10 perkara yang anda tak boleh buat ketika adik kecil anda menginap di rumah sewa anda:
- Jangan bercakap perkara yang berunsurkan 18SX di hadapan mereka, sama ada bersama teman serumah atao kucing kesayangan anda ~ dikhuatiri akan menjejaskan pemikiran adik kecil anda yang masih di bawah umur
- Jangan kemas bilik anda ~ anda tahu ia merupakan satu pembaziran tenaga kerana mereka akan tetap menyemakkan bilik anda
- Jangan keluar melebihi pukul 10 malam ~ Mereka akan bertanya kenapa anda tidak mahu pulang lagi?
- Jangan keluar dating ~ Mereka sudah tentu akan mengekori anda
- Jangan tidur lambat ~ Mereka akan mengikuti jejak langkah anda kerana jika di rumah, mereka sudah tentu dimarahi ibu anda
- Jangan pasang ASTRO di rumah anda sebelum mereka datang ~ Anda tidak akan boleh menonton rancangan AFC atao History Channel kerana mereka akan mengawal remote tv tersebut dan menyumbangkan kepada peningkatan bil elektrik anda untuk bulan tersebut
- Jangan masak makanan yang terlalu sedap ~ Beras yang telah diperuntukan hanya untuk anda dan teman serumah akan cepat habis
- Jangan selalu keluar makan di KFC, PizzaHut, Secret Recipie, ata McD ~ Anda harus membayar makanan untuk mereka sekali dan seterusnya bajet anda untuk bulan tersebut akan terbabas
- Jangan pergi bermain boling sehingga lewat malam ~ Mereka akan memberontak mengajak anda pulang kerana sudah bosan
- Jangan selalu keluar membeli-belah ~ Anda akan terpaksa membayar barangan yang mereka ambil ketika di Mydin atao Giant
************************
Jagalah adik kecil anda baik-baik..
Jangan tinggalkan mereka berseorangan di rumah tanpa makanan kerana nanti anda akan dimarahi ibu anda...hehehe....
This entry was posted
on Monday, December 15, 2008
and is filed under
Bila Mata Celik Tapi Mengantuk
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Hahaha...
Kesian lah Along ni...
Nasib baik i xde adik2...
Best nya ank bongsu...
Hahahaha....
melentur buluh biar dari rebung..nak melentur orang biar guna rotan..hehehe