Mari ke ICU...  

Posted by: Nurul in

Akhirnya,
Setelah berminggu-minggu kami mencuba....
Mamey telah berjaya ditangkap...
Dan dimasukkan ke ICU...

Apa telah terjadi kepada beliao...?

Ya, Mamey telah patah kaki depannya...
Dan juga cedera di kepala...
Akibat bergaduh dengan kucing jantan lain....
Yang sememangnya lebih gagah dari beliao....

Jadi, Mamey akan ditempatkan di ICU...
Sehingga beliao pulih sepenuhnya....
Semoga beliao cepat sembuh....






******************
Tere jugak Bedat ye....
Dapat tangkap Mamey...
Hehe...

Kami Mengantuk...  

Posted by: Nurul in

Gambar-gambar di bawah ini ditujukan kepada:

Cikgu Rosni Ahmad...

Yang kini berada di Pokok Sena, Kedah...
Dengan ucapan:

"Cantik tak cadar kami..?"
Hehe....



Mari Makan Kenduri..  

Posted by: Nurul in

Waktu balik kampung hari tu, Mak Long telah mengadakan kenduri...
Sepupu kami telah berjaya masuk ke UPM Bintulu...
Tahniah kepada beliao....

Di samping itu jugak, ada acara berselawat untuk baby...
baby tu anak sepupu kami jugak...
Kita tengak gambaq ja la ye..
Malas nak tulis panjang2..

Ini semasa mereka sedang berselawat untuk baby...

Inilah baby nya...


Ini Tok Ngah baby...
Tengah tanya..

"Cek lapaq ka..?"

Ini pulak Mak Long baby...
Muka lapaq...
Tengah tunggu makanan...
Hehe...

Bapaku Seorang Tok Penghulu...  

Posted by: Nurul in

Pernah tak anda tengok cerita tv dulu2...?
Ala, cerita yang zaman2 orang pakai baju kedah dengan kain batik tu...?
Yang kadang2 kain batik tu pun boleh buat selendang tu..?
Ha...kalao ada cerita pasai orang-orang kampung macam tu...
Mesti ada cerita pasai anak Tok Penghulu...

Dalam cerita2 lama tu kalao anak-anak tok penghulu mesti ada stail sendiri...
Kalao yang perempuan tu mesti ala2 wanita melayu terakhir...
Semua jejaka-jejaka dalam kampung tu mesti nak ngorat anak perempuan Tok Penghulu...
Kalao anak lelaki pulak, mesti ala2 gangster....
Mesti nak kacao anak-anak dara kat dalam kampung tu...

Ya, ingat lagi tak...?
Hari ini saya nak bercerita tentang kisah Tok Penghulu jugak...
Tapi versi moden...
Tok Penghulu ni bukan seorang yang bermisai tebal, pakai kopiah dengan baju hitam serta kain pelikat yang dibuat ala2 sampin tu...
Tok Penghulu ni adalah sangat kacak dan bergaya....
Bertambah bergaya bila memandu kesayangan baru dia...

Tok Penghulu ini mempunyai 6 orang anak dara sunti...
Dan seorang anak teruna yang perasan hensem...
Tetapi malangnya anak-anak dara Tok Penghulu ini bukanlah seperti yang digambarkan di kaca tv...
Mereka adalah sangat tidak menepati ciri-ciri anak Tok Penghulu yang sebenar...
Semuanya agak kasar...
Mungkin kerana setiap kali mengandung, Tok Penghulu dan isterinya sangat kepinginkan anak lelaki....

Anak lelaki Tok Penghulu...?
Entahlah...kerana beliao sangat berjiwa halus...
Kuat merajuk, tapi masih mampu kontrol macho depan awek...

Isteri Tok Penghulu...?
Beliao bukan juga seperti isteri Tok Penghulu dalam drama Spektra tu....
Tidak ada gelang besar mahupun rantai besar....
Yang ada cuma cincin yang sampai tak cukup jari nak pakai...
Hehe...

walaopun Tok Penghulu agak garang...
Tetapi semua anak-anak dan isterinya tahu...
Beliao sangat menyayangi mereka semua....
Cuma beliao tidak menunjukkannya...
Kerana beliao adalah sangat macho...

Ok, masuk part drama...

Di suatu pagi yang sangat sejuk....
Hujan turun mencurah-curah....
Anak Tok penghulu mahu menaiki Bas HBR untuk ke sekolah....
Memkirkan bagaimana caranya untuk berlari menuju ke arah bas yang sedang berhenti...
Tok penghulu tiba-tiba bertukar menjadi wira....
Ataopun jika dia seorang kekasih, menjadi sangat romantik...
Memayungkan anak daranya ke arah bas Naka tersebut....
Terharu sungguh anaknya..
Dan di hadapan tangga Bas HBR itu, anaknya mencium tangan Tok Penghulu...
Dalam perjalanan ke sekolah si anak asyik memikirkan, bagaimana untuk membalas jasanya...

Tak cukur terharu lagi...?
Ada lagi....

Pagi itu pepriksaan PMR bermula...
Tok Penghulu baru sahaja pulang dari suatu tempat....
Lehernya berbalut, matanya lebam dan sepet...
Kerana ditimpa kecelakaan jalan raya....
Tangannya pula berbalut....
Dalam kesakitan dan kepayahan, beliao sanggup memandu kereta Toyota kesayangan...
Semata-mata mahu menghantar anak daranya ke sekolah...
Untuk menduduki peperiksaan tersebut...
Tatkala melihat Tok Penghulu berlalu pergi dengan keretanya...
Hati anaknya sebak, dan di dalam hati berikrar...
8A untuk abah...!
Ya, beliao berjaya menghadiahkan 8A untuk Tok Penghulu dalam PMR....

Itulah di antara kisah-kisah Tok Penghulu dan anak-anaknya...
Siapa kata Tok Penghulu garang..?
Walaopun di mata orang lain Tok Penghulu adalah sangat bengis...
Tapi di hati anak-anaknya beliao adalah wira....
Kerana kasih sayangnya tiada batasan...

Untuk Abah,

Selamat Hari Bapa..!!

Saranghae...
Thanks for everything

Inilah dia abah kami...
Hehe..




*******************
Ingat lagi waktu sekolah rendah dulu...
Masa Hari Guru kot kalao tak silap....
Saya telah terpilih untuk menyanyikan lagu 'Bapaku seorang Guru..'
Masa tu dalam hati asyik terfikir....
Kenapa depa tak buat lagi 'Bapaku Seorang Penghulu' ye...?
Sebab betul la, bapa saya seorang Tok Penghulu...