25  

Posted by: Nurul in ,

Hari ni genap lah usia saya 25 tahun...
Aduh, terasa sangat tua diri ini....
pada hari ini, 25 tahun yang lepas.....
Tepat pukul 11 pagi, saya buat pertama kalinya keluar melihat dunia....
Dan hari ini juga telah genap 25 tahun saya menjadi anak kepada abah dan mama....

Selama 25 tahun menjadi anak mereka....
Saya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buat mereka...
Walaopun bukan dengan wang ringgit....
Tiada perkara yang lebih bermakna dalam hidup saya selain daripada melihat wajah gembira mereka....
Meraikan kejayaan saya...

Adik-adik saya selalu mengomel....
Saya anak emas dalam keluarga....
Bagi saya tiada istilah tersebut....
Yang penting bagi saya...
Jangan melawan kehendak orang tua....
Itulah kunci kejayaan....
Kerana merekalah saya di sini...
dan sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membalas budi mereka...

Mungkin selama 25 tahun ini saya pernah melukan hati mama atao abah....
Mungkin ketika itu saya didorong rasa marah atao tidak puas hati...
Perkara tersebut adalah yang paling saya takuti....
Terasa bagai akan dipanah petir jika saya melawan cakap mereka....
Mungkin sebab itu saya jarang dimarahi....
Dan membuatkan jiwa saya lebih sensitif...
Sehingga mungkin abah atao mama bosan dengan gaya ratu air mata saya...
Kerana setiap kali ingin ditegur, bercucuranlah air mata gugur di pipi saya....
Kerana saya tidak boleh menerima kenyataan yang saya telah membuat salah....

Semalam saya menangis melihat midnite movie tv3...
Father of a Bride...
Mungkin kerana saya dapat merasa bagaimana perasaan mama dan abah ketika ini...
Terutamanya perasaan abah....
Mungkin juga....
Dan yang paling penting, saya merasakan saya tidak tahu bagaimana untuk hidup tanpa pengaruh mereka....
Tanpa meminta izin mereka untuk melakukan sesuatu....
Atao untuk pergi ke mana-mana....
Dan apabila kuasa veto telah bertukar tangan daripada abah kepada sesorang yang bakal bergelar suami kepada saya....
Entah lah....saya pun tidak faham mengapa saya teramat sedih apabila memikirkan abah....
Mungkin movie tersebut sangat bagus dan berjaya mempengaruhi pemikiran saya...

Dan membawa saya menyelami isi hati seorang bapa....
Apabila memikirkan bahawa dia bukan lagi lelaki terunggul di dalam hidup anaknya...
Dan dia bukan lagi super hero anaknya....
Agak berat untuknya menerima kenyataan tersebut...

Tetapi dia mungkin lupa...
Bahawa biar segagah mana lelaki yang bertakhta dia hati anaknya....
Biar sekacak mana pria yang berjaya mencuri hati anaknya...
Cuma seorang lelaki sahaja yang tetap menjadi dewata hati anaknya....
Iaitu insan yang bergelar abah...


*************************
Oh, saya hampir menangis tatkala entry ini ditulis....huhu....
Tapi kalo abah saya baca ini....
Mungkin saya akan malu dengannya....

This entry was posted on Saturday, February 07, 2009 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

3 orang rajin komen...

uish.. rasa macam masuk kelas BM lak.

WAHH...bestnya ayat2 u ni...
Mmg ank bagus lah...
Nnt i tolong u print out n pos untuk daddy u lah...
kena kongsi bersama mah...
hahaha...
But serious de - u berjaya mengembirakn mereka...

Weh..font ang kecil sgt utk mataku daa..bleh besarkan tak? ;p

Post a Comment