Mari Mengimbau Kenangan - Part Seterusnya  

Posted by: Nurul in

Yah..
April Fool atao April Bodo datang kembali....
Oleh kerana saya akan ke Pulau pada hari tersebut, saya telah meng 'autopublish' kan entry ini...
Oleh kerana saya tidak mahu ketinggalan untuk berkongsi kisah tragis ini...
Yang berlaku pada Hari April Bodo lapan tahun yang lalu....
Kisah ini berlaku di KMPP....

Malam itu bukan malam yang biasa....
Kerana ianya April Bodo Eve...
Saya masih lagi beratur di pondok telefon...
Berdebar menunggu giliran...
Almaklumlah, saya masih belum mempunyai telefon tangan portable yang boleh dibawa ke mana-mana....

Saya menyahut cabaran dari Sleys...
Untuk mengenakan seseorang sempena dengan April Bodo itu...
Dengan penuh tekad saya pun mendail nombor telefon beliao....
Panggilan disahut....
Say pun memperkenalkan diri dan terus ke sasaran (straight to the point)

"Sebenaqnya, aku dah lama minat kat ang...."

Dan beliao pun menjawab...

"Ang la orang ketiga yang cakap macam tu kat aku..."

Lalu gagang dihempas....
hampeh mamat ni....
Perasan betoi....
Tapi ianya tak berakhir di situ....
Saya harus menuggu detik 12 malam...
Untuk berkata...

"April Fool...!!!!"

Kepada beliao...
Malangnya, bila sahaja saya menyampaikan perkara sebenar....
Beliao tidak mahu mempercayainya...
Dan masih mempercayai saya amat malu kerana Centa saya ditolak....
Lalu berkata begitu...
Ah, jatuh martabat saya pada hari tersebut....
Mungkin sehingga ke hari ini beliao masih lagi mempercayai bahawa saya benar-benar meminati beliao...
Tetapi tidak mengapa...
Beliao sudah pun berkahwin...
Dan mungkin memikirkan...
Betapa frustnya saya kerana beliao tidak memilih saya....

Di sini juga saya ingin menyatakan kepada beliao....

AHMAD RIDZUAN HABIBON NAJAR, AKU TAK PERNAH PUN MINAH KAT ANG...DEPA YANG SURUH AKU CAKAP MACAM TU.....


(Macam la beliao membaca blog ini...)
Sekian dimaklumkan...
Terima kasih...

Untuk semua,
Jika mahu menyambut April Bodo ini, fikirlah dulu siapa yang anda mahu kenakan....
Jika dia adalah seorang mamat yang perasan hensem dan rasa semua orang pun minat kepadanya, baik lupakan saja niat kamu semua itu...
Jangan kamu menanggung malu seumur hidup seperti saya...

This entry was posted on Wednesday, April 01, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 orang rajin komen...

Wahahaha!!! Biar betui Ude?? Hehehehe, kasihan222...tu la, sapa suruh sambut April Bodo tu, last2 kita pun jadi bodo sama..ahahahaa~~~~ XD

hehehe...
tu la...
sebab tu aku dh insaf...
xmao dh sambut menatang tu...
dh tua dh....

Post a Comment