This is my 100th post...
So..I'm going to do something different here...
I'm going to write in Bahasa...
Ini apa yang saya rasa sekarang...
Entahlah...Manusia ni ada banyak ragam...Kadang-kadang bila difikirkan, ingatkan manusia yang jahat ni ada kat dalam tv ja..tapi rupa-rupanya belambak kat luar ni...Kebanyakan mereka bertopengkan kebaikan...Sebab tu la ada pepatah, "jangan menilai buku dari luaran sahaja..."Kadang-kadang kita tengok orang tu kat luar nampak macam baik saja...macam tak ada cacat cela langsung...tapi di dalam sebenarnya busuk....
Kadang-kadang manusia ni ego tinggi..walaupun bukan semua, tapi ada yang memang macam tu...sebagai manusia, kita kena terima hakikat yang kita pernah, sedang, atau akan buat silap...jadi, bila kita buat salah, apa salahnya kalau kita mengaku apa yang kita buat...kita tak akan rugi apa-apa pun..malah kita lebih berasa tenang sebab kita tak lagi diburu rasa bersalah terhadap orang yang pernah kita buat salah...
Bagi kita, perkataan 'maaf' atau 'terima kasih' jarang sangat nak digunakan...kita terlalu ego untuk menyatakan rasa penghargaan kita atau rasa bersalah kita terhadap orang lain, padahal itulah yang sebaik-baiknya...di dunia kita bukan hidup seorang, tetapi bermasyarakat...jika kita tidak boleh bertolak ansur atau membuang sedikit ego yang ada dalam diri kita, apa akan jadi kepada masyarakat kita nanti..?? Inikah pengajaran yang akan kita berikan kepada anak-anak kita nanti..??Fikirlah...
Kita pandai bercakap mengenai kesilapan dan kekurangan orang lain, tetapi kita tidak sedar bahawa kita juga manusia yang penuh dengan kekurangan...bila kita dikurniakan dengan kelebihan, kita seringkali lupa bahawa itu adalah pinjaman semata-mata...kelebihan itu selalunya akan membuatkan kita merasakan diri kita adalah lebih baik dari orang lain...dan bila kita merasakan yang kita adalah yang terbaik, kita hanya akan dapat melihat kekurangan yang ada pada orang lain...pendek kata, apa yang orang lain buat, semuanya salah..dan kitalah yang selalunya betul...pelik kan...??
Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan..dan sebagai manusia lain, kita juga perlu memainkan peranan untuk memberikan pengajaran kepada mereka supaya mereka tidak akan melakukan kesilapan tersebut buat kali yang kedua...tetapi apa yang sering berlaku adalah orang yang melakukan kesalahan ini akan terus dihukum...dan akhirnya mereka akan kembali kepada jalan yang membawa mereka kepada kesilapan yang lebih besar...
Kita juga sering meminta peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan sebelum ini...dan kita juga mahu orang lain menerima dan memaafkan kesilapan yang telah kita lakukan itu..tetapi adakah kita sedar, berapa kali kita memberikan peluang kedua kepada orang lain yang telah melakukan kesalahan terhadap kita...??berapa kalikah kita pernah memaafkan orang lain...??
Kita mahu kita dilayan dengan baik, tetapi pernahkah kita melayan manusia lain sewajarnya..??itulah yang perlu kita fikirkan...Bukannya senang untuk menjadi seorang yang pemaaf...tetapi bukan susah juga untuk memberikan kemaafan kepada insan lain...semuanya bermula dengan diri kita sendiri...siapalah kita untuk menghukum orang lain padahal kita hanya manusia biasa...sedangkan nabi ampunkan umat...besar sangatkah kita untuk menidakkan hak orang lain untuk mendapat kemaafan dan berusaha untuk membetulkan kesilapan yang telah mereka lakukan...
Jadi, setiap kali kita melakukan kesilapan, janganlah cuma menuding jari, menyalahkan orang lain...kita harus juga fikirkan apa yang telah kita buat sehingga ianya boleh terjadi...sesekali ucapkanlah perkataan 'maaf' tersebut walaupun ianya amat sukar kerana kita tidak tahu sama ada kita akan ada lagi kesempatan lain untuk memohon kemaafan dari insan yang pernah kita sakiti...kita tidak akan rugi apa-apa jika kita menurunkan sedikit keegoan kita, bahkan kita sebenarnya telah berjaya mengatasi hasutan syaitan yang mahu melihat anak adam berpecah belah....
Emm..panjang la pulak merapunya...hehe...itu cuma luahan rasa saya yang serba kekurangan ini...sekadar untuk melepaskan sedikit beban yang terbuku di dalam hati...mungkin dengan cara ini, saya akan merasa lebih tenang...
This entry was posted
on Friday, August 03, 2007
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.