Sunyi. Semua pelajar kelas 6 Putih sudah keluar ke padang untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Seorang pelajar bangun lalu menghampiri meja gurunya...
"Cikgu nak saya hantarkan ni ke bilik guru ke..?"
Katanya seraya mengumpulkan buku-buku yang bertimbun di atas meja tersebut. Si Guru memandang wajah pelajar tersebut dengan penuh kasih sayang.
"Bukan, Cikgu nak jumpa kamu. Nak cakap sikit dengan kamu. Duduk la dulu."
Maka pada hari itu, terluahlah semua yang terbuku di hati si pelajar tersebut. Dalam esakan tangisnya, dia sebenarnya lega kerana masalah yang dipendamkan selama ini dapat diluahkan kepada seseorang. Jauh di lubuk hatinya, dia amat berterima kasih kepada insan yang bernama Cikgu itu kerana telah memberikannya semangat dan nasihat yang amat berguna. Ketika dia hampir berputus asa, insan tersebut telah mengembalikan semangat dan keyakinannya sehingga dia berjaya hari ini.
Ya, pelajar tersebut adalah saya.
Dahulu, keluarga kami susah. Saya hanya mempunyai tiga helai t-shirt untuk dipakai ke sekolah semasa mata pelajaran pendidikan jasmani atau aktiviti ko-kurikulum. Jadi saya hanya bergilir-gilir memakai t-shirt2 tersebut sehingakan ada pelajar lain yang mengejek....
"Ang ni, asyik pakai baju yang sama ja..."
Begitu hinanya saya di pandangan mereka. Tambahan pula ketika itu gigi saya masih "Jongang" dan telinga saya yang "Capang" memburukkan lagi penampilan saya....
"Tengok Nurul tu, mulut dia bukan boleh tutup...."
Kata-kata tersebut keluar dari seseorang yang saya anggap sahabat baik saya ketika itu...
"Si gigi jongang bertelinga capang.."
Itulah nama timangan saya ketika itu.
Oleh kerana saya selalu memakai t-shirt yang sama, jadi saya pun meminta 1 helai t-shirt dari makcik saya untuk dipakai ke sekolah kerana tidak tahan dengan ejekan kawan-kawan. jadi, dia dengan berbesar hati meminjamkan saya sehelai t-shirt yang kebetulan sama dengan t-shirt seorang anak orang kaya di sekolah itu.
Hendak dijadikan cerita, t-shirt budak tersebut telah hilang ketika mengadakan kem di suatu tempat. Oleh kerana saya pernah dilihat memakai t-shirt yang serupa, saya dituduh mencuri t-shirtnya. Alangkah terkejutnya saya pada ketika itu. sampai hati mereka menuduh saya sedemikian rupa. Mentang-mentanglah saya orang susah.
Setelah berjumpa dengan guru tersebut, barulah saya tahu hal yang sebenarnya. Beliao menasihati saya, jika saya di pihak yang benar, saya tidak perlu takut. saya agak terkilan kerana pada tahun tersebut, banyak perkara berlaku ke atas saya. Bermula dengan surat layang, membawa kepada kebencian hampir separuh daripada rakan-rakan saya terhadap saya, dan akhirnya dituduh sebagai pencuri.
Bagaimanakah seorang budak berusia 12 tahun dapat menghadapi perkara tersebut...?
Ini semua berkat nasihat dan semangat dari seorang guru. Melalui beliao, saya dapat menerima apa yang terjadi telah tersurat, dan mungkin ada hikmah di sebaliknya. Mungkin benar apa yang dikatakan olehnya...
"Mereka membenci awak mungkin kerana ada sesuatu yang awak ada, yang mereka tidak ada..."
Mungkin. Kerana pada ketika itu saya tidak mempunyai rupa mahu pun harta. Yang saya ada cuma ilmu pengetahuan.
Kerana itulah saya nekad, untuk belajar bersungguh-sungguh dan membuktikan kepada mereka semua bahawa saya juga boleh berjaya. Berjaya menjadi insan yang lebih baik. Mungkin saya tidak boleh menukar rupa paras saya, tetapi saya percaya, kecantikan dalaman dapat diserlahkan melalui kebijaksanaan.
Saya bersykur dengan apa yang saya miliki hari ini. Semuanya tidak akan terjadi tanpa seorang yang bergelar..
Cikgu...
Untuk semua guru yang pernah mengajar saya...
Selamat Hari Guru...
Jasa dan budi cikgu semua tidak mungkin akan dapat saya balas....
Terima kasih atas didikan dan panduan yang telah cikgu berikan...
Juga kepada Mama yang merupakan guru saya hingga ke akhir hayat...
Terima kasih saya ucapkan...
********************
Jadi jangan salahkan saya jika saya selalu berkata saya tidak mahu terlibat dalam apa-apa aktiviti yang membabitkan sekolah rendah saya....
Saya tidak mahu mengenangkan lagi perkara tersebut...
This entry was posted
on Friday, May 15, 2009
and is filed under
Bila Air Mata Tumpah Lagi
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.