Layan....  

Posted by: Nurul in

"Pernahkah kau bicara....
Tapi tak didengar....
Tak dianggap.....
Sama sekali

Pernahkah kau tak salah....
Tapi disalahkan....
Tak diberi...
Kesempatan...."




Tiba-tiba terasa macam kena ja ayat ni dengan aku....
Suatu masa dahulu la kan...

Betoi jugak kata Kak Wan...

"Berhati-hati dengan apa yang kita doakan..."

Dia tidak pernah menghampakan permintaan hamba-hamba Nya....
Sama ada baik atao buruk...
Akan dimakbulkan jika kita memohon dengan sepenuh hati...

Mungkin bagi kita perkara itu merupakan yang terbaik untuk kita....
Tapi sebenarnya hanya Dia yang lebih mengetahui....
Apa yang terbaik untuk kita....
Dan Dia tidak akan membebankan hambanya dengan dugaan...
Yang tidak mampu untuk digalas....

Hanya kita yang tidak tahu bersyukur....
Dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik....
Padahal apa yang kita ada pada ketika itu adalah yang terbaik untuk kita...

Menyesalkah aku atas apa yang terjadi...?
Mungkin....
Tapi di sebalik itu, aku bersyukur...
Kerana Dia telah membuka mataku seluas-luasnya...
Untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku....

Dari situ aku tahu...
Nilai sebuah persahabatan itu....
Boleh diukur dengan wang ringgit, pangkat, dan nama....



*************************
Haish...
Terjiwang la plak...
Dah aaa...nak p muntah....
Daa...~


Mari Menyemakkan Dapur  

Posted by: Nurul in

Dah lama rasanya tak menaip...
Dan dah lama jugak tak update blog ni...
Dah bersawang pun...

Pertama kali merasa cuti yang sebenar-benarnya...
Jadi saya malas untuk memikirkan tentang perkara lain...
Melainkan melakukan perkara-perkara yang saya gemari...
Seperti menyiapkan tempahan dan membuat kerja-kerja rumah...

Inilah hasilnya....
Ini tempahan untuk pekerja-pekerja di Pulao...




Ini pula langsir baru di rumah...









**************
Kalao boleh henfon saya pun nak dimatikan...
Supaya tak ada orang yang boleh spoilkan mood raya ni....
Tapi boleh ker...?

Selamat Hari Raya...  

Posted by: Nurul in

Hari raya datang lagi...
Tahun ini seperti biasa, saya berhari raya di rumah....
Tahun depan tak tahulah kan nak beraya di mana...
Kedah ke Johor...?

Hehe...
Kena tunggu dan lihat la nanti...

Kepada semua,
Maafkan salah dan silap saya...
Andai kata saya pernah melukakan hati anda...
Ataopun mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati...
Ataopun melakukan sesuatu yang membuatkan anda marah atao sedih...
Saya hanya insan biasa yang tidak lati dari melakukan kesilapan...

Selamat Hari Raya...
Maaf zahir dan batin..

Layanlah gambar-gambar sengal kami sepanjang raya ini....





Suri Oh Suri...  

Posted by: Nurul in




Mari Membakar Biskut...  

Posted by: Nurul in

Bersempena hari raya yang mulia ini, kami ingin berniaga secara kecil-kecilan...
Seperti juga tahun-tahun lepas, kami menerima tempahan membuat kuih dan kek untuk Aidilfitri...

Jutaan terima kasih kepada mereka yang menempah tahun lepas....
Dan juga tahun ni...
Terima kasih banyak-banyak....
Pada tahun ini, kami ada menambah beberapa jenis biskut....
Jadi, anda bolehlah membuat pilihan sekarang...
Layan la gambar-gambar di bawah ini....

Ada juga biskut yang belum sempat diupload kan gambarnya....
Sabar ye...
Tempahan akan dibuka sehingga seminggu sebelum raya...

Kek Karamel : RM25.00 sebiji (1 kg)


Kek Coklat : RM20.00 sebiji (0.5 kg)


Butter cookies: RM 15.00 untuk 50 biji

Almond London: RM20 .00 untuk 50 biji

Biskut Cornflakes : RM 18.00 untuk 50 biji


Kami juga membuka tempahan untuk Cupcakes sempena Hari Raya...
Anda boleh memilih tema yang diingini...

Untuk tempahan atau pertanyaan,
Boleh SMS saya di nombor yang anda dah tahu...
Hehe....Kalao tak tahu, emelkan sahaja tempahan anda kepada:
abz_junior@yahoo.com