Kawan-kawan....
Pernahkah anda mencuri baca emel orang...?
Ataupun.....
Senyap-senyap baca SMS rakan anda....?
Tapi....
Jika anda terjumpa Diari orang lain.....
Adakah anda akan membacanya....?
Sila undi....
Hehe....
Peminangan telah diterima dan mulai dari hari tersebut, dengan rasminya adik saya menjadi tunangan Zaidi atao nama timangannya Abang Bomba...
Maka lagu ini akan lebih kerap didendangkan oleh ibu saya...
"Rumah terbakar panggil Zaidi....
Zaidi datang berlumba-lumba...."
Leganya rasa di hati kerana segala persiapan dapat disiapkan tepat pada masanya....
Hampir2 saya pengsan kerana tidak tahu mana satu yang perlu disiapkan dahulu....
Hantaran untuk adik saya bertemakan bunga-bungaan hidup...
Simple tetapi nampak eksklusif...
Kembang kempis hidung saya bila seorang Makcik berkata....
"Amboi..SEGAKnya hantaran dia..."
Saya telah berjaya menyiapkan 11 dulang hantaran untuk adik tercenta...
Bersama dengan sebiji kek coklat untuk hantaran...
Dan hampir 200 bekas dadih atas permintaan ramai....
Jadi, anda-anda di luar sana, jika anda inginkan hantaran dengan bajet di bawah RM200, inilah yang akan anda dapat....
Baru ja kluar dari pulau, saya telah mendapat satu lagi tag...
Dari Cik Meh....
Ada gak alasan nk update blog kan...
Hehe...
tapi tag Meh kali ni agak sukar...
Sebab ni laptop baru...
Folder gambaq pun baru ada satu....
Tapi xpa la...
Try gak...
tagnya berbunyi begini....
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder
Put the picture on your blog and a description of it.
Gambar ini telah diambil di Chagar Hutang, Pulau Redang pada hujung minggu lepas....
Kami ke sana kerana membawa sekumpulan sekarelawan untuk projek pemuliharaan penyu di sana....
dan juga untuk menyambut kedatangan 100 orang pelajar dari sekolah-sekolah menengah Zon Tengah....
Itu baru sahaja satu daripada beratus gambar yang kami ambil sepanjang berada di sana....
saya tengah berfikir sama ada mahu mengupload atao tidak gambar2 tersebut....
Kerana ianya berkaitan dengan projek....
Dan tidak boleh diblog sesuka hati....
nanti kna warning plak....
Hehe....
Bak kata incik supervisor...
Bukan semua benda boleh ditulis di dalam blog....
Terutamanya yang menyentuh kisah peribadi orang lain....
Sebab blog kita melambangkan siapa kita....
Takkan la kita nak bagi orang fikir kita ni suka menjaja kisah orang...?
OK...
Seterusnya ada 1 lagi step...
Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged!
Yey....
Meh, dh siap wat tag ang....
Hehe....
Alkisahnya...
Di rumah kami ada dua biji tandas.....
Jadi, saya dan Ain mempunyai tandas masing-masing...
Dengan kehadiran Orked di rumah, kami terlupa pula bahawa dia juga memerlukan tandas...
Untuk memudahkan urusan Orked, kami telah mebuat satu tandas bergerak untuknya...
Sambil-sambil itu, kami juga mengajarnya untuk menggunakan tandas diluar...
yang lebih semulajadi...
(Patut la pokok pandan Ain tiba-tiba jadi subur...)
Akhirnya kami fikir sudah tiba masanya Orked benar-benar menjadi Kucing....
Jadi, tandas bergerak tersebut sudah tidak berfungsi lagi...
Malangnya Orked masih belum bersedia....
Dan memilih untuk berkongsi tandas dengan saya....
Saya sememangnya tidak kisah untuk mencuci tandas...
Kerana itu hobi saya...
(dan juga kerjaya saya semasa menuntut di Asma...hehe...)
Tetapi yang mencabar kesabaran saya ialah beliao tidak pandai mencuci bahan buangannya sendiri...
Hasilnya tandas saya sentiasa berbau 'harum'....
Anda-anda di luar sana...
Adakah anda mempunya sebarang cadangan bagaimana saya mahu mengajar Orked mencuci tandas selepas digunakan...?
Yang keliru,
Nurul
Rasanya macam malas sahaja mao bangun pagi ini...
Hujan di luar masih renyai-renyai....
Ah, Terengganu masih di dalam mode hujan....
Akhir monsoon....
Dalam kemalasan saya memasak sarapan yang simple, bagi orked makan, mandi dan bersiap....
Saya pun membuka pintu rumah sambil tangan dipenuhi sarapan, air kopi, beg, handphone, dan dompet....
Saya terlupa sesuatu...
Setelah semuanya saya letak di atas rak kasut di luar, secara automatik tangan menekan tombol dan menutup pintu....
"Alamak....kunci...!!!!"
Aduhai...
Sekali lagi saya membuat lawak di pagi hari....
Saya mencari-cari tingkap yang boleh dibuka...
Nasib baik salah satu tingkap di depan dapat dibuka dengan jayanya....
Saya pun mengambil kunci....
Hasilnya, saya lambat ke kampus hari ini......
********************
Ah, rasa macam nak demam...
Semalam seharian saya bermandi hujan....
Huhu...








