2008 dalam kenangan...  

Posted by: Nurul in

Sedar x sedar, dh abeh pn taun 2008....
Hari ini merupakan hari terahkir bagi tahun ini...
Jadi, seperti biasa, saya juga akan mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sepanjang tahun 2008 ini....

Tahun ini, seperti tahun-tahun lepas, tidak lepas dari dugaan dan cabaran....
Setelah berjaya bangkit daripada kekecewaan saya pada tahun 2007, saya mula mengorak langkah baru...
Menjadi diri saya sendiri...
Dan bukannya menjadi seperti apa yang orang lain mahukan....
Saya juga telah berjaya melakukan perkara-perkara yang ingin dilakukan sebelum ini....

Yang pastinya, saya masih ingat lagi apa yang saya tulis sebagai azam tahun ini...hehe...
Iaitu mencari seorang teman...
Teman yang sanggup menerima saya seadanya...
Teman yang sanggup susah dan senang bersama saya...
Teman yang sanggup menangis dan ketawa bersama saya...
Alhamdulillah, saya berjaya menemuinya.....
Walaupun banyak halangan, dugaan, dan rintangan yang terpaksa kami hadapi....
Saya tetap bersyukur kerana kami masih bersama sehingga ke hari ini....
Biarpun usia hubungan kami ini masih muda....
Telah banyak yang kami lalui bersama.....

Namun, pada bulan Januari nanti....
Teman itu akan berubah....
Berubah menjadi seseorang yang lebih penting....
saya berdoa agar semuanya selamat....
Dan saya juga mengharap doa dari kawan-kawan semua....

Tahun ini juga merupakan tahun yang amat menyedihkan....
Selain dilempar pelbagai tuduhan dan tohmahan kerana memilih teman tersebut untuk menjadi teman hidup saya, saya juga telah kehilangan sahabat yang telah sekian lama bersama saya...
Daripada rumah setinggan, sehinggalah ke rumah kos rendah...
Dan seterusnya ke rumah yang lebih baik, kami tetap bersama...
Tetapi setelah kami menemui rumah yang terbaik, dia telah pergi...
Pergi meninggalkan saya dan Ain...
Untuk mencari kehidupan yang lebih bahagia....
Mungkin ia salah saya...
Atau ini memang takdir...
Kami tetap menerimanya dengan hati yang tabah...
Namun, ketahuilah Hara, pintu rumah kami sentiasa terbuka buatmu....

Suka dan duka silih berganti...
Tetapi, hidup mesti diteruskan...
Segala yang terjadi telah tersurat...
Kita haruslah redha...
Kerana pengalaman inilah yang akan mematangkan kita...
Untuk menempuh kehidupan yang lebih mencabar di masa hadapan....

Kesimpulannya, saya gembira dengan hidup saya sekarang....
Dan saya tidak akan menoleh ke belakang...
Tetapi, saya masih terfikir apakah azam saya untuk tahun 2009 nanti...?
Mungkinkah mengakhiri zaman bujang saya...?
Oh, itu agak mustahil...
Melainkan jika Incik Crab memenangi 1 juta ringgit dalam peraduan gores dan menang.. =p

Untuk semua...
selamat menyambut Tahun Baru 2009...
Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang bermakna bagi kita semua....
Daaa..~

Mari Balik Kampung..  

Posted by: Nurul in

Hari ini saya sudah sampai di Terenganu....
Tempat di mana saya berada selama 5 tahun kebelakangan ini....

Alhamdulillah, kenduri semalam berjalan lancar...
Walaupun saya kesal kerana tidak dapat makan sepuas-puasnya...
Tapi tidak mengapa...
Demi bulan Januari nanti....
Ya, saya akan tabahkan hati....
Menahan nafsu yang mebuak-buak tatkala melihat gulai daging yang dipenuhi lemak....
Sambal udang yang merah menyala....
Kurma kambing yang berbau kambing.....
Ikan talang goreng yang banyak cabai melaka....
Dan juga bubur jagung bersama keledek yang penuh berkrim...

Semua bagaikan tidak percaya saya tidak langsung menyentuh lemak daging gulai tersebut...
Atau berebut lemak itu bersama adik-adik....
saya juga tidak percaya saya akan setabah itu...
Hehe....

Yang paling menarik...
Saya sangat bangga kerana dadih keladi dan strawberi saya mendapat pujian....
Hingga ada yang meminta resipi....
Walaupun resipi itu bukan datang dari saya...
Saya ambil resipi tersebut dari sini...
Kembang kempis jugak hidung saya pada hari tersebut...
Farhana juga telah selamat dirisik...

Oh ya, ada lawak di hari kenduri...
Ketika semua sedang serius dengan upacara merisik...
Kerana rombongan tersebut sudah direstu....
Tiba-tiba Tok Ngah bertanya...

"Ni yang nombor berapa...?"

Lalu dijawab....

"Yang nombor empat..."

Tok Ngah seraya berkata...

"Nombor empat.?? Tak boleh!!"

Saya dapat mebayangkan muka Zaidi ketika itu....
Tetapi setelah diterangkan apa yang akan berlaku pada bulan Januari nanti....
Tok Ngah pun setuju....

Maka selamatlah Zaidi dan Farhana....
Saya pula...?
Berdebar menantikan 26 Januari...
Oh, doakan saya ya kawan-kawan....

Mari Keliru...  

Posted by: Nurul in

Aduh....
Tiba-tiba sahaja banyak pula majlis yang akan berlangsung pada cuti raya cina ni....
Seingat saya sepanjang saya melanjutkan pelajaran di peringkat ini, saya belum pernah pulang ketika Tahun Baru Cina....
Tetapi tahun ini lain pula ceritanya....
Buat pertama kalinya saya akan pulang sempena Tahun Baru Cina....
Bukan untuk meraikannya, tetapi untuk meraikan hari bahagia saya sendiri...
Yang dikongsi bersama beberapa teman....
Tahniah juga saya ucapkan kepada teman-teman lain yang turut sama berkongsi kegembiraan mereka:

~ Cik Meh yang akan mengikat tali pertunangan pada 25 Januari 2009
~ Wani yang juga akan bertunang pada 25 Januari 2009
~ Hani yang akan melangsungkan pernikahannya pada 26 Januari 2009
~ Incik Crab yang akan mengikat tali pertunangan dengan saya pada 26 Januari 2009

Saya masih keliru memikirkan majlis mana yang saya patut pergi....
Tetapi maafkanlah saya kawan-kawan, kerana saya terpaksa memilih untuk menghadiri majlis saya sendiri...hehe...

Mari Mengira...  

Posted by: Nurul in

Semalam ketika saya sedang mengira jumlah hutang saya kepada beberapa individu yang saya kenali (Jumlahnya agak mengejutkan kerana melebihi jumlah wang yang saya ada....negatif...aduh, saya boleh diisytiharkan bankrap... =p)
Teringat pula kenangan bersama pakcik KOLEK (atau nama rasminya konduktor) bas Kuala Nerang yang saban hari saya naiki untuk ke sekolah suatu ketika dahulu....
Kisahnya bermula begini...

Seperti biasa, saya akan pulang ke rumah dengan menaiki bas HBR...
Tetapi lain pula ceritanya pada hari tersebut....
Oleh kerana esoknya merupakan Hari Raya Haji, maka ramailah orang yang akan menggunakan perkhidmatan bas HBR tersebut...
Saya agak malas untuk menaiki bas pada hari itu kerana tidak tahan untuk berebut dengan manusia-manusia lain, takut diraba, dan tidak sanggup menahan bau yang lahir dari limpahan manusia yang menggunakan perkhidmatan bas HBR itu...
Saya pun menggunakan duit syiling yang ada di dalam dompet untuk menelefon ibu dan bapa di rumah, meminta mereka mengambil saya di sekolah....
Di situlah bermulanya kisah tragis ini....
Ketika saya menelefon rumah, adik saya menjawab panggilan tersebut...
Saya meminta beliau untuk memberikan telefon kepada ibu saya...
Malangnya permintaan saya tidak dilayan...
Saya mula kaget kerana baki wang yang tinggal semakin berkurangan....
Akhirnya panggilan tersebut putus kerana kehabisan duit....
Saya dengan marahnya meniggalkan pondok telefon tersebut dan berjalan ke stesen bas di hadapan pagar sekolah...
Saya mengira-ngira duit yang ada di dalam dompet....
Mungkin tidak cukup kerana kad bas saya hanya merangkumi perjalanan dari sekolah saya ke pokok sena...
Jika saya mahu mengambil bas dari Alor Setar ke rumah saya di Taman Pertama, saya terpaksa menambahkan sejumlah wang....Jumlahnya akan bertambah jika saya mengambil bas yang berhawa dingin....

Akhirnya setelah berhempas pulas, saya berjaya mendapatkan bas untuk pulang ke rumah....
Malangnya bas tersebut adalah bas yang berhawa dingin...
Alamak, saya masih kurang sekupang (sepuluh sen)...
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, pakcik kolek bas tersebut adalah pakcik yang sering mengambil duit yang lebih dari sepatutnya....
Aduh, apa yang harus saya buat...
Maka, ketika dia datang untuk memeriksa kad bas dan mengambil tambang dari saya...
Saya dengan selambanya memberikan sahaja kesemua wang yang saya ada...
Dan dia bertanya....

"Mana lagi sekupang?"

Dengan muka tak malu saya menjawab...

"Tak dak.."

Pakcik itu pun terus berlalu dan meninggalkan saya.....



**********************************************
Pakcik, saya masih ingat saya hutang pakcik sekupang...
Hehe....
dan sehinga hari ini, saya masih berdendam dengan adik saya itu,,,,

Homesick Bedat....  

Posted by: Nurul in

banyak betul cabaran membawa adik kecil ke rumah....
Walaupun kadang2 gumbira dan seronok membulinya tanpa pengetahuan ibu anda....
Bertuah rasanya...
Nak air, ada orang yang ambilkan...
Nak urut, ada orang tolong urutkan....
Nak cari uban, ada orang tolong carikan....
Nak buang rambut gatal, ada org tlg buangkan...
Ada jugak orang nk buat lawak masa2 kita stress....

Tapi ada yang lagi menggelikan hati....
Di kehingan petang tatkala menjamah nasik, tiba-tiba anda tersebut tentang rumah....
Dengan tak semena-mena, air mata adik kecil anda bercucuran ke pipinya....
Seraya berkata...

"Along, Ikah nak balik..."

Aduh...
Kami semua ketawa terbahak-bahak....
Kesian dia....
Haha....