Mari Meluah Perasaan...  

Posted by: Nurul in

"Hara, aku nak jumpak ang la...nak meluah...pasai ain..."

Memang sangat provocative mesej yang dihantar kepada Mek Ra malam tersebut....
Hati kami agak bimbang....
Takut-takut rancangan kami akan dihidu olehnya...
Saya selaku ketua rombongan terpaksa memerah otak...
Memikirkan bagaimanakah caranya untuk melambat-lambatkan masa....
Sementara menunggu mereka sampai....
Manakala hara tak habis-habis menyoal...
Kenapa dengan Ain....?
Saya bagaikan cacing kepanasan di situ....

Akhirnya mereka yang ditunggu tiba jua....
Bersama dengan sebiji kek bertulis....

"Mek Ra"
"25"







Hepi besdey Mek Ra....
Semoga semua yang dihajati akan jadi kenyataan....
Dan semoga cepat-cepat bertemu jodoh....


************************
Sori la aku tipu ang malam tu....
Tapi tak sangka gak ang memang tak perasan langsung...
Hehe...

Mari Jatuh Cinta Pandang Pertama...  

Posted by: Nurul in

Cantiknya bunga ni....
Nak beli, tapi harga dia sangatlah mahai....
Agak-agak boleh buat sendiri tak...?
Tak guna kristal betul pun boleh kan....?
Guna manik biasa dah la...




Misi Mencari Teman Serumah...  

Posted by: Nurul in


Ain dah dapat kerja....
So, dia akan berangkat ke Kuala Selangor dalam masa terdekat....
Jadi misi saya....
Mencari teman serumah baru....



Ciri-ciri teman serumah yang diingini:

- Perempuan
- Pembersih
- Rajin mencuci
- Rajin memasak
- Suka kucing
- Tak kisah ditinggalkan sorang2

Jadi, sesiapa yang berminat, bolehlah meninggalkan komen di sini....
Jika tiada maklum balas, terpaksalah saya memikirkan cara lain....
Tak kan nak kena kawen dah kot...
Huhu...

Kenapa Saya Ada Banyak Cita-cita..?  

Posted by: Nurul in

Teringat saya suatu masa dahulu ketika cikgu bertanya cita-cita saya ketika Darjah 1...
Dengan bangganya saya menjawab...

"Saya nak jadi Akauntan.."

Tapi itu suatu masa dahulu ya....
Memandangkan saya amat alergik dengan nombor, saya mula melupakan cita-cita tersebut....
Kemudian, saya menukarkan cita-cita...
Dan menulis perkataan...

"Sasterawanis"

Di kolum cita-cita dalam buku biodata kawan-kawan...
Mungkin pada ketika itu saya sangat gemar menulis....
Saya telah mempunyai sebuah novel ketika Darjah 6...
Tetapi kerana buta IT, saya kononnya telah menyimpan novel tersebut di dalam disket...
Padahal saya sebenarnya save dalam My Document....
Dan kemudiannya novel itu hilang setelah PC tersebut diformat semula...
Nak tulis kembali 1 novel itu...?
Oh, saya tidak sanggup....

Selepas itu, saya mengaku mahu menjadi seorang...

"Saintis.."

ketika ditemu ramah oleh wartawan dari majalah kanak-kanak ketika di sekolah rendah...

Oleh kerana terpengaruh dengan "abang-abang Wartawan" yang nampak macam "Kewl"...
Saya menukar pula cita-cita....
saya mahu menjadi seorang...

"Wartawan...."

Tetapi mama tidak suka....
Kerana itulah saya tidak menerima tawaran menjadi wartawan sebuah stesen tv....
Malah saya tidak pernah memberitahu sesiapa tentang perkara tersebut....
Kerana saya tidak mahu menyimpan harapan lagi....
Biarlah saya menjadi emcee cabuk dan penulis blog sahaja....

Ketika di sekolah menengah, saya terlalu gilakan hiasan dalaman....
Dan sekali lagi saya menukar cita-cita....

"Pereka Hias Dalaman.."

Serius, rasa macam best ja bila tulis cita-cita tu dalam buku karangan....
Tetapi apa kan daya....
Saya tidak diterima untuk mengikuti kos tersebut....
Kerana result semasa di Matrik yang memang macam ayam....

Akhirnya saya di sini....
Walaopun pada mulanya saya agak berat hati untuk datang ke negeri beriman ini...
Namun, hingga ke saat ini saya masih lagi di sini....
Untuk mengejar cita-cita...
Menjadi seorang...

"Saintis..."

Atao dalam kata lain...

"Penyelidik..."

Adakah saya akan berjaya mengekalkan cita-cita saya ini...?
Hanya masa yang menetukan...
Hehe...

Atao mungkin juga saya akan menukar lagi cita-cita....
Menjadi...

"Wedding Planner"

Mungkin...?
Siapa tahu kan....
Cita-cita saya untuk membuka sebuah butik pengantin akan tercapai....


Mengapakah saya kerap menukar cita-cita saya....?
Mudah saja jawapannya....
Kerana saya berevolusi...
Saya mengikut keadaan dan kemampuan saya....
Cita-cita boleh berubah mengikut peredaran masa dan juga minat...
Tetapi cita-cita yang sebenar memang tidak akan padam....
Dan baru kini saya sedar...
Cita-cita sebenar saya ialah untuk....

Membahagiakan Ibu Bapa saya....

