Perlukah Kita Membenci Sang Ex...?  

Posted by: Nurul in

Wah...dah lama nampaknya saya tidak menulis....
Nampak sangatlah macam sibuk ye...
Tapi yang herannya, sibuk-sibuk pun badan tak jugak turun-turun...
Makin naik adala...
Mungkin sebab makanan kat pulao semua sedap-sedap kot....
Rasanya tak sama macam makan kat darat ni....
Entah la....

Incik Diari,

Baru-baru ni saya terjumpak dengan gambar Sang Ex saya....
Gambar perkahwinan beliao....
Pada mulanya saya agak was-was untuk melihat gambar-gambar tersebut....
Kerana bimbang akan reaksi yang akan terhasil....
Akhirnya saya gagahkan diri untuk melihat gambar-gambar tersebut....

Apakah reaksi saya....?


Hairan....
Saya langsung tidak mempunyai apa-apa perasan apabila memandang gambar tersebut....
Saya melihat gambar itu sepertimana saya melihat gambar perkahwinan rakan-rakan saya yang lain....
Tidak ada sedikit pun rasa iri hati atao dendam apabila melihat kegembiraan di wajah beliao dan pasangannya....
Pada mulanya saya agak risao memikirkan bagaimana perasaan saya apabila melihat gambar-gambar tersebut...
Almaklumlah beliao pernah menjadi orang yang amat saya sayangi satu ketika dahulu...
Dan beliao juga cinta pertama saya...
Namun apabila saya melihat dan merasai sendiri.....
Saya dapati perasaan itu hilang dengan sendirinya....
Benarlah apa yang Mard pernah cakapkan kepada saya suatu masa dahulu....

"Luka di hati itu akan hilang ditelan masa..."

(Lebih kurang beginilah kot bunyinya...saya tidak pandai menterjemahkan ayat Bahasa Inggeris ke Melayu.. =p)

Mungkin perasaan yang pernah ada padanya telah hilang kerana dia telah melukakan hati saya sedalam-dalamnya....
Mungkin juga kerana telah lama perasaan itu dipendam dan akhirnya hilang begitu sahaja....
Tetapi saya lebih percaya bahawa perasaan saya padanya telah hilang sedikit demi sedikit dengan kehadiran orang yang paling bermakna di dalam hidup saya sekarang....

Ia membuatkan saya berfikir....
Mengapa saya harus membencinya lagi...?
Mengapa saya masih tidak mahu membuang perasaan dendam di dalam hati saya....?
Mengapa saya mahu memusuhinya lagi kerana saya sendiri sudah pun bahagia bersama orang yang saya cintai...?

Itulah persoalannya....
Jadi, saya berpendapat bahawa tidak perlu lagi saya membencinya....
Atao cuba menghindari diri saya darinya....
Kerana beliao adalah masa silam saya....
Apa yang berlaku sememangnya telah ditakdirkan....

Itu semua sudah tidak penting lagi....
Kerana saya sudah mempunyai segala yang saya impikan.....
Apa yang berlaku sebelum ini sudah menjadi sejarah....
Dan saya belajar dari pengalaman tersebut....
Itu yang membuat saya lebih dewasa....
Dan melihat hidup ini dari sudut yang lain....

Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang....
Kerana apa yang berlaku ada hikmahnya....
Dan segala perbuatan kita terhadap orang lain....
Mungkin satu hari nanti akan kembali kepada kita....
Jadi tidak perlulah saya membuang masa....
Mengharapkan sesuatu yang buruk berlaku kepada beliao....
Kerana masih banyak perkara yang perlu saya fikirkan...
Yang lebih bermakna dan penting bagi hidup saya...

Jadi, tak payah susah-susah nak fikirkan hal-hal sebegini.....

Bak kata puteri....

"Hidup hanya sekali....Jadi kita ENJOY..!!"


******************
Panjangnya membebel....
Maklumlah dah lama tak menulis....
Dah lama jugak tak nampak darat....

This entry was posted on Tuesday, June 16, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 orang rajin komen...

congrats... im always right kan???
hehehee... u shud be proud that u'r already there, the no vengence island.. im still struggling n swimming, but sum small wave came, and drag me backwards again.. ahaha.. not a believer anymore..

Post a Comment