Mari Bercerita...  

Posted by: Nurul in

Kawan-kawan,

Adakah kamu semua tahu asal-usul tuntung...?
Mari saya bercerita kepada kamu semua...
(Oh ya, masih lagi dalam mode Bulan Bahasa...)

Menurut lagenda Melayu, pada kurun ke 17, Sultan Kedah yang berangkat pulang dari lawatannya ke Acheh telah membawa balik beberapa ekor tuntung yang sebagai hadiah...

Semenjak dari itu, telur tuntung telah menjadi sebahagian dari santapan istana...

Pada penghujung abad ke 19 pula terdapat kampung-kampung yang mengadakan pesta telur tuntung di mana mereka akan membaling telur tuntung ke atas satu sama lain...

Nah kawan-kawan...Cuba kita lihat...Pada satu masa dahulu, betapa banyaknya tuntung di Malaysia sehingga rakyatnya dapat mengadakan pesta membaling telur tuntung....Tetapi sekarang, cuba kita tanyakan pada adik-adik kita,

"Adik kenal tak tuntung?''

Mesti mereka akan menjawab...

"Tuntung tu apa ye kak..?"

Alangkah sedihnya....Tuntung ini merupakan khazanah kita, seperti juga penyu....Oleh itu, kita hendaklah memelihara haiwan yang semakin terancam ini daripada terus pupus...

Tetapi persoalannya, apakah yang boleh anda lakukan untuk menyelamatkan penyu dan tuntung kita daripada pupus...?

Ha...Untuk itu lah anda perlu menyokong kempen kami...Kami itu merujuk kepada Kumpulan Penyelidikan dan Pemuliharaan Penyu dan Tuntung atau Turtle Research and Rehabilitation Group (TRRG)...

Untuk pengetahuan semua, kumpulan kami sedang menjalankan satu kempen di mana kami akan berusaha untuk mengumpulkan sejuta tanda tangan dari rakyat Malaysia yang berikrar TIDAK akan makan telur penyu atau tuntung sepanjang hayat mereka....Di samping itu kempen ini juga meliputi satu lagi saranan iaitu menggesa kerajaan Malaysia untuk mengharamkan makan dan menjual telur penyu dan tuntung...

Untuk maklumat lanjut dan menyokong kempen ini, sila layari:
www.umt.edu.my/turtle

Sokonglah kami....!

This entry was posted on Wednesday, October 29, 2008 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 orang rajin komen...

tuntung a.k.a kurak-kurak a.k.a ninja tuntung

Betul, X ramai lagi orng yg kenal tuntung n penyu...!!!

Save our Terrapin and Turtle...!!!

Post a Comment