Mari Bersyukur Pada Hari Jumaat..  

Posted by: Nurul in

Hari ni hari Jumaat...Hari untuk bersyukur....
Jadi, inilah senarai kesyukuran saya untuk minggu ini...

  1. Saya bersyukur kerana telah dapat pulang ke rumah dan kembali ke Terengganu dengan selamatnya minggu lepas
  2. Saya bersyukr kerana kesihatan bapa saya semakin baik
  3. Saya bersyukur kerana telah berjaya membeli bekas menyimpan gula yang baru
  4. Saya bersyukur kerana gaji saya telah masuk dan selamat dihabiskan untuk membayar hutang
  5. Saya bersyukur kerana saya masih hidup hingga ke saat ini
  6. Saya bersyukur kerana rakan baik saya, Mard telah mendapat seorang lagi anak saudara perempuan yang baru dan kakak ipar serta bayinya itu dalam keadaan sihat
  7. Saya bersyukur kerana popo bunting buat kesekian kalinya
  8. Saya bersyukur kerana telah berjaya mengemas bilik pada minggu ini

Sekian, alhamdulillah...

This entry was posted on Friday, November 21, 2008 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 orang rajin komen...

Post a Comment