selamat datang
Selamat datang umair rayhan
selamat datang
Selamat datang umair rayhan
Alhamdulillah...
Semua dah selamat....
29 November 2009, dengan sekali lafaz, saya telah bergelar isteri kepada Mr. Crab....
Walaopun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan dugaan...
Cacian dan makian...
Sumpahan dan kritikan....
Kami telah berjaya mengharungi semuanya bersama...
Apa yang diharapkan kini...
Jodoh kami kekal hingga ke hujung nyawa...
Amin...
Oh ya,
Blog baru saya telah dibuka...
Jika anda ingin mendapatkan linknya, sila emelkan kepada saya di:
abz_junior@yahoo.com
Ataopun sila lihat fesbuk anda...
Sekian, Terima kasih...
Kepada semua...
Semoga berbahagia hendaknya....
Daaa~
Dah lama rasanya tak update kn...?
banyak benda yang perlu diselesaikan...
Lagipun blog ni macam dah terlalu padat....
Alhamdulillah,
Setakat ini semua yang dirancang berjalan dengan lancar...
- HIV test dah lepas
- Borang permohonan nikah dah dihantar ke pejabat agama Kedah
- Barang-barang yang ditempah untuk door gift dah siap
- Pelamin dah ada design
- Set bilik tidur dah beli
- Baju Mr. Crab dah tempah
Saya telah selamat membentangkan progress ke2 untuk projek Master saya minggu lepas...
Masih ada beberapa lagi perkara yang perlu ditambah dan diperbetulkan untuk tesis saya..
Jadi, semakin sibuk la nampaknya bulan ni...
Dan Angah juga telah selamat berkonvo...
Sempena dengan permulaan hidup baru hujung bulan nanti,
Maka saya ingin mengumumkan bahawa...
Saya akan berpindah ke rumah baru...
Di mana saya akan kembali berkarya....
Mungkin menggunakan pendekatan yang lain....
Berbicara tentang isu yang berbeza...
Jadi, tengok la apa yang jadi nanti ye...
Hehe....
Nak tengok gambaq terbaru...?
Hehe...
Perbualan telefon dengan orang Supratechnic:
Aku : Ya, 60hp..
Dia : OK, quotation nak hanto mane...?
Aku : Awok anto je ke Inos, tao no. kan...?
Dia : Tao...nanti nk letak name sape...?
Aku : Awok tulis je u.p Cik Nurul...Timo kasih...
Dia : Sama-sama...
Lepas letak je telefon aku terfikir....
"Cik Nurul.."
Lepas ni kena tuka tukar ke...?
Jadi "Puan Nurul..."
Kalo x tukar boleh ke...?
Lepas raya ni ramai lagi kawan-kawan yang bakal berkawen...
Ada yang dah selamat, macam Balkhis....
(Sorry aku salah tulis nama hang...dua kali plak tu...hehe...)
Tahniah diucapkan....
Nanti cuti sekolah yang akan datang rasanya banyak lagi yang bakal menyusul...
Biasalah, orang tua-tua cakap dah smpai seru...
Baguslah jodoh depa cepat....
Bagi kami...?
Tunggulah ye...apa-apa hal pun, akan diberitahu kemudian...
Dalam sibuk-sibuk memenuhi undangan perkahwinan, kadang-kadang terdegar jugak keluhan...
Ataopun lebih dikenali sebagai sindiran....
"Kenapa nak kawen cepat...? Tak rock aa..."
"Apa barang kumpul duit nak kawen..?"
Apakah...?
Bagi saya, bukankah perkahwinan adalah tuntutan agama....
Kenapa orang mahu berkawen dikatakan gatai....?
Ataopun kononnya mahu mengorbankan zaman muda...?
Hina sangatkah orang yang mahu berkawen itu...?
Jangan pula pandang serong dengan kenyataan yang saya keluarkan ini....
Mungkin ada yang berkata....
"Dah dia pun gatai nak kawen, sebab tu cakap macam tu..."
Bagi saya, jika anda mempunyai hak untuk berkata bahawa berkawen awal itu adalah sangat tak cool ataopun apa-apa lah...
Orang yang nak berkawen tu jugak berhak menyatakan pendapat mereka sendiri....
Betoi tak...?
Jika anda bebas memberi pendapat, anda juga perlulah bebas menerima pendapat orang lain...
Bukan begitu...?
Jadi kenapa timbul soal lebih baik kumpul duit beli kereta dari kumpul duit untuk berkawen...?
Atao...
"Buat apa nak kawen awai-awai...muda lagi kan..."
Atao...
"Enjoy la dulu...buat apa nak kawen lagi..."
Atao...
"Umuq baru 25 dah nak pikir pasai kawen.."
Jika anda yang bakal berkawen, sudah tentu anda tidak akan mengeluarkan ayat sebegitu kan..?
Hehe....
Lu pikir la sendiri....
Apa-apa pun, jom la layan gambar kenduri Balkhis hari tu...
Tapi demi menghormati permintaan pengantin, saya hanya upload gambar2 yang sopan...
Yang lain tu kami simpan...
Hehe...
Dah lama rasanya tak menaip...
Dan dah lama jugak tak update blog ni...
Dah bersawang pun...
Pertama kali merasa cuti yang sebenar-benarnya...
Jadi saya malas untuk memikirkan tentang perkara lain...
Melainkan melakukan perkara-perkara yang saya gemari...
Seperti menyiapkan tempahan dan membuat kerja-kerja rumah...
Inilah hasilnya....
Ini tempahan untuk pekerja-pekerja di Pulao...
Ini pula langsir baru di rumah...
**************
Kalao boleh henfon saya pun nak dimatikan...
Supaya tak ada orang yang boleh spoilkan mood raya ni....
Tapi boleh ker...?
Hari raya datang lagi...
Tahun ini seperti biasa, saya berhari raya di rumah....
Tahun depan tak tahulah kan nak beraya di mana...
Kedah ke Johor...?
Hehe...
Kena tunggu dan lihat la nanti...
Kepada semua,
Maafkan salah dan silap saya...
Andai kata saya pernah melukakan hati anda...
Ataopun mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati...
Ataopun melakukan sesuatu yang membuatkan anda marah atao sedih...
Saya hanya insan biasa yang tidak lati dari melakukan kesilapan...