Hujung Minggu Ini dan yang Seterusnya....  

Posted by: Nurul in

Ini adalah kesinambungan daripada entry Terdampar di Pantai Tanpa Penghuni...
Entry tersebut ditulis di dalam buku nota secara manual ketika saya di sini...



Pastinya Mr. Crab makan hati melihat pemadangan ini...
Haha...Kami dah naik ke situ...


Dalam perjalanan pulang, berangan menjadi anak orang kaya yang pergi bercuti bersama rakan di sini...

Konon-kononnya mahu bermandi sinaran matahari....
Lupa seketika bahawa kulit sudah menjadi udang karang bakar...


Anda pernah skodeng penyu bertelur...?
Jika mahu merasai pengalaman tersebut, sila klik sini....
Mungkin anda akan berjumpa dengan saya di sana....

Terdampar di Pulau Tanpa Penghuni...  

Posted by: Nurul in

Hujung minggu yang tidak seperti biasa. Kami terdampar di sini. Di pulao tanpa penghuni. Sunyi. Hanya deruan ombak menghempas pantai. Sesekali kedengaran burung bersiul-siulan. Disahut tupai-tupai dan kunyit-kunyit yang ingin mencari makanan. Sesekali incik Gecko memecah kesunyian petang yang dingin. Awan mendung berarak melintasi, terkadang memuntahkan titisan hujan.

Kelihatan rama-rama terbang bebas, hinggap di dedaun yang meliuk lentok dihembus angin Laut China Selatan. Nun jauh di sebalik semak, anak kancil berlari-larian, ditemani biawak yang keluar mencari rezeki. Sayup-sayup kelihatan ombak memutih di tengah lautan. Airnya tidak setenang selalu, tetapi masih mampu mendamaikan.

Pantai yang tenang sekali-sekala dilanda ombak besar. Membawa bersama kerang-kerangan, rumpai laut, dan batu karang yang telah mati. Pasir-pasir halus dipenuhi kesan tapak kaki dari penyu yang mendarat dan juga anak-anak penyu yang telah kembali ke laut. Dari jauh kelihatan ketam berjalan-jalan di celah-derah karang mati.

Manusia datang dan pergi. Membawa secebis memori dari pantai ini yang terlalu indah untuk dikenang. Ada yang sanggup datang kembali untuk megukir kenangan baru di sini. Pantai ini juga pernah menyaksikan kisah cinta si teruna dan dara, yang bertemu di sini dan terus jatuh cinta. Cinta pandang pertama.

banyak kenangan telah dilakarkan di pantai ini. Tetapi ada kalanya ia lenyap ditelan waktu setelah mereka kembali ke tempat asal mereka. Hanya pantai ini terus menanti penuh setia. Menantikan pengunjung yang tak pernah memungkiri janjinya. Pengunjung yang pastinya akan kembali ke tempat asalnya. Dimana pantai ini pernah ditinggalkannya untuk berhijrah dan membina kehidupan di lautan yang luas.

Sejauh mana pun arus lautan membawanya, ia tidak akan memungkiri janjinya. Ia akan pulang, untuk meneruskan zuriat keturunannya. Ia akan kembali, untuk meninggalkan sesuatu yang amat berharga buatnya di pantai ini. Pantai di mana ia dilahirkan, dan di sinilah jua anak-anaknya terlahir.

Pasir halus yang memutih ini akan terus menanti. Menantikan kepulangan sang penyu kembali. Dan aku....

Aku sedang menunggu makan malam disiapkan...

Hehe....
walaupun di pulau, makan tetap makan...
Yi ha...!!


*****************************
Oh, Chagar Hutang...
Kao tetap di hati...

Mari Mengimbau Kenangan - Part Seterusnya  

Posted by: Nurul in

Yah..
April Fool atao April Bodo datang kembali....
Oleh kerana saya akan ke Pulau pada hari tersebut, saya telah meng 'autopublish' kan entry ini...
Oleh kerana saya tidak mahu ketinggalan untuk berkongsi kisah tragis ini...
Yang berlaku pada Hari April Bodo lapan tahun yang lalu....
Kisah ini berlaku di KMPP....

