Memperkenalkan kuih untuk hari ini....
Kuih Koci...
Sedap dimakan...
Kuih ini mempunyai isi yang diperbuat daripada kelapa parut yang dimasak bersama gula merah...
Kulitnya pula dibalut dengan daun pisang...
(Terima kasih kepada kakak jual ikan yang bagi kami daun pisang tu..)
Selain itu, kulitnya juga macam liat-liat sikit...
Diperbuat daripada campuran tepung pulut dan santan....
Waktu nak buat tu, kena rendam kulit dia dalam minyak..
Buat bulat-bulat dan letak dalam mangkuk yang dah diisi dengan minyak...
Kenapa kena letak dalam minyak..?
Sebab tak nak bagi kuih melekat dekat daun pisang...
Lepas dah kepal-kepalkan inti dan kulit jadi bulat-bulat...
Bolehlah cantumkan kulit dengan inti....
Kemudian balut dengan daun pisang....
Lepas tu bolehlah kukus...
Tapi jangan lama sangat..
Nanti kuih tu melekat..
Lepas tu boleh la makan....
Sekian untuk hari ini...
Selamat berbuka..
This entry was posted
on Thursday, August 27, 2009
and is filed under
Bila perut Menyanyi
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.