Ramadhan datang lagi....
Tapi hari ni dah masuk hari keempat pun....
Baru nak tulis kan...?
Hehehe...
Takpa la....
Lain sikit dari orang lain....
Jika tahun lepas, saya akan meng upload semua gambar makanan kami setiap hari, tahun ini mungkin kena tunggu pak cik tuan rumah pulang dahulu...
Kerana lampu kami bagaikan cahaya lampu minyak tanah....
Setiap hari kami akan berbuka dan bersahur dalam keadaan yang sangat romantik...
Sampai tertidur sambil menyuap nasik...
(Oh, itu dah tipu...)
Tahun ini juga kami bersyukur kerana masjid baru berhampiran rumah kami telah siap...
Dan setiap malam saya dan Ain akan merempit sambil memakai telekung ke sana untuk berterawih....
(Tapi malangnya di situ tiada moreh...huhu....membuatkan saya rindu kepada Surao Taman Pertama...)
Tahun ini juga merupakan tahun keenam saya berpuasa di bumi beriman ini...
Dan tahun ini juga saya memegang status yang berbeza dari tahun-tahun sebelum ini....
Harap-harapnya tahun depan saya akan berpuasa berdua bersama suami...
(Echeh...gatai plak...haha...)
Teringat pulak zaman dulu-dulu....
Bila sanggup buat-buat lupa lalu terminum air ketika mandi....
Sanggup terawih sampai habis 20 rakaat kerana nak ambik moreh....
Sanggup simpan duit belanja sekolah semata-mata nak beli bunga api...
Sanggup nak puasa sehari penuh sebab nak ikut abah p bazar ramadhan beli ayaq nira....
Sanggup juai kueh dengan Mard untuk dapat duit raya...
Oh, d good ol' days....
Oh ya, satu lagi....
Ini yang paling ditunggu-tunggu....
Tahun ini juga kami masih lagi meneruskan perniagaan kami...
Tetapi dengan skala yang lebih besar...
lebih banyak pilihan....
Dan lebih banyak hadiah untuk dimenangi...
(Ceh...tipu lagi...)
Dah la tu....
Jika saya terus menulis, mungkin akan berkurang pahala puasa...
Kerana saya tidak boleh menulis tanpa merapu...
Hehe...
Kepada anda di luar sana...
Selamat Berpuasa...!!
Jangan buat-buat lupa telan air waktu ambil wuduk @ mandi...
Hehehe...
This entry was posted
on Monday, August 24, 2009
and is filed under
Bila Rasa Nak Merapu
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.