Malam itu bukan malam yang biasa....
Kerana ianya April Bodo Eve...
Saya masih lagi beratur di pondok telefon...
Berdebar menunggu giliran...
Almaklumlah, saya masih belum mempunyai telefon tangan portable yang boleh dibawa ke mana-mana....

Saya menyahut cabaran dari Sleys...
Untuk mengenakan seseorang sempena dengan April Bodo itu...
Dengan penuh tekad saya pun mendail nombor telefon beliao....
Panggilan disahut....
Say pun memperkenalkan diri dan terus ke sasaran (straight to the point)

"Sebenaqnya, aku dah lama minat kat ang...."

Dan beliao pun menjawab...

"Ang la orang ketiga yang cakap macam tu kat aku..."

Lalu gagang dihempas....
hampeh mamat ni....
Perasan betoi....
Tapi ianya tak berakhir di situ....
Saya harus menuggu detik 12 malam...
Untuk berkata...

"April Fool...!!!!"

Kepada beliao...
Malangnya, bila sahaja saya menyampaikan perkara sebenar....
Beliao tidak mahu mempercayainya...
Dan masih mempercayai saya amat malu kerana Centa saya ditolak....
Lalu berkata begitu...
Ah, jatuh martabat saya pada hari tersebut....
Mungkin sehingga ke hari ini beliao masih lagi mempercayai bahawa saya benar-benar meminati beliao...
Tetapi tidak mengapa...
Beliao sudah pun berkahwin...
Dan mungkin memikirkan...
Betapa frustnya saya kerana beliao tidak memilih saya....

Di sini juga saya ingin menyatakan kepada beliao....

AHMAD RIDZUAN HABIBON NAJAR, AKU TAK PERNAH PUN MINAH KAT ANG...DEPA YANG SURUH AKU CAKAP MACAM TU.....


(Macam la beliao membaca blog ini...)
Sekian dimaklumkan...
Terima kasih...

Untuk semua,
Jika mahu menyambut April Bodo ini, fikirlah dulu siapa yang anda mahu kenakan....
Jika dia adalah seorang mamat yang perasan hensem dan rasa semua orang pun minat kepadanya, baik lupakan saja niat kamu semua itu...
Jangan kamu menanggung malu seumur hidup seperti saya...

Apakah...?  

Posted by: Nurul in

Kawan-kawan....

Pernahkah anda mencuri baca emel orang...?

Ataupun.....

Senyap-senyap baca SMS rakan anda....?

Tapi....

Jika anda terjumpa Diari orang lain.....
Adakah anda akan membacanya....?


Sila undi....
Hehe....

Mari Bertunang - Part Orang Lain...  

Posted by: Nurul in

Pada hari Sabtu yang lalu, adik saya Farhana telah selamat ditunangkan...
Rombongan peminangan telah tiba di rumah pada jam 4.00 petang..
Peminangan telah diterima dan mulai dari hari tersebut, dengan rasminya adik saya menjadi tunangan Zaidi atao nama timangannya Abang Bomba...
Maka lagu ini akan lebih kerap didendangkan oleh ibu saya...

"Rumah terbakar panggil Zaidi....
Zaidi datang berlumba-lumba...."

Leganya rasa di hati kerana segala persiapan dapat disiapkan tepat pada masanya....
Hampir2 saya pengsan kerana tidak tahu mana satu yang perlu disiapkan dahulu....
Hantaran untuk adik saya bertemakan bunga-bungaan hidup...
Simple tetapi nampak eksklusif...
Kembang kempis hidung saya bila seorang Makcik berkata....

"Amboi..SEGAKnya hantaran dia..."

Saya telah berjaya menyiapkan 11 dulang hantaran untuk adik tercenta...
Bersama dengan sebiji kek coklat untuk hantaran...
Dan hampir 200 bekas dadih atas permintaan ramai....
Jadi, anda-anda di luar sana, jika anda inginkan hantaran dengan bajet di bawah RM200, inilah yang akan anda dapat....


Sirih junjung..

Kek Coklat..

Tart jem..

Sebelas dulang hantaran untuk Abang Bomba...

Hantaran dari Abang Bomba..

Farhana atao Cik Perez..

Mama, abah, dan bakal menantu serta mak dan ayahnya...