Mari Keliru - Part Seterusnya...  

Posted by: Nurul in

Hari ini saya ada satu soalan yang ingin ditanyakan kepada anda semua....
Di rumah saya ada seekor kucing iaitu...

Yang dipercayai anak kepada kucing ini....

Tetapi kami lebih mempercayai ini adalah ibunya...


Jadi kawan-kawan...
Apakah pandangan anda semua...?
Adakah BooBoo anak kepada Macik Momot, atau Buncitbun...?
Oh ya, ini pula neneknya...Popo...
yang juga merangkap ibu susuannya.....

Mari Terkenang Kawan Lama...  

Posted by: Nurul in

Semalam sambil duduk berbual-bual dengan Ain mengenai kawan atau sahabat sejati, teringat saya kepada satu lagi kisah yang menyayat hati...
Kisah ini terjadi ketika saya dan BFF saya, Mard masih berada di sekolah menengah...
Ketika itu kami masih belum mempunyai sebarang jenis pengangkutan kecuali bas HBR....
Berjalan kaki merupakan salah satu hobi kami pada ketika itu....
Bukan apa, terpaksa dijadikan hobi kerana tiada lagi cara yang lebih baik untuk bergerak ke destinasi pilihan...hehe.....

Pernah suatu ketika kami terpaksa berjalan kaki di bawah terik matahari...
Seingat saja perjalanan tersebut melebihi 5 km....
Semata-mata untuk mencari sehelai t-shirt untuk dipakai untuk aktiviti kadet kami....
Tetapi apabila berjalan bersama, tidak terasa sangat penatnya....
Kerana sepanjang perjalanan kami asyik berbual....
Lagi pun, apabila membuat sesuatu untuk insan yang rapat dengan kita, kita tidak akan terasa penatnya....
Seperti biasa, kami merupakan orang biasa yang tidak biasa membawa wang yang banyak ke sekolah....
Demi menyimpan wang untuk digunakan sebagai tambang bas pulang ke rumah....
Kami berusaha berkongsi duit membeli air kelapa dari pakcik di tepi jalan...
itulah air kelapa yang paling sedap yang pernah kami nikmati....

Selalu juga kami berkongsi wang untuk membeli minuman....
Seperti air coke di vendor machine di tepi stesen bas lama.....
Atau air kelapa di tepi jalan....

Banyak cabaran yang kami tempuhi ketika berjalan bersama....
Bahang matahari...
Habuk...
Debu...
Orang kuran siuman...
Anjing...
Anjing..? cuma kami bernasib baik kerana tidak pernah dikejar anjing gila...
Walaupun kami pernah melalui jalan di Pekan Cina yang dipenuhi anjing-anjing kurap....
Semata-mata untuk ke klinik gigi di Teluk Wan Jah...
Alhamdulilah, gigi saya kini sudah cantik (bagi saya...)...
Terima kasih kepada BFF saya tersebut....

Setiap perjalanan tersebut akan meninggalkan pelbagai kenangan...
Pahit atau manis...
semua dikongsi bersama...
Itulah yang dinamakan....
Sahabat sejati....

Betoi x Mard..?
Hehehe...
Jiwang x...?