaha memukul mentega dan gula kastor sehingga kembang....
Sambil menyaksikan chef wan di kaca tv...
Akhirnya, kek yang diidamkan siap diadun....
Agak kecewa saya apabila oven baru mama tidak dapat digunakan...
Kami terpaksa menggunakan kreativiti yang ada untuk memastikan kek tersebut selamat dimasak....

Dan jadilah kek kukus coklat sempena hari raya ini....
Nasib baik rasanya boleh diterima...
Belum sampai tengah hari, kek yang dimasak sudah tinggal suku sahaja...

Ada lawak yang baru dicipta Bedat....
Di keheningan malam tatkala Nadiah sedang membaca buku....
Tiba-tiba Bedat menjerit....

"Kak Yah, close the lamp.."

Aduh....
Itukah adikku...?


Untuk semua....

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Bersamalah kita menghayati pengorbanan yang telah ditempuhi di sebalik kegembiraan menyambutnya....