Bila Tiada Astro Mahupun RTM...  

Posted by: Nurul in

Apabila berada di pulau tanpa penghuni....
Tiada talian telefon mahupun bekalan elektrik...
Apatah lagi televisyen....

Tetapi kami di sana tidak pernah bosan....
Kerana ramai peserta Raja Lawak Astro yang terlepas ke pulao itu....
Ini adalah rangkuman kisah2 Raja Lawak Musim ke 3....
Ranking dari 5 ke atas...

Tempat ke5...

Situasi:
Sedang memberi penerangan tentang aktiviti river hiking yang akan dijalankan pada petang itu...Sambil itu cuba membuat lawak dengan mengatakan bahawa di atas puncak sana terdapat McD yang menjual ais krim....Harga ais kerim tersebut hanyalah 4 ringgit...

Raja Lawak 5 lalu berkata:

"Saya tak nak sangat pergi sungai tu....tapi saya bawak duit...nak beli ais krim di atas...."

Aduh...kenapa begitu...?

Tempat ke4...

Situasi:
Sedang memanjat batu-batu di sungai dan terjumpa pokok orkid hutan yang tumbuh di atas dahan pokok besar....

Raja Lawak 4 bertanya:

"Wah, ada orang naik atas ni tanam orkid tu ke...?"

Kalao saya di situ, mungkin akan menjawab...ya la, gorilla yang tanam pokok tu kat situ....

Tempat ke3...

Situasi:
Menyediakan makan malam bersama-sama...Si pekerja yang mengusik sukarelawan dengan berkata mahu memenggal kepalanya dan digantung di meja makan....

Raja Lawak 3 seraya menjawab:

"Baguslah, nanti kepala saya pun gayung-gayung kat atas tu la..."

Saya pun agak keliru...Gayung ka goyang...?

Tempat ke2....

Situasi:
Sedang melihat penyu bertelur...Agak pelik kerana penyu tersebut bertelur berhampiran dengan sarang penyu yang lain...Penyu tersebut bersusah payah menggali lubang sambil badannya ditumbus oleh jaring yang memang sudah sedia ada di situ....

Raja Lawak 2 bertanya:

"Kenapa penyu tu bertelur di situ...?"

Sang pekerja lalu menjawab:

"Sebab penyu ada otak, tapi tak ada akal....."

Raja Lawak 2 dengan muka blur bertanya lagi....

"Tapi kenapa...?"

Pekerja tersebut hampir gila kerana ketawa berlebihan hingga mengeluarkan air mata...


Namun,
Dalam banyak-banyak lawak di atas...
Ini adalah yang paling lawak di antara semua lawak....
Lawak yang dicetuskan oleh Raja Lawak ke2 sebentar tadi...
Tetapi di dalam situasi yang lain....

Tempat pertama...

Situasi:
Baru selesai memproses seekor ibu penyu yang telah bertelur....

Raja Lawak 1 bertanya:

"Kak, penyu yang bertelur ni lelaki ke perempuan...?"

Tiada kata-kata yang dapat dikeluarkan oleh kami.....


*************************
Aduh....
Jika beginilah keadaannya setiap minggu....
Boleh rosak kotak ketawa saya....

This entry was posted on Wednesday, April 15, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 orang rajin komen...

Post a Comment