Mereka hanya mahukan yang terbaik buat saya....
Dan InsyaAllah, saya akan berusaha mencapai impian mereka...
Untuk melihat saya berjaya....
Belajar sehingga ke peringkat yang paling tinggi...
Untuk menjadi seorang yang berguna....
Kepada Agama, Negara, dan masyarakat...
(Gilo bersemangat minah ni menulis.. :p)

Terima Kasih Cikgu..  

Posted by: Nurul in

Sunyi. Semua pelajar kelas 6 Putih sudah keluar ke padang untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Seorang pelajar bangun lalu menghampiri meja gurunya...

"Cikgu nak saya hantarkan ni ke bilik guru ke..?"

Katanya seraya mengumpulkan buku-buku yang bertimbun di atas meja tersebut. Si Guru memandang wajah pelajar tersebut dengan penuh kasih sayang.

"Bukan, Cikgu nak jumpa kamu. Nak cakap sikit dengan kamu. Duduk la dulu."

Maka pada hari itu, terluahlah semua yang terbuku di hati si pelajar tersebut. Dalam esakan tangisnya, dia sebenarnya lega kerana masalah yang dipendamkan selama ini dapat diluahkan kepada seseorang. Jauh di lubuk hatinya, dia amat berterima kasih kepada insan yang bernama Cikgu itu kerana telah memberikannya semangat dan nasihat yang amat berguna. Ketika dia hampir berputus asa, insan tersebut telah mengembalikan semangat dan keyakinannya sehingga dia berjaya hari ini.

Ya, pelajar tersebut adalah saya.

Dahulu, keluarga kami susah. Saya hanya mempunyai tiga helai t-shirt untuk dipakai ke sekolah semasa mata pelajaran pendidikan jasmani atau aktiviti ko-kurikulum. Jadi saya hanya bergilir-gilir memakai t-shirt2 tersebut sehingakan ada pelajar lain yang mengejek....

"Ang ni, asyik pakai baju yang sama ja..."

Begitu hinanya saya di pandangan mereka. Tambahan pula ketika itu gigi saya masih "Jongang" dan telinga saya yang "Capang" memburukkan lagi penampilan saya....

"Tengok Nurul tu, mulut dia bukan boleh tutup...."

Kata-kata tersebut keluar dari seseorang yang saya anggap sahabat baik saya ketika itu...

"Si gigi jongang bertelinga capang.."

Itulah nama timangan saya ketika itu.

Oleh kerana saya selalu memakai t-shirt yang sama, jadi saya pun meminta 1 helai t-shirt dari makcik saya untuk dipakai ke sekolah kerana tidak tahan dengan ejekan kawan-kawan. jadi, dia dengan berbesar hati meminjamkan saya sehelai t-shirt yang kebetulan sama dengan t-shirt seorang anak orang kaya di sekolah itu.

Hendak dijadikan cerita, t-shirt budak tersebut telah hilang ketika mengadakan kem di suatu tempat. Oleh kerana saya pernah dilihat memakai t-shirt yang serupa, saya dituduh mencuri t-shirtnya. Alangkah terkejutnya saya pada ketika itu. sampai hati mereka menuduh saya sedemikian rupa. Mentang-mentanglah saya orang susah.

Setelah berjumpa dengan guru tersebut, barulah saya tahu hal yang sebenarnya. Beliao menasihati saya, jika saya di pihak yang benar, saya tidak perlu takut. saya agak terkilan kerana pada tahun tersebut, banyak perkara berlaku ke atas saya. Bermula dengan surat layang, membawa kepada kebencian hampir separuh daripada rakan-rakan saya terhadap saya, dan akhirnya dituduh sebagai pencuri.

Bagaimanakah seorang budak berusia 12 tahun dapat menghadapi perkara tersebut...?

Ini semua berkat nasihat dan semangat dari seorang guru. Melalui beliao, saya dapat menerima apa yang terjadi telah tersurat, dan mungkin ada hikmah di sebaliknya. Mungkin benar apa yang dikatakan olehnya...

"Mereka membenci awak mungkin kerana ada sesuatu yang awak ada, yang mereka tidak ada..."

Mungkin. Kerana pada ketika itu saya tidak mempunyai rupa mahu pun harta. Yang saya ada cuma ilmu pengetahuan.

Kerana itulah saya nekad, untuk belajar bersungguh-sungguh dan membuktikan kepada mereka semua bahawa saya juga boleh berjaya. Berjaya menjadi insan yang lebih baik. Mungkin saya tidak boleh menukar rupa paras saya, tetapi saya percaya, kecantikan dalaman dapat diserlahkan melalui kebijaksanaan.

Saya bersykur dengan apa yang saya miliki hari ini. Semuanya tidak akan terjadi tanpa seorang yang bergelar..

Cikgu...

Untuk semua guru yang pernah mengajar saya...

Selamat Hari Guru...


Jasa dan budi cikgu semua tidak mungkin akan dapat saya balas....
Terima kasih atas didikan dan panduan yang telah cikgu berikan...


Juga kepada Mama yang merupakan guru saya hingga ke akhir hayat...
Terima kasih saya ucapkan...



********************
Jadi jangan salahkan saya jika saya selalu berkata saya tidak mahu terlibat dalam apa-apa aktiviti yang membabitkan sekolah rendah saya....
Saya tidak mahu mengenangkan lagi perkara tersebut...