Mari Mengira...  

Posted by: Nurul in

Semalam ketika saya sedang mengira jumlah hutang saya kepada beberapa individu yang saya kenali (Jumlahnya agak mengejutkan kerana melebihi jumlah wang yang saya ada....negatif...aduh, saya boleh diisytiharkan bankrap... =p)
Teringat pula kenangan bersama pakcik KOLEK (atau nama rasminya konduktor) bas Kuala Nerang yang saban hari saya naiki untuk ke sekolah suatu ketika dahulu....
Kisahnya bermula begini...

Seperti biasa, saya akan pulang ke rumah dengan menaiki bas HBR...
Tetapi lain pula ceritanya pada hari tersebut....
Oleh kerana esoknya merupakan Hari Raya Haji, maka ramailah orang yang akan menggunakan perkhidmatan bas HBR tersebut...
Saya agak malas untuk menaiki bas pada hari itu kerana tidak tahan untuk berebut dengan manusia-manusia lain, takut diraba, dan tidak sanggup menahan bau yang lahir dari limpahan manusia yang menggunakan perkhidmatan bas HBR itu...
Saya pun menggunakan duit syiling yang ada di dalam dompet untuk menelefon ibu dan bapa di rumah, meminta mereka mengambil saya di sekolah....
Di situlah bermulanya kisah tragis ini....
Ketika saya menelefon rumah, adik saya menjawab panggilan tersebut...
Saya meminta beliau untuk memberikan telefon kepada ibu saya...
Malangnya permintaan saya tidak dilayan...
Saya mula kaget kerana baki wang yang tinggal semakin berkurangan....
Akhirnya panggilan tersebut putus kerana kehabisan duit....
Saya dengan marahnya meniggalkan pondok telefon tersebut dan berjalan ke stesen bas di hadapan pagar sekolah...
Saya mengira-ngira duit yang ada di dalam dompet....
Mungkin tidak cukup kerana kad bas saya hanya merangkumi perjalanan dari sekolah saya ke pokok sena...
Jika saya mahu mengambil bas dari Alor Setar ke rumah saya di Taman Pertama, saya terpaksa menambahkan sejumlah wang....Jumlahnya akan bertambah jika saya mengambil bas yang berhawa dingin....

Akhirnya setelah berhempas pulas, saya berjaya mendapatkan bas untuk pulang ke rumah....
Malangnya bas tersebut adalah bas yang berhawa dingin...
Alamak, saya masih kurang sekupang (sepuluh sen)...
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, pakcik kolek bas tersebut adalah pakcik yang sering mengambil duit yang lebih dari sepatutnya....
Aduh, apa yang harus saya buat...
Maka, ketika dia datang untuk memeriksa kad bas dan mengambil tambang dari saya...
Saya dengan selambanya memberikan sahaja kesemua wang yang saya ada...
Dan dia bertanya....

"Mana lagi sekupang?"

Dengan muka tak malu saya menjawab...

"Tak dak.."

Pakcik itu pun terus berlalu dan meninggalkan saya.....



**********************************************
Pakcik, saya masih ingat saya hutang pakcik sekupang...
Hehe....
dan sehinga hari ini, saya masih berdendam dengan adik saya itu,,,,

This entry was posted on Sunday, December 21, 2008 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 orang rajin komen...

Post a Comment