Padahnya Berkongsi Tandas dengan Orked..  

Posted by: Nurul in

Alkisahnya...
Di rumah kami ada dua biji tandas.....
Jadi, saya dan Ain mempunyai tandas masing-masing...
Dengan kehadiran Orked di rumah, kami terlupa pula bahawa dia juga memerlukan tandas...
Untuk memudahkan urusan Orked, kami telah mebuat satu tandas bergerak untuknya...
Sambil-sambil itu, kami juga mengajarnya untuk menggunakan tandas diluar...
yang lebih semulajadi...
(Patut la pokok pandan Ain tiba-tiba jadi subur...)

Akhirnya kami fikir sudah tiba masanya Orked benar-benar menjadi Kucing....
Jadi, tandas bergerak tersebut sudah tidak berfungsi lagi...
Malangnya Orked masih belum bersedia....
Dan memilih untuk berkongsi tandas dengan saya....

Saya sememangnya tidak kisah untuk mencuci tandas...
Kerana itu hobi saya...
(dan juga kerjaya saya semasa menuntut di Asma...hehe...)
Tetapi yang mencabar kesabaran saya ialah beliao tidak pandai mencuci bahan buangannya sendiri...
Hasilnya tandas saya sentiasa berbau 'harum'....


Anda-anda di luar sana...
Adakah anda mempunya sebarang cadangan bagaimana saya mahu mengajar Orked mencuci tandas selepas digunakan...?



Yang keliru,
Nurul

This entry was posted on Monday, March 16, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 orang rajin komen...

Mantaplah Ude, ang nak ajar kucing ang basuh berak dia..hahahah XD

Post a Comment