Tak Dak Tajuk...  

Posted by: Nurul in

Kesian Mama....
Itu saja yang dapat saya katakan...
Mungkin nasib kami serupa...

Hmmm...
Agak lama saya tidak membebel di dalam blog ini...
Bukan tiada perkara yang boleh dikeluhkan berlaku sepanjang dua bulan ini...
Tetapi saya letih...
Letih dan penat untuk mengeluh...
Mengenangkan apa yang berlaku...
Jadi jalan yang paling baik ialah dengan berdiam diri....

Namun dalam berdiam diri, ada juga insan yang masih tidak puas hati...
Entah apa yang mereka mahukan pun saya tidak tahu...
Mungkin kerana saya tidak membalas apa yang dikatakan...
Bukannya saya tiada perasaan sampai sanggup membiarkan mereka berkata yang bukan-bukan tentang saya....
Tetapi saya malas....
Malas untuk membuka pekung di dada orang...
Dan jika saya melakukan perkara yang sama....
Mengeluarkan kata-kata yang kurang enak terhadap mereka...
Saya juga sama seperti mereka...

Biarlah anjing menyalak bukit....

Kadang-kadang saya terfikir...
Berbaloikah jika kita berbuat baik kepada orang lain...
Sedangkan orang itu langsung tidak pernah menghargainya...?
Malah, mereka sanggup menabur fitnah pula kepada kita...
Sehinggakan terkadang saya merasa menyesal kerana terlalu baik kepada orang lain....

Mungkin bagi mereka, apa yang saya berikan tidak ada maknanya...
Mungkin juga bagi mereka apa yang saya lakukan hanya lakonan semata-mata...
Yang boleh dipersendakan...
Dan boleh dijadikan bahan untuk dijaja kepada insan lain....
Seperti memandu ke suatu tempat yang jauh untuk menziarahinya di hospital...
Bagi saya jika itu dijadikan modal untuk memburukkan saya...
Itu sudah melampao...

Saya selalu menasihati mama agar jangan terlalu baik kepada orang lain...
Tetapi selalunya saya pun akan melakukan perkara yang sama....
Sebabnya hanyalah satu...
Kerana jika perkara yang sama berlaku ke atas saya, saya tentunya akan mengharapkan insan lain sanggup memberikan pertolongan kepada saya....
Kerana saya terlalu berpegang kepada prinsip tersebut....
Saya selalunya senang dipergunakan...

Dan selalunya saya menyedari yang saya sedang dipergunakan...
Tetapi saya masih mampu bersabar...
Kerana saya ingin lihat sejauh mana insan tersebut akan terus mempergunakan saya...
Cuma sabar manusia ada batasnya...
Sekali kesabaran itu teruji, saya tidak akan memaafkan insan tersebut....

Jadi berdiam diri merupakan cara yang terbaik buat masa ini....
Jika keadaan ini berlaku pada masa lepas, mungkin saya akan membalas...
Ya, itu suatu masa dahulu...
Kerana saya sememangnya begitu...
Dan saya pernah membalas kenyataan yang diberikan....
Tetapi akhirnya ia mengundang respon yang lebih buruk....
Walaopun respon tersebut lebih memperlihatkan kelemahan si pemberi respon...
Bukan itu sahaja, perkara tersebut juga diadukan kepada insan lain...
Yang tidak pernah bersemuka dengan saya....
Ataopun berbual secara langsung dengan saya....

Dan akhirnya saya dibenci walaopun kenyataannya saya tidak pernah bersua muka lagi dengan insan tersebut...
Melihatkan keadaan tersebut, saya merasakan seperti perkara ini tidak akan ada akhirnya...
Bergaduh, memburuk-burukkan orang lain, menghina orang lain....
Tidakkah ia bersifat kebudak-budakan...?
Bukankah kita semua adalah insan yang berpelajaran...?
Dan seharusnya lebih matang...?

Kenapa selalu kita meletakkan diri kita di pihak yang menjadi mangsa...?
Sedangkan sudah semestinya kita juga mempunyai salah sendiri....
Adakah terlalu sukar untuk kita mengaku kesalahan kita sendiri...?

Ya, saya mengaku...
Mungkin saya pernah menjadi seorang yang sangat berterus-terang suatu masa dahulu...
Tetapi setelah acapkali ditegur, saya berusaha mengubahnya...
Dan saya selalu berpesan kepada diri sendiri...
Berfikir dahulu sebelum bersuara...
Kerana mungkin akan ada yang terluka mendengar isi hati saya...
Malangnya selepas itu saya pula dikatan hipokrit...
Entahlah...
Jika kita mahu melayan semua apa yang orang lain katakan...
Tentunya kita akan merana...
Itulah lumrah manusia...
Takkan pernah puas dengan apa yang ada...

Contoh paling terdekat..
OK, dahulu saya kurus...bukan setakat kurus...
Malah kurus kering....
Ayat yang selalu diperkatakan...

"Awat la yang kurus sangat ni...? Tak makan sayuq kot...Sebab tu kurus..."

"Ang ni kurus la...Macam tulang ja...Cuba la bagi berisi sket.."

Tetapi sekarang...
Setelah berat badan bertambah 10 kg dari asal...
Ayat lain pulak yang kedengaran...

"Awat montel sangat Kak Long sekarang ni....? Dulu kecik ja..."

"Awat aku tengok Ude la ni berisi semacam ja..? Hepi sangat ka..?"

Apakah...?
Fikirkanlah sendiri...
Malas nak buat konklusi sendiri...
Nanti tak pasal-pasal dapat pulak komen ntah apa-apa....

Bak kata Nabil...

"Lu Pikir la Sendiri..!"



***************
Ha, ambik hang....
Panjang gilo membebel...

This entry was posted on Sunday, August 02, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 orang rajin komen...

Post a Comment