Hehehe.....
Bosan plak asyik baca jurnal ja....
So aku bukak la blog...nak tulis post baru la...
Aku dapat idea ni dh beberapa hari dah...
Cuma tak sempat nk tulis ja...
Oh ya, kalo anda semua perasan...
Aku dah banyak menulis dalam Bahasa Malaysia....
Bukan apa....
Dah lama tak menulis....
Lagipun Mard kata aku still ada serpih2 bakat aku dulu....
So kira macam tengah asah balik la ni....
Hihi...
Ok la....
Aku nak taip situasi-situasi yang pernah berlaku dalam idup aku....
Memang ada kena mengena ngan yang idup...
yang mati takdak kot....
Aku rasa macam aku tak pernah lagi la nak luahkan perasaan atao nak buruk2 kan orang dalam blog aku ni...
Tapi ntah la, tiba2 ja rasa gatai nak tulis gak....
tapi kalo kontroversi sangat, nanti aku delete la...
:p
Kita mulakan dari sekarang...
Situasi 1
Anda merupakan seorang pemandu kereta. Di rumah anda, hanya anda seorang saja yang mempunyai mesin tersebut. Semua orang pun mula la buat baik dengan anda dengan harapan dapatlah menumpang kasih kereta comel anda. Nak dijadikan cerita, salah seorang dari rakan rumah anda tu membeli sebuah kereta baru yang gagah. Semua orang pun mula beralih arah, pergi menumpang kasih kereta yang gagah itu. Oleh itu, mereka telah berfikir bahawa sudah tidak perlu menjaga hati anda kerana mereka sudah dapat menumpang kasih si kereta gagah. Maka mereka mulalah mengungkit-ungkit perkara yang tak boleh diungkit semasa masih menumpang kasih kereta comel anda. Apakah tindakan anda?
Aku rasa macam nak: Sumpah ja orang tu jadi BMW 3 series. Dasar manusia tak kenang budi....Tapi dalam masa yang sama, aku nak berterima kasih gak la sebab dah berjaya kurangkan penggunaan minyak keta aku. Hehe. Oh ya, aku sudah biasa dengan manusia2 begitu. Aku gelarkan mereka 'kawan keretaku.' Biarkan ianya berhenti di sini sahaja.
Situasi 2
Ada seorang budak yang baru belajar menulis nak menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada anda di dalam jurnal onlinenya. Tetapi apa yang ditulis hanyalah daripada sumber kedua yang telah membuatkan imej anda terjejas di mata dunia. Bahkan dia juga telah menambahkan beberapa ayat yang boleh mebuatkan telinga anda terbakar. Dan ayat tersebut sudah tentulah tidak benar sama sekali. Budak tersebut bukan sahaja percaya bulat-bulat apa yang dikatakan tanpa bertanya dahulu kepada sumber utama iaitu anda. Tanpa usul periksa, budak tersebut telah mengamuk dan bertindak lari dari rumah. Apakah reaksi anda?
Reaksi aku: Letak ja komen bodo kat blog dia..tapi time tu betoi2 tengah marah kan. Semua benda kuaq. Kan aku dh cakap depan. Bila cakap depan2, tak bleh terima plak. Tak paham. Tapi aku lebih marah kepada orang yang membawa berita tersebut kepada budak malang itu yang rasa dirinya dianiaya kerana dikutuk oleh aku. =P Bila aku dapat tahu siapa gerangannya, aku akan....Em, Takpa la. Biarkan ia berakhir di situ.
Situasi 3
Seorang lagi budak kecik yang baru belajar menulis, meletakkan komen yang mengkritik anda. Tetapi masalahnya, beliau bukanlah mengkritik penulisan anda, tetapi peribadi anda. Dan apa yang dikomen tidak ada kena mengena langsung dengan penulisan anda pada ketika itu. Apa yang anda lakukan?
Apa yang aku lakukan: Aku wat bodo ja. Tetapi kawan-kawan aku (bukan kawan kereta aku ye) yang datang menyelamatkan keadaan. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku menulis satu post yang menyatakan situasi sebenar berserta sms-sms budak tersebut kepada aku sebelum ini. Tetapi aku malas! buang karan nak taip. baik aku tulis Chapter 1 tesis aku. (Tapi ada masa plak aku nak tulis entry ni...Ouch..!) Ini belum berakhir. Tidak berhenti di situ sahaja.
