Kawan-kawan...
Pernah tak korang tengok cerita perempuan jual pao yang nama dia Suri...?
Ala, kalao tak silap, tu cerita seram....
Hehe....
Korang suka makan pao tak...?
Kenapa la saya merepek sangat ni...
Mungkin kerana telah terlalu lama tidak meng update....
jadi, bila mendapat peluang, beginilah jadinya....
Oleh itu, korang semua bersedialah untuk menerima beberapa post untuk hari ini...
Ya, hari ini ye...
Bukan minggu ini....
Saya akan terus mengaupload sehinngga saya rasa nak muntah...
Hehe....
Bukan apa saya bercerita mengenai Pao Suri ni...
Kerana setiap kali saya melihat benda ini....
Saya akan teringat kepada cerita tersebut....
Tapi saya boleh jamin bahawa Suri ini jauh lebih comel dari Suri dalam cerita tersebut...
Yah, inilah buah epal baru di mata saya dan Incik Crab...
(Apakah...?)
Hehe...
Inilah dia Suri...atao nama manjanya Kucing Gila Kembali Lagi....
Comel tak...?
Ada macam kucing Mard sket2...
Tapi hidung dia pink...
Ogos datang lagi....
Dan setiap kali tibanya bulan kemerdekaan ini, saya agak berdebar-debar dan tidak tentu arah...
Kerana dalam bulan ini, dua orang lelaki yang paling penting dalam hidup saya akan menyambut ulangtahun kelahiran mereka....
Siapakah lelaki-lelaki tersebut...?
Sudah tentulah....
Abah dan Incik Crab
Abah telah selamat menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 52 pada 18 Ogos yang lalu....
Malangnya saya tidak dapat pulang kerana harus menyelesaikan tugasan di pulao tanpa penghuni pada hari tersebut....
Oleh itu, sambutannya mungkin akan dibuat pada 31 Ogos, bersempena dengan hari kemerdekaan malaysia yang ke 52....
Incik Crab pula telah selamat menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 27 pada 21 Ogos yang lalu...
Kami cuma sempat menangkap gambar upacara memotong kek sahaja kerana lampu di rumah kami sekarang adalah sangat romantik....
Tidak sesuai untuk sesi fotografi...
Inilah kek untuk Incik Crab...
Lebih elok sedikit dari tahun lepas...hehe....
Tapi kenapa bukan cupcakes...?
Sebab dia lagi suka kek ni....
Tapi Apak yang abehkan semua kek tu... =p
Untuk mereka,
Selamat ulangtahun diucapkan....
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
Dan semoga kehidupan kedua-duanya sentiasa dirahmati dan diredhai oleh Nya....
*******************
Kena fikirkan bagaimana rupa kek untuk abah....
Mesti kena lagi grand dari ni...
Abah kan big boss...
hehe...
Pernah tak hangpa tengok spongebob dan terfikir...
"Kenapa la Si Patrick ni bodoh sangat..?"
Kan...?
Itulah yang aku selalu fikir...
(Kembali menggunakan perkataan 'aku' setelah sekian lama menggunakan ganti nama saya..)
Bila tengok tu kadang-kadang geram jugak....
Ada jugak makhluk di muka bumi ini yang selembab Patrick tu....
Tapi mungkin jugak Patrick ni lebih upgrade dari BooBoo...
Hehe...
Walaopun Patrick tu sangat lembap...
Tetapi semangat setiakawannya masih ada..
Masih tebal..
Beliao jugak sangat jujur...
Pujian memang patut diberikan kepada beliao untuk perkara itu...
Walaopun tiada rupa...
Tiada baju...
Tiada harta..
Tiada pangkat...
Dia ada sesuatu...
Iaitu kejujuran...
Selalu gak terfikir...
Macam mana rasanya kalo jadi Patrick...?
Hmmm...
Pernah tak korang terfikir...
Macam mana rasanya kalao kita jadi orang lain...?
Tu la kan...
Kadang-kadang aku terfikir gak...
Macam mana perasaanya kalao jadi orang yang sangat bagus / cool...?
(Ataopun orang yang perasan bagus...?)
Macam mana perasannya kalao jadi orang yang cantik...?
Yang boleh bagi tao kat satu dunia...
"Aku cantik / comel / cute..."
Aku tidak mempunyai keyakinan melepasi tahap itu untuk mengaku aku cantik...
Dan kalao ada orang kata aku cantik, aku mesti tanya dia...
"Ang juling ka buta..?"
Hehehe...bunyi macam mengasihankan la pulak....
Betoi la....
Aku slalu berangan gak, macam mana ye kalao aku jadi macam depa yang best2 tu...?
Sebab aku rasa aku ni terlalu biasa kot...
Takdak apa-apa yang spesel pun....
Benda yang paling cool yang penah aku buat pun....
Makan sehelai kertas lukisan sampai habis...
Hahaha....
Cool tak...?
***********************
Harap-harap nanti anak aku cantik la skett dari aku....
Sebab kalao tak cantik, nanti mesti dia akan rasa rendah diri macam aku....
Kesian dia....
Mungkin sebab tu aku pilih orang Jawa kot...
Kot-kot la nanti dapat anak cantik macam Hanis Zalikha...
