Perlukah Kita Membenci Sang Ex...?  

Posted by: Nurul in

Wah...dah lama nampaknya saya tidak menulis....
Nampak sangatlah macam sibuk ye...
Tapi yang herannya, sibuk-sibuk pun badan tak jugak turun-turun...
Makin naik adala...
Mungkin sebab makanan kat pulao semua sedap-sedap kot....
Rasanya tak sama macam makan kat darat ni....
Entah la....

Incik Diari,

Baru-baru ni saya terjumpak dengan gambar Sang Ex saya....
Gambar perkahwinan beliao....
Pada mulanya saya agak was-was untuk melihat gambar-gambar tersebut....
Kerana bimbang akan reaksi yang akan terhasil....
Akhirnya saya gagahkan diri untuk melihat gambar-gambar tersebut....

Apakah reaksi saya....?


Hairan....
Saya langsung tidak mempunyai apa-apa perasan apabila memandang gambar tersebut....
Saya melihat gambar itu sepertimana saya melihat gambar perkahwinan rakan-rakan saya yang lain....
Tidak ada sedikit pun rasa iri hati atao dendam apabila melihat kegembiraan di wajah beliao dan pasangannya....
Pada mulanya saya agak risao memikirkan bagaimana perasaan saya apabila melihat gambar-gambar tersebut...
Almaklumlah beliao pernah menjadi orang yang amat saya sayangi satu ketika dahulu...
Dan beliao juga cinta pertama saya...
Namun apabila saya melihat dan merasai sendiri.....
Saya dapati perasaan itu hilang dengan sendirinya....
Benarlah apa yang Mard pernah cakapkan kepada saya suatu masa dahulu....

"Luka di hati itu akan hilang ditelan masa..."

(Lebih kurang beginilah kot bunyinya...saya tidak pandai menterjemahkan ayat Bahasa Inggeris ke Melayu.. =p)

Mungkin perasaan yang pernah ada padanya telah hilang kerana dia telah melukakan hati saya sedalam-dalamnya....
Mungkin juga kerana telah lama perasaan itu dipendam dan akhirnya hilang begitu sahaja....
Tetapi saya lebih percaya bahawa perasaan saya padanya telah hilang sedikit demi sedikit dengan kehadiran orang yang paling bermakna di dalam hidup saya sekarang....

Ia membuatkan saya berfikir....
Mengapa saya harus membencinya lagi...?
Mengapa saya masih tidak mahu membuang perasaan dendam di dalam hati saya....?
Mengapa saya mahu memusuhinya lagi kerana saya sendiri sudah pun bahagia bersama orang yang saya cintai...?

Itulah persoalannya....
Jadi, saya berpendapat bahawa tidak perlu lagi saya membencinya....
Atao cuba menghindari diri saya darinya....
Kerana beliao adalah masa silam saya....
Apa yang berlaku sememangnya telah ditakdirkan....

Itu semua sudah tidak penting lagi....
Kerana saya sudah mempunyai segala yang saya impikan.....
Apa yang berlaku sebelum ini sudah menjadi sejarah....
Dan saya belajar dari pengalaman tersebut....
Itu yang membuat saya lebih dewasa....
Dan melihat hidup ini dari sudut yang lain....

Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang....
Kerana apa yang berlaku ada hikmahnya....
Dan segala perbuatan kita terhadap orang lain....
Mungkin satu hari nanti akan kembali kepada kita....
Jadi tidak perlulah saya membuang masa....
Mengharapkan sesuatu yang buruk berlaku kepada beliao....
Kerana masih banyak perkara yang perlu saya fikirkan...
Yang lebih bermakna dan penting bagi hidup saya...

Jadi, tak payah susah-susah nak fikirkan hal-hal sebegini.....

Bak kata puteri....

"Hidup hanya sekali....Jadi kita ENJOY..!!"


******************
Panjangnya membebel....
Maklumlah dah lama tak menulis....
Dah lama jugak tak nampak darat....

Mari Melihat Hantaran...  

Posted by: Nurul in

Ha, bila ada ja kenduri kawen, mesti la ada hantaran kan...?
Ini koleksi gambar hantaran untuk musim ni....
Yang ni kat rumah Kak Iza...
Kitaorang dapat ambil gambar hantaran adik2 dia ja...
yang dia punya dah abeh dirobek....
Rakus betullah pengantin tu...
Hehe...










Ni pulak gambar kat rumah Kak Siti....
Bunga dulang tu kami yang buat tao....
Ada satu yang memang kami buat, yang ada kek kat dalam tu....







Ini nama dia pulut semangat....
Untuk orang Kelantan, ni la kepala hantaran....
Diaorang tak dak Sireh Junjung...

Ni yang kami buat tu...
Cantik tak...?
Nak tempah...?
Boleh je...
Hehe...


Ini pulak yang dibuat untuk Mak Cik Lina....






********************
Bila masa kenduri macam ni, orang lain yang best....
Tak best jadi pengantin....
Sebab berdebor...
Dah la tak boleh buat kerja....
Bosan....
Hehe...

Mari Berkahwin..  

Posted by: Nurul in

Hehe....Musim cuti sekolah tiba lagi...
Bila sampai masa ni, makan banyak la mereka-mereka yang menamatkan zaman bujang masing-masing....
Kali ini giliran kedua kakak tercenta pula yang menaiki pelamin...

Kak Iza dan kak Siti....

Kak Iza punya majlis agak menarik....
Sebab dia dan dua lagi adik dia naik pelamin sekali....
Tiga pengantin dalam satu majlis....
Sampai masuk paper la...
Hehe...

Yah, marilah kita layan gambar-gambar mereka....
Gambar adalah ihsan Incik Crab dan Ain...




Ni pulak gambaq kak siti...
Yang ni malam akad nikah...

Ni gambar hari kenduri....






Abeh dah gambaq pengantin....
Ni gambaq orang-orang yang suka nak enterframe...




***************
Entah dari mana la saya belajar membuat mimik muka begitu....
Mungkinkah darpada Pak Nan..?

Recap...  

Posted by: Nurul in

Inilah antara gambar-gambar yang telah dirakamkan sementara ketiadaan saya di alam blog ini....
Dua minggu ini agak kelam kabut bagi saya...








Kalao dah gila kamera tu....
Memang la kan....
hehe....

Rumahku Syurgaku  

Posted by: Nurul in

Mama dah tidoq....
Tapi tak dak mood pulak nak menulis....

Ada orang tanya...

"Tak penat ke berulang-alik dari Kedah ke Terengganu...?"

Jawapan dia senang ja...

Bila kita buat sesuatu untuk orang yang kita sayang, kita takkan rasa penat....
Takkan rasa menyesal....
Takkan rasa terkilan....

Apalah sangat kalao nak dibandingkan dengan apa yang Mama dah buat untuk saya sebelum ni...?

Doakan Mama saya cepat sembuh ye kawan-kawan....
Sementara ni layan ja la gambaq masa Kak Iza kawen hari tu...
Yang lain-lain akan diuploadkan bila Incik Mood dah kembali....