Tag...Lagi...Lagi...  

Posted by: Nurul in

Incik Pojie telah mentag saya pulak hari ni...
Jadi untuk tidak menghampakan beliao, saya pun jawab la soalan ini...
Lagi pun, soalannya kali ini agak senang...hehe...

  1. Anda perlu "printscreen" wallpaper anda yang sedang guna sekarang, jangan dusta, kerana kurang digemari.
  2. Beri tahu mengapa anda suke "wallpaper" anda itu.
  3. Tag 10 orang.
  4. Itu sahaja.
Ha...ni la wallpaper yang baru digunakan...
Mesti hang kata aku jiwang kan...?
Haha...Memang pun....




Sebenaqnya saya suka wallpaper ni bukan sebab gambarnya...
Tapi sebab benda yang di dalam gambaq ni....
Cincin ni kan cincin tunang saya...
Hehe...
Tu ja...

OK la...
Saya tag anda-anda di bawah ini:

  1. Mard
  2. Emon
  3. Mr. Crab
  4. Popo
  5. Put
  6. Pat
  7. Dewa gelap
  8. Incik Tanpa Nama
  9. Ain (Sila wujudkan blog anda sekarang)
  10. Huna

Mari Mengemas Rumah...  

Posted by: Nurul in

Hari ini adalah hari menjadi amah sedunia....
Tapi, masih ada lagi yang belum siap....
Esok kami akan dijadualkan mencabut rumput rumpai di halaman....
Hehe...takut lama-lama sama tinggi dengan Si Merah pulak....

Pagi Jumaat yang mulia dimulakan dengan sarapan....
Bukan selalu kitaorang rajin nak bangun buat sarapan ni....
Setakat tuna roll ngan sosej dengan scallop goreng pun nak bising ka...
Biaq la kan...janji masak sendiri....
Air tangan sendiri....
Baru suami, eh...Ain sayang....
Lagi pun mana la ada duit nak makan kat kedai...huhu...


Akhirnya,
Menjelang petang barulah saya dapat berehat....
Tetapi berbaloi rasanya bila melihat ini....




Dan juga ini....



Tapi rasa macam nak mengamuk bila Orked telah mencemarkan kesucian tandas saya selepas itu...
Nasib baik beliao adalah seekor kucing...
Dah la comel....
Kalao tidak, dah lama saya cabut bulu dia....
Dah lama rasanya tak buat kerja rumah ni....
Agak semput jugak nak habiskan....


*********************
Oh ya,
Adakah anda rasa kamar tidur saya tersebut harus diulang dekor (redecorate)?
Kerana saya gila ke IKEA akhir-akhir ini...
Terlalu teruja untuk membeli set 6 biji gelas dengan harga RM4.90....

Mari Berhujung Minggu...  

Posted by: Nurul in

Akhirnya....
Hujung minggu saya tidak lagi terawang-awangan....
Dibuai ombak Laut China Selatan...
Tiada lagi aktiviti merentungkan kulit....
Atao pun menghalau biawak....

Kerana hujung minggu ini....
Saya berada di darat....
Ya, di tanah besar....
Tiada lagi deruan ombak menghiasi hujung minggu saya...
Atao pun tupai berebut tembikai susu dengan saya....

Walaupun gembira kerana dapat menghabiskan hujung minggu di rumah.....
Rasa sedih tetap menjengah....
Tatkala mengenangkan bilakah lagi saya akan dapat merasa pengalaman tersebut....
Entah lah.....
Biarlah masa yang menetukan.....

Dan yang pastinya....
Jika peluang tersebut tiada lagi....
Saya pasti akan merindukan semua ini....







Bertambah sedih lagi bila mengenangkan....
Bilik yang perlu dikemas setelah hampir sebulan tidak ambil peduli...
Kain baju bertimbun yang perlu dilipat....
Kain baju kotor setinggi KLCC yang perlu dicuci....

Oh,
Saya mungkin memerlukan seorang amah untuk menyiapkan semua itu....

Bila Tiada Astro Mahupun RTM...  

Posted by: Nurul in

Apabila berada di pulau tanpa penghuni....
Tiada talian telefon mahupun bekalan elektrik...
Apatah lagi televisyen....

Tetapi kami di sana tidak pernah bosan....
Kerana ramai peserta Raja Lawak Astro yang terlepas ke pulao itu....
Ini adalah rangkuman kisah2 Raja Lawak Musim ke 3....
Ranking dari 5 ke atas...

Tempat ke5...

Situasi:
Sedang memberi penerangan tentang aktiviti river hiking yang akan dijalankan pada petang itu...Sambil itu cuba membuat lawak dengan mengatakan bahawa di atas puncak sana terdapat McD yang menjual ais krim....Harga ais kerim tersebut hanyalah 4 ringgit...

Raja Lawak 5 lalu berkata:

"Saya tak nak sangat pergi sungai tu....tapi saya bawak duit...nak beli ais krim di atas...."

Aduh...kenapa begitu...?

Tempat ke4...

Situasi:
Sedang memanjat batu-batu di sungai dan terjumpa pokok orkid hutan yang tumbuh di atas dahan pokok besar....

Raja Lawak 4 bertanya:

"Wah, ada orang naik atas ni tanam orkid tu ke...?"

Kalao saya di situ, mungkin akan menjawab...ya la, gorilla yang tanam pokok tu kat situ....

Tempat ke3...

Situasi:
Menyediakan makan malam bersama-sama...Si pekerja yang mengusik sukarelawan dengan berkata mahu memenggal kepalanya dan digantung di meja makan....

Raja Lawak 3 seraya menjawab:

"Baguslah, nanti kepala saya pun gayung-gayung kat atas tu la..."

Saya pun agak keliru...Gayung ka goyang...?

Tempat ke2....

Situasi:
Sedang melihat penyu bertelur...Agak pelik kerana penyu tersebut bertelur berhampiran dengan sarang penyu yang lain...Penyu tersebut bersusah payah menggali lubang sambil badannya ditumbus oleh jaring yang memang sudah sedia ada di situ....

Raja Lawak 2 bertanya:

"Kenapa penyu tu bertelur di situ...?"

Sang pekerja lalu menjawab:

"Sebab penyu ada otak, tapi tak ada akal....."

Raja Lawak 2 dengan muka blur bertanya lagi....

"Tapi kenapa...?"

Pekerja tersebut hampir gila kerana ketawa berlebihan hingga mengeluarkan air mata...


Namun,
Dalam banyak-banyak lawak di atas...
Ini adalah yang paling lawak di antara semua lawak....
Lawak yang dicetuskan oleh Raja Lawak ke2 sebentar tadi...
Tetapi di dalam situasi yang lain....

Tempat pertama...

Situasi:
Baru selesai memproses seekor ibu penyu yang telah bertelur....

Raja Lawak 1 bertanya:

"Kak, penyu yang bertelur ni lelaki ke perempuan...?"

Tiada kata-kata yang dapat dikeluarkan oleh kami.....


*************************
Aduh....
Jika beginilah keadaannya setiap minggu....
Boleh rosak kotak ketawa saya....

Gatai....  

Posted by: Nurul in

Maaflah kawan-kawan....
Hari ni tiba-tiba gatai nak tukaq template...
Tapi tak jadi....
So, bersabar ja la dengan template sementara ni ye...

Sekian....