Kenapa Saya Suka Blog Saya...?  

Posted by: Nurul in

Sedar tak sedar dah 2 bulan berlalu...
Tapi saya tidak sempat untuk menyambutnya....
Sebab saya terlalu perasan sibuk kebelakangan ini....

Sebenarnya pada 03 Mac yang lalu....
Genaplah tiga tahun saya mempunyai blog sendiri....
Baru semalam rasanya saya menulis post pertama saya...
Menggunakan Incik M-Life yang telah selamat dikebumikan....

Blog ini membesar bersama saya....
Di kala suka....
Dan juga duka....

Terkadang saya lupa....
Mengapa saya mewujudkan blog ini sebenarnya....

Pada mulanya, saya mahu menjadikan blog ini sebagai sumber rujukan...
Untuk orang ramai mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tuntung dan penyu...
Tetapi tidak kesampaian apabila segala aktiviti berkaitan adalah hakmilik orang lain...

Akhirnya saya membuat keputusan untuk menukar blog ini...
Menjadi blog peribadi saya sepenuhnya...
Di mana saya akan menulis aktiviti saya....
Perasaan saya...
Untuk ditatap oleh Mama dan rakan-rakan...
(Ya, ibu saya membaca blog saya...mesti la bangga.. :p)

Blog ini juga digunakan untuk menulis resipi....
yang menjadi rujukan adik-adik dan sesiapa yang mahu mencuba...
(Sebenarnya malas nak tulis balik resipi tu dan bagi kat depa.. :p)

Di sini juga saya mengiklankan perniagaan sambilan saya....
Kepada sesiapa yang mahu menempah hasil kerja saya....
Sama ada Kek Coklat, Dadih, Hantaran, biskut, dan apa-apa saja....
(Untuk duit tabung untuk ke IKEA...hehe...)

Cuma kadang-kadang saya gagal mengawal emosi...
Lalu menulis apa yang sebenarnya saya rasa....
Dan mencetuskan salah faham terhadap orang yang perasan dirinya disalahkan...
Padahal itu adalah pandangan peribadi....
Saya mempunyai hak untuk menyatakan pandangan saya....
Dan bertanggungjawab di atas apa yang saya katakan....

Apa pun yang terjadi...
Itu semua adalah kisah silam....
Dan saya belajar dari pengalaman....
Blog saya melambangkan siapa diri saya sebenarnya....
Jadi, ianya bukanlah medan untuk memburukkan orang lain...
Ataopun merosakkan hubungan orang lain...

Saya menulis kerana minat....
Itu adalah salah satu dari cita-cita saya...
Dan juga hobi saya....

Impian saya...
Untuk menulis cerita yang dapat menyentuh hati orang yang membacanya....

Kerana itulah saya masih terus menulis...
Dan berharap....
Ada insan di luar sana yang mendapat sesuatu dari penulisan saya....


Kepada Incik blog....

Selamat Hari Lahir yang Ketiga....!!


*************
Semoga incik blog akan terus hidup....
Dan terus bercerita kepada dunia...
Sebab sekarang kita dah ada Incik Kesayangan Bijik Remia...
Ada remote control woo....jakun...jakun...

This entry was posted on Thursday, May 07, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 orang rajin komen...

Post a Comment