Untuk kesekian kalinya pada tahun ini seorang lagi ahli keluarga Pok Ya menyambut hari lahirnya...
Beliao adalah....
Pak Nan..!!!
Pada hari ini, genaplah usia Pak Nan 23 tahun...
Tapi masih ada hati untuk mengaku dia 18 tahun.. =P
Semoga tahun ini beliao akan berjaya berubah...
Daripada seorang adik yang kuat merajuk menjadi sedikit macho...
Daripada menjadi anak yang kuat melawan kepada anak yang mahu mendengar kata...
Aminn....
Diharapkan juga beliao akan dapat mengajar Mamey untuk mengenali tuannya...
Haha....
Yah kawan-kawan...
Ya...
Di sini saya ingin memperkenalkan ahli keluarga baru kami....
Orked...
Yah, inilah dia nyiao yang digembar-gemburkan selama ini...
Comel tak..?
Dia sangatlah aktif...
Suka kacao orang...
Suka tangkap kaki orang..
Suka gigit tangan orang....
Dan dia juga dah ada boifren...
Iaitu kucing rumah sebelah....
Di suatu petang yang aman dan damai, ada dua orang budak tengah bosan...
Lalu mereka berbincang apakah perkara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan kebosanan mereka itu...
Akhirnya mereka berdua bersetuju untuk membuat satu rancangan jahat...
(Oh, saya tidak akan nyatakn di sini kerana tidak mahu menjatuhkan maruah sendiri..hehe..)
Maka mereka berdua pun menuju keluar dari kawasan sekolah dengan kereta....
Sedang mereka menuju ke destinasi, tiba-tiba sesuatu terjadi...
Si pemandu kereta yang baru sahaja mendapat lesen P itu tidak nampak seorang penunggang dan pembonceng motosikal di belakang kenderaan mereka...
Setelah memberi isyarat, pemandu kereta terus membelok ke lorong yang hendak dituju...
Malangnya, kereta mereka terberetuh (terlanggar @ tersentuh) motosikal di belakang tersebut...
Alamak, mereka berdua agak kelam kabut menghadapi situasi kemalangan buat kali pertama di dalam sejarah pemanduan mereka...
Dengan dada yang berdegup kencang, mereka keluar dari kereta dan mendapatkan si penunggang motorsikal dan pembonceng yang dipercayai awek si penunggang....
Nasib baik tiada sebarang kerosakan atao kemalangan jiwa yang berlaku...
Tetapi si penunggang motorsikal kelihatan agak marah...
Sambil memeriksa kasut yang dipakainya, penunggang motorsikal tersebut berkata...
"Nasib baik kasut ni tak jadi apa-apa....Dah la kasut pinjam..."
Mereka memandang antara satu sama lain...
"O...kasut pinjam rupanya..."
Kata pemandu dan penumpang kereta di dalam hati...
Maka kegiatan jahat dua orang budak tersebut terpaksa ditangguh ke hari lain kerana terlalu terkejut di atas kejadian yang menimpa mereka...
Moral of the story: Jangan pakai kasut pinjam ketika keluar dating, terutama sekali jika anda menunggang motorsikal....heheh....
***********************************
Kenapa entry ini ditulis...?
Oh ya, sebab hari ini saya memakai kasut pinjam ke kampus...
Sori Ain, aku terlupa nk tukaq balik kasut tadi..
Pinjam dulu la ye..
Hehe...








