Mari Makan....  

Posted by: Nurul in



" The key to a man's heart is through his stomach..."


Boleh lagi ke pakai ayat tersebut...?
Di zaman moden ni mungkin dah ramai lelaki yang tak kisah kalau isterinya tak pandai masak....
Lagi pun dah banyak kedai makan....
Sedap-sedap pulak tu....

Tapi, bagi saya....
Perempuan dan dapur tidak dapat dipisahkan....
Biarlah setinggi mana pun pelajarannya, perempuan tetap perempuan....
Sememangnya diciptakan sebegitu....

Mungkin kerana saya dan adik-adik dididik sebegitu....
Kami membesar di kampung...
Yang masih berpegang teguh dengan adat dan pantang larang....
Kami juga mempunyai ibu yang sangat cerewet....
Yang selalu mengeluarkan ayat seperti ini....

"Ha, kalau dah potong bawang pun tak pandai, nanti p rumah orang nak buat apa...?Nanti orang kata mama tak ajaq pulak.."

Ketika itu agak pedih bila mendengarkan kata-kata mama....
sambil di dalam hati mengomel....

"Buat apa nak buat kerja kat rumah orang...?"

Tetapi bila sudah menginjak dewasa....
Baru saya mula memahami apa isi tersirat di sebalik kata-kata mama....
'Rumah Orang' yang dimaksudkan adalah rumah mertua....
Dan saya bersyukur kerana hasil didikan mama, kami adik beradik tidak kekok membuat kerja-kerja rumah, terutamanya memasak....
Saya juga mengikut jejak langkah mama....
Menjadikan memasak sebagai hobi....
Dan juga lambang kasih sayang kami terhadap keluarga....

Mungkin bagi sesetengah orang memasak adalah sangat leceh....
Dan hanya layak untuk mereka yang bergelar suri rumah....
Tidak bagi saya...
Kerana daripada kecil lagi saya telah melihat sendiri...
Bagaimana mama, seorang wanita yang berkerjaya menguruskan rumah tangga....
Kami jarang makan di luar kerana lebih gemar memasak bersama-sama di rumah....
Setiap kali mama ke dapur kami akan mengikut beliao....
Dan melihat cara mama memasak...
Sambil beliao menurunkan pelbagai petua dan resipi kepada kami....

Ketika sambutan hari-hari istimewa, kami akan memasak makanan yang paling istimewa...
Sebagai lambang kasih sayang kami kepada insan yang diraikan....
Seperti yang selalu saya katakan pada mereka....

"Makanan yang dimasak dengan penuh kasih sayang akan meresap ke dalam jiwa..."

Wah, berbunganya ayat....
Hehe...Biasalah tu...
Cakap-cakap orang yang tidak berduit...
Hanya itu saja yang mampu....
Lagi pun saya gemar makan....
Jika di kedai mungkin tidak puas...
Jadi saya akan berusaha mencari resipi untuk dimasak sendiri di rumah...
Alasannya, boleh makan banyak maaa.....

Alamak, panjang pulak rapuan hari ini...
Padahal tujuan asalnya adalah untuk memuat naik gambar makanan sehari yang lepas....
Char Koew Teow...




*************************
Untung gilo....
2 bungkus koew toew boleh makan 6 orang....
Kos semua baru RM10....
Cuba kira kalao makan kat kedai....?

RM4 sepinggan darab dengan 6 orang....
Dah RM24.00....
Tu baru makan...
Tak campur minum lagi....
Cuba bayangkan berapa banyak yang kita boleh jimat kalao makan di rumah hari-hari...?
Macam ni selalu, mungkin boleh kawen cepat....
Haha....Mulalah nak merapu lagi....





This entry was posted on Sunday, April 19, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 orang rajin komen...

sedap kew teow tu..sorg tambah 2 kali tu...hehe..

Post a Comment