*********************************************
Oh ya,
Aku seorang yang pendendam...
Aku akan diam setiap kali diperlakukan sebegitu...
Tetapi aku tidak akan lupa apa yang terjadi..
Dan...
Ah....
Malas nak cakap lagi...
Mungkin di sini tentu ada orang yang tao kan apa yang aku wat kat budak yang pernah tuduh aku curi tshirt waktu sekolah rendah dulu..?
Yah...
Lega rasanya bila tengok bilikku kembali kemas....
Aku ngan Ain dah decide...
Kitaorang takkan cari dah housemate....
So, terpaksa lah kami mengikat perut untuk membayaq sewa umah setiap bulan.... Thanks untuk mereka yang telah keluar dari rumah dengan bangganya untuk mencari kehidupan yang lebih sempurna
Aku pn telah berpindah ke bilik depan....
Sebab bilik belakang akan dijadikan stor....
Jadi kami akan mendapat seorang satu bilik berserta dengan toilet....
Nampak macam mewah bukan...?
Tapi bayangkanlah beban yang terpaksa ditanggung apabila tiba hujung bulan....
Hehehe....
Bilikku still xlengkap....
Nanti bila dah siap, bleh la aku upload gambaq bilik baru...
Hehe....
p/s: Aku p tracking tuntung last week...Dan aku telah diberi peluang untuk tido 1 malam kat umah idaman....Wah...bahagianya....Nanti aku tanya tuan umah tu...Kalo dia bagi aku upload gambaq umah dia, aku buh dalam blog aku la ni....Kalo orang yang slalu lalu kot Penarik tu tao la umah mana yang aku maksudkan di sini....
Oh ya..pada hari Jumaat yang lalu, kami telah mengadakan rumah terbuka acara makan-makan bersempena raya di teratak buruk kami...Terima kasih kepada mereka yang datang...tak sangka plak ramai yang masih sudi singgah di situ...Sampai tak cukup makanan...Maaflah kepda yang datang lambat tu, memang dah takdak makanan dh....hehehe...tu ja yang kami mampu buat....Gambaq masih ada bersama popo, jadi lepas ni la aku uploadkan ye...
Mesti angpa smua pelik kan ngan...
Knapa title tu tiba2 megi kerabu....??
Knapa ye....?
Begini ceritanya....
Semalam di kala bulan mengambang, kami berempat pn keluar la untuk melunaskan hutang kepada perut2 yang tengah berkeroncong....
Aku ngan Ain memang dah bajet nk makan megi rebus....
Apabila si pelayan bertanya....
"makan apa..?"
Aku pn terus menjawab....
"megi rebus dua.."
Si pelayan pun terus la masuk ke dalam.....
kai pun terus menunggu makanan yang dipesan tanpa ragu2....
Tetapi agak hairan kerana si pelayan asyik sahaja melihat ke meja kami....
Seperti ada sesuatu yang ingin diperkatakan...
Kami masih lagi sabar menunggu makanan..
Tiba-tiba si pelayan datang...
"Akak. oder megi kerabu kn tadi...?"
Dan kami semua ternganga....
"Megi kerabu...?"
"Dik...kami ode megi rebus la..."
"La...ye ke...? diaorang dh wat pn megi kerabu...tu yang lambat tu..."
Kami hanya menahan ketawa...
"Megi kerabu..?"
What on earth is that...???
Hehe...
This is the information that I got from the Internet....So I just copied and pasted it here so that we can share it....If you want to know more, you can just click here to visit the website...
Early detection of breast cancer is key (and the closest thing to prevention we have), because a tumor is a lot easier to treat if you, your doctor, or a mammogram can catch it while it's still small
Screenings are for when you have no symptoms of disease but want to be sure something isn't lurking that you haven't spotted yet, says Peter M. Jokich, MD, director of the Rush Breast Imaging Center at Rush University Medical Center in Chicago.
Women who don't have any breast cancer symptoms should consider committing to three kinds of routine screenings:
- breast self-exams at home
- clinical breast exams and, each year after you turn 40,
- mammograms—this is the one that shouldn't be skipped, experts say.
Yeah...
Construction complete and I'm ready to go pink for October...
Just wait for my next entries on breast cancer awareness OK..?
You too can go pink for October to support the breast cancer awareness program...
Just log in to:
http://pinkforoctober.org