Hehehe....
Tadi masa balik dari pasar borong....
Ada satu banner besaq....
Tikar Sarawak Kembali!
Saya pun tanya la kat Ain ngan Angah...
"Dulu tikaq tu pi mana...?"
"Ka dia naik satu flight ngan ang kemarin Ain...?"
Kenapa depa gelak...?
Sampai mamat tak berapa hensem kat kereta sebelah pun perasan...
Gelak tak boleh berenti....
Saya cakap lagi...
"Nan kata, kawan dia kata, kalao gelak tak boleh berenti, kena tengok kuku...Konfem bleh berenti...."
Masing-masing pun tengok kuku...
Kami gelak lagi kuat lepas tu....
Mungkin mamat sebelah tu ingat kami tak betoi....
Asyik tengok gambaq ja dalam blog ni kan...?
Macam hepi ja penulis blog ni...
Padahal Chapter 1 dia baru setengah muka surat....
Apa-apa pun, terima kasih kepada Mama....
Kerana menghadiahkan saya Incik Kesayangan Bijik Remia ni...
Boleh tak kalo nak mintak Pesona Bijik Remia pulak untuk matchkan ngan Incik Kesayangan...?
Wah, melampao.....
Hari ni hari cuti...
Dah lama jugak tak merasa hari cuti yang betul2 cuti....
Tapi walaopun tak boleh cuti, kami hepi ja....
Sebab bila kena buat kerja, otomatik la kena bangun awai....
Bila kena bangun awai, sahih2 la tak kantoi Subuh....
Betoi tak...?
Em...Rasa macam nak membebel ja...
Tapi pasai apa ye...?
Apa kata kita membebel tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ini...
Lepas tu kita tengok...
Kita tergolong di dalam jenis manusia yang jenis apa...
1. Ada orang yang suka cakap depan orang....
Ada pulak yang suka cakap belakang orang....
2. Ada orang yang suka makan...
Ada yang tak suka makan...
3. Ada orang yang suka buat kerja...
Ada yang tak suka....
4. Ada orang yang bila buat kerja macam ayam...Bertelur sebiji, riuh sekampung....
Ada yang bila buat kerja, tak mao bagi orang tao dia buat kerja....
5. Ada orang yang bila tolong orang, dia suka ungkit...
Ada orang yang tak suka macam tu....
6. Ada orang yang pandai buat muka manis depan orang...
Ada orang yang memang tak boleh sembunyi kalao dia dah meluat dengan orang lain...
7. Ada orang yang boleh terima pandangan orang lain....
Ada yang tak boleh, terutamanya kalao pandangan tu dari orang bawahan dia...
8. Ada orang yang boleh handle stress....
Ada yang tak boleh....
9. Ada orang yang suka cakap yang bagus2 ja pasai diri sendiri...
Ada orang yang suka cakap buruk pasai diri sendiri....
10. Ada orang yang suka salahkan orang lain....
Ada orang yang suka terima kesalahan orang lain...
11. Ada orang yang puas hati dengan hidup dia...
Ada orang yang tak puas hati...
12. Ada orang yang suka cakap lembut....
Ada orang yang suka cakap kasar...
13. Ada orang yang suka hasut orang....
Ada orang yang suka bela orang....
14. Ada orang yang pandai jadi hipokrit...
Ada yang terlalu lurus bendul....
Ish...Kalao nak cakap pasai peel manusia ni, sampai esok pun tak habis tulis....
Tapi itulah yang menggambarkan manusia di atas muka bumi ini....
Masing-masing ada pendapat dan perangai sendiri....
Bagaimana kita nak hadapi mereka ini, terpulanglah kepada diri kita sendiri....
Kita boleh pilih untuk menjadi seperti mereka, atao menjadi diri sendiri...
Apa yang penting dalam hidup ini ialah kesabaran...
Kesabaran kita dalam menghadapi karenah umat manusia yang pelbagai....
Untuk mendapat kesabaran itu, kita perlulah sentiasa berfikir....
Dan melihat ke dalam diri kita sendiri....
Adakah apa yang berlaku hari ini adalah kerana kesalahan orang lain....
Ataopun ia balasan atas apa yang pernah kita lakukan dahulu....
Jangan kita menjadi seperti peribahasa....
Meludah ke langit...
Kerana akhirnya ludah itu akan jatuh ke muka kita sendiri....
Jangan terlalu mudah menyalahkan orang lain...
Kerana....
Satu jari menuding kesalahan insan lain, empat lagi menuding balik kepada kita....
Bukan mudah untuk menerima apa yang diperkatakan orang lain terhadap kita...
Tetapi kita harus ingat...
Jika kita dengan bebas boleh mengkritik orang lain, jangan melatah bila kita pula dikritik....
Seperti apa yang berlaku kepada saya suatu masa dahulu...
Mungkin saya patut membuang tabiat melatah itu...
Kerana tidak elok untuk kesihatan mental....
Tapi saya OK...
Kutuk lah saya...
Selagi saya masih boleh makan nasik, saya OK ja....
Kerana nasik adalah centa hati pertama saya...
Hehe...
******************
Dah2...
Pi buat keja...
Tak pun tengok hindustan...


