Cakap Kosong...  

Posted by: Nurul in

Asyik tengok gambaq ja dalam blog ni kan...?
Macam hepi ja penulis blog ni...
Padahal Chapter 1 dia baru setengah muka surat....
Apa-apa pun, terima kasih kepada Mama....
Kerana menghadiahkan saya Incik Kesayangan Bijik Remia ni...
Boleh tak kalo nak mintak Pesona Bijik Remia pulak untuk matchkan ngan Incik Kesayangan...?
Wah, melampao.....

Hari ni hari cuti...
Dah lama jugak tak merasa hari cuti yang betul2 cuti....
Tapi walaopun tak boleh cuti, kami hepi ja....
Sebab bila kena buat kerja, otomatik la kena bangun awai....
Bila kena bangun awai, sahih2 la tak kantoi Subuh....
Betoi tak...?

Em...Rasa macam nak membebel ja...
Tapi pasai apa ye...?
Apa kata kita membebel tentang jenis-jenis manusia yang ada di muka bumi ini...
Lepas tu kita tengok...
Kita tergolong di dalam jenis manusia yang jenis apa...


1. Ada orang yang suka cakap depan orang....
Ada pulak yang suka cakap belakang orang....

2. Ada orang yang suka makan...
Ada yang tak suka makan...

3. Ada orang yang suka buat kerja...
Ada yang tak suka....

4. Ada orang yang bila buat kerja macam ayam...Bertelur sebiji, riuh sekampung....
Ada yang bila buat kerja, tak mao bagi orang tao dia buat kerja....

5. Ada orang yang bila tolong orang, dia suka ungkit...
Ada orang yang tak suka macam tu....

6. Ada orang yang pandai buat muka manis depan orang...
Ada orang yang memang tak boleh sembunyi kalao dia dah meluat dengan orang lain...

7. Ada orang yang boleh terima pandangan orang lain....
Ada yang tak boleh, terutamanya kalao pandangan tu dari orang bawahan dia...

8. Ada orang yang boleh handle stress....
Ada yang tak boleh....

9. Ada orang yang suka cakap yang bagus2 ja pasai diri sendiri...
Ada orang yang suka cakap buruk pasai diri sendiri....

10. Ada orang yang suka salahkan orang lain....
Ada orang yang suka terima kesalahan orang lain...

11. Ada orang yang puas hati dengan hidup dia...
Ada orang yang tak puas hati...

12. Ada orang yang suka cakap lembut....
Ada orang yang suka cakap kasar...

13. Ada orang yang suka hasut orang....
Ada orang yang suka bela orang....

14. Ada orang yang pandai jadi hipokrit...
Ada yang terlalu lurus bendul....



Ish...Kalao nak cakap pasai peel manusia ni, sampai esok pun tak habis tulis....
Tapi itulah yang menggambarkan manusia di atas muka bumi ini....
Masing-masing ada pendapat dan perangai sendiri....
Bagaimana kita nak hadapi mereka ini, terpulanglah kepada diri kita sendiri....
Kita boleh pilih untuk menjadi seperti mereka, atao menjadi diri sendiri...
Apa yang penting dalam hidup ini ialah kesabaran...
Kesabaran kita dalam menghadapi karenah umat manusia yang pelbagai....

Untuk mendapat kesabaran itu, kita perlulah sentiasa berfikir....
Dan melihat ke dalam diri kita sendiri....
Adakah apa yang berlaku hari ini adalah kerana kesalahan orang lain....
Ataopun ia balasan atas apa yang pernah kita lakukan dahulu....
Jangan kita menjadi seperti peribahasa....

Meludah ke langit...

Kerana akhirnya ludah itu akan jatuh ke muka kita sendiri....

Jangan terlalu mudah menyalahkan orang lain...
Kerana....

Satu jari menuding kesalahan insan lain, empat lagi menuding balik kepada kita....


Bukan mudah untuk menerima apa yang diperkatakan orang lain terhadap kita...
Tetapi kita harus ingat...

Jika kita dengan bebas boleh mengkritik orang lain, jangan melatah bila kita pula dikritik....

Seperti apa yang berlaku kepada saya suatu masa dahulu...
Mungkin saya patut membuang tabiat melatah itu...
Kerana tidak elok untuk kesihatan mental....

Tapi saya OK...
Kutuk lah saya...
Selagi saya masih boleh makan nasik, saya OK ja....
Kerana nasik adalah centa hati pertama saya...
Hehe...



******************
Dah2...
Pi buat keja...
Tak pun tengok hindustan...

This entry was posted on Friday, August 07, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 orang rajin komen...

Post a